Monday, September 22, 2014

Universitas Negeri Padang

Pada hari terakhir di Padang Sabtu 20 September,2014 kami keluar Hotel Sriwijaya sekitar jam 8.30 pagi WIB (Waktu Indonesia Barat) menuju Bandar Udara Minangkabau. Sepanjang ke Bandara (Bandar Udara) kami singgah di Universitas Negeri Padang yang dahulunya di kenali dengan Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP). Kampus UNP telah banyak berubah dan kelihatan lebih elegan berbanding ketika saya menjadi mahasiswa pada tahun 1983, tiga puluh satu tahun lalu.Pembangunan UNP kelihatan teratur dan sistematik.Saya masih ingat hanya Padang depan UNP tidak berubah. Masjid Al Azhar kampus IKIP tempo dulu berdiri gagah dan kelihatan berseri. Dahulunya Masjid ini hanyalah seperti  Surau tempat pelajar  bersolat dan mentelaah pelajaran sebelum memasuki kuliah.











Mengabadi kenangan di UNP











Bangunan prima UNP


















Fakultas Pendidikan


















Padang utama UNP


































Kampus utama UNP


















Persekitaran Kampus UNP












Mencari Cenderawasih

Universitas Negeri Padang terletak di Air Tawar Barat berdekatan pantai.Saya meminta Pak Yos membawa kami ke Jalan Cenderawasih tempat  tinggal saya Wisma Rawasari, malangnya tidak bertemu kerana terlalu banyak berubah sehingga sukar untuk saya mengecam lokasi sebenar.Pak Yos memperlahankan kenderaan Toyota Innovanya bagi memberi ruang kepada saya mengingat kembali rumah sewa Rawasari kepunyaan Pak Adiar Dosen IKIP yang begitu berjasa kepada saya bersama teman Arwah Mohd Arif Isa semasa kami menuntut di sini 31 tahun dahulu.Terbayang wajah Sdra Lokman Mohd Zen, Zainuddin Hamzah yang sama-sama menuntut di sini tiga dasawarsa lalu. Mereka semua telah mendahului kita kembali menemui Ilahi.Kami mengintai-intai rumah Pak Ajisir Dosen saya dahulu tetapi gagal mengecam rumahnya. Saya perhatikan deretan rumah sangat padat memenuhi Air Tawar yang berdekatan dengan kampus. Kelihatan notis menerima anak-anak Mahasiswa Indekost, ada yang puteri dan putera di dinding rumah penduduk.Dengan sedikit ralat saya meminta teruskan perjalanan ke Bandara Minangkabau untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Bandar Udara Minangkabau

Lapangan Terbang Antarabangsa  Minangkabau terletak di Daerah Ketaping, Kecamatan Anai Padang Pariaman. Jarak dari Padang kira-kira 23 kilometer dan mula beroperasi pada tahun 2005 menggantikan Bandar Udara (Bandara) Tabing.Lapangan Terbang ini di gunakan sepenuhnya untuk penerbangan Haji bagi jemaah di seluruh Sumatera Barat.Tepat jam 1.20 kami tinggal landasan Bandara Minangkabau dengan penerbangan Air Asia AK 404 dan mendarat dengan selamat di KLIA pada jam 4.20 petang. Selamat Tinggal Teluk Bayur Permai.



















Mengabadikan kenangan di Bandara
Minangkabau sebelum menaiki pesawat



















Jalan ke Bandara Minangkabau

















Sriwijaya Hotel


















Catatan perjalanan ke Ranah Minang,
13-20 September 2014.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 22 September,2014.

4 comments:

  1. Sangat menarik dan mengkagumkan para pembaca.

    ReplyDelete
  2. Terima Ksih Bapak Drs. Ab Aziz Omar lebih sinonim dengan panggilan SU Waris kerana memberikan komentar yang bernas dalam victory.

    ReplyDelete
  3. Suatu tulisan berbentuk laporan yang cukup mengesankan! Membacanya membuat kita terasa ingin segera ke sana........

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih Alhamdulillah Pak Safuddin.Berjalan-jalan di muka bumi untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan dengan penuh keinsafan.Allah is Great.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...