Wednesday, September 10, 2014




Kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah ditangguhkan kerana didapati bocor. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Kertas Peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan esok ditangguhkan kerana didapati bocor.

Tarikh baharu peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas berkenaan ialah pada 30 September ini. 

Lembaga Peperiksaan, dalam satu kenyataan sebentar tadi, menyatakan siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan berkenaan sudah tersebar menerusi media sosial.

"Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 pagi.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Berita Harian Online
Rabu 10 September,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...