Sunday, May 20, 2012

Minggu Terakhir Sekolah 21-25 Mei 2012

Masa berlalu begitu pantas. Sesi persekolahan  untuk pertengahan penggal berakhir pada 25 Mei 2012 Jumaat. Sekolah mula bercuti selama 14 hari mulai tarikh tersebut. Kepada para pelajar saya mengharapkan  anda dapat memanfaatkan masa untuk mengulangkaji pelajaran terutama bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM  hanya beberapa buan sahaja lagi. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) menjadi indikator pencapaian dalam ujian sebenar. Seperti mana yang telah saya janjikan pengetua akan membentangkan pencapaian PPT kepada Timbalan Pengarah PPWS pada awal Julai nanti, saya mendoakan semua pelajar PMR dan SPM akan mendapat keputusan yang membanggakan. 

Mengurus masa dengan bijak

Masa tidak pernah menunggu kita. Semasa kita menjadi pelajar manfaatkanlah dengan sebaik mungkin untuk menggapai cita-cita. Antara masa dan cita-cita menjadi rebutan manusia. Berfikir scara bijak mencerminkan intektual diri seseorang pelajar. Gunakalah masa muda sebelum datang tua, masa sihat sebelum sakit, masa senang sebelum sempit  masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum datangnya mati. Berbicara mengenai masa mengingatkan kita tentang kehidupan silih berganti seperti roda .   Hanrey Van Dyke dalam buku  HAPPY AT WORK  oleh  Sophie Rowan  mengungkapkan "What we do belongs to what we are, and what we are is what becomes of us"  .  Gunakan masa cuti untuk mengulangkaji pelajaran walau pun hanya sejam sehari . Jadikan buku teman setia anda kerana di dalam buku terdapat gadis jelita (  In the book there is a beautiful girl ).

Selamat  bercuti  dan  jangan lupa  mengulangkaji .

Che' Yahya Hj Che' Soh
20 Mei 2012.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...