Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri. Bakat, perwatakan dan tingkahlaku menggambarkan suasana kehidupan seseorang. P. Ramlee sebuah nama besar yang lahir ditengah tengah masyarakat menjadi ikon yang sukar dilupakan dalam sejarah seni warisan negara walau pun sudah berdekad meninggalkan kita. Karisma beliau sebagai pengarah, pelakon dan sutradara menjadikan filem arahannya begitu menarik , penuh jenaka dan bermakna. Kisah-kisah masyarakat yang dipaparkan melalui lakonan dalam Ibu Mertua ku , Seniman Bujang lapok, Anak Ku Sazali (sekadar beberapa kisah) meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita. Anak-anak yang lahir zaman ini pun turut mengenali P .Ramlee dan rakan rakannya seperti Ajis, Sudin, R .Tompel , Mat Sentul dan Ibrahim Din kerana pengaruh lakonannya yang hebat, bersahaja dan penuh jenaka mencuit hati penonton.
Allahyarham TS P Ramlee
Seniman yang sukar dicari ganti
Sumber Gambar: internet
Bakat dan keikhlasan
Sumber video youtube Kassim Selamat
Filem Ibu Mertua Ku
Sumber video youtube Kassim Selamat
Filem Ibu Mertua Ku
Kepuasan ialah satu faktor penting dalam kehidupan manusia. Orang yang bekerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan imbalan akan menghasilkan suatu pulangan yang menguntungkan. P.Ramlee menjadikan filem-filem arahannya sebagai medium mendidik masyarakat mengenal erti sebuah kehidupan yang hakiki. Dalam filem IBU MERTUA KU menggambarkan sikap seorang ibu mertua yang tidak menyukai menantunya sehingga sanggup berbohong mengatakan Sabariah telah mati. Oleh kerana kecintaan kepada isterinya, Kassim Selamat sanggup menziarahi kubur tetapi malangnya pusara tersebut bukan milik Sabariah . Ibu mertuanya yang ada bersama menggelabah dan gementar bila mengetahui keadaan sebenar dan Kassim selamat terus memegang tangan ibu mertuanya sambil berkata "Apakah semua ini mak ? rupanya kamulah yang menghantar telegram mengatakan Sabariah telah mati " Dialog spontan ini membawa seribu makna sehingga tercetus dari mulut Kassim Selamat " Mengapalah Allah mencipta kamu menjadi manusia, kan lebih elok menjadi binatang " . " Allah, Kassim mak sudah tua, mak mengaku, mak sudah kahwinkan Sabariah dengan Tengku Asmadi maafkan mak Kassim " sambil meraung raung dan berguling diatas kubur menyesali perbuatan bohongnya . P.Ramlee (Kassim Selamat) menyampaikan suara hatinya melalui Jeritan Batin ku dengan penuh khusyuk demi cintanya kepada Sabariah. Demikian secebis cuplikan dalam kisah Ibu Mertua Ku . Mungkinkah terjadi di zaman ini ?
Sumber:Youtube
Secuplikan kisah Ibu Mertuaku
Sumber:Youtube
Secuplikan kisah Ibu Mertuaku
Sekolah Umum Buta Huruf
Kewibawaan P Ramlee mengolah watak dan plot sesuatu cerita sungguh menarik dan mengandungi mesej mendalam. Kisah tiga sahabat yang buta huruf belajar di sekolah umum bersama masyarakat kampung merupakan senario biasa berlaku zaman awal kemerdekaan.
Sumber:Youtube
Tiga Sahabat baca surat.
Watak tiga sahabat yang membaca surat dengan gaya tersendiri sungguh lucu dan menggeletek hati . Paling menyenakan perut bila Sudin membaca dalam bahasa Arab ' Wal padang pasirul, takdo dil pokok kayuwil" wal panas terik kok" . Wal kurma' nak buko puaso lul lazi .Ku pandol kiri kanan wal saki baki tumpuk-tumpuk tahi unta". Masyarakat dahulu ada yang tidak boleh menulis dan membaca (termasuk arwah ibu saya ) lalu mereka bergotong royong membina sebuah sekolah daripada kayu berdinding buluh ringkas sebagai prasarana pendidikan. Pensil dan papan batu digunakan sebagai alat tulis . Begitulah suasana pendidikan awal yang dilalui oleh sebahagian bapa bapa dan ibu ibu kita. P. Ramlee berjaya menterjemahkan kehidupan masyarakat melalui sebuah lakonan yang benar benar 'genuine' untuk dihayati . Bakat yang dikurniakan Tuhan kepadanya dalam bidang nyanyian menjadikan P Ramlee seorang yang sangat puitis mencipta dan mengalunkan lagu lagu berunsur ketuhanan seperti Rukun Islam Lima Perkara, Dendang Perantau mengembalikan nostalgia semasa menyambut Hari Raya di kampung halaman yang tenang dan damai. P. Ramlee sebagai seorang seniman meninggalkan lagenda seni warisan zaman yang sukar dicari ganti walau pun sudah berganti generasi .
curahan inspirasi minda
Che' Yahya Che' Soh
19 Mei 2012

No comments:
Post a Comment