Sunday, September 21, 2014

Lagenda Malim Kundang

Selama lima hari di Bukit Tinggi dan dua hari di Kota Padang saya mengutip banyak pengalaman baik yang tersurat mau pun tersirat.Hotel Imran penginapan di Bukit Tinggi yang menjadi tempat melelapkan mata menjadi saksi perjalanan wisata kami lima beranak hampir tiga suku Ranah Minang.Hotel ini sungguh strategik berdekatan dengan pasar atas dan jam Gadang menjadi tumpuan pelancung yang datang ke Bukit Tinggi. Pemiliknya Pak Indra yang sangat baik dan peramah selalu berulang alik dari Bukit Tinggi ke Kuala Lumpur.Hotel ini mengambil sempena anaknya Imran yang kini bermastautin di Cheras dan menyambung pengajian di SEGI Kolej.Para pekerjanya (karyawan) sangat baik dan peramah melayani kami dengan sabar.













Mengabadikan kenangan bersama Pak Indra

 
















Iqbal dan Roni karyawan Hotel Imran.

Bertolak ke Padang

Seawal jam 8.30 pagi kami bertolak ke Padang dan singgah buat seketika di Diniyah Putri PP kerana isteri berhajat berjumpa dengan pihak pengurusan. Setelah selesai urusan kami mampir makan siang di restoran Pak Datuak , kemudiannya menyusuri lingkaran jalan berkelok menuju Padang.Tiba di Padang hampir petang di Hotel Sriwijaya terletak bersetentang dengan Sekolah Dasar Purus. Hotel ini walau pun tidak tergolong lima bintang tetapi sangat baik untuk beristirehat. Dilengkapi dengan ruang solat dan ciri-ciri Islami yang menenangkan pengunjung.Kami berkesempatan meronda sekitar kota Padang dan mengambil gambar kenangan di Jambatan Siti Norbaya yang menjadi legenda di daerah ini sewaktu masa dulu melalui perkampungan masyarakat Cina yang sudah berleluhur di sini.




































Salah sebuah bilik di Hotel Sriwijaya












Sekolah Dasar (SD) Purus




















Tokong Cina di pinggir kota Padang



















Jambatan Siti Norbaya

Jambatan yang merentangi sungai atau muara ini menjadi tempat berlabuh kapal-kapal penumpang untuk ke Mentawai iaitu sebuah Pulau Peranginan yang terpisah dari Sumatra Barat oleh Lautan Hindi.Perjalanan ke sana mengambil masa yang panjang 9 atau 10 jam bergantung kepada keadaan laut. Kepulauan Mentawai menjadi sebahagian daripada pemerintahan Sumbar.Mentawai terdiri daripada gugusan pulau-pulau (archipelago) terletak kira-kira 160 km dari tanah besar.  Saya belum sampai lagi ke sana namun di beritakan Pulau Mentawai sangat cantik dan menjadi destinasi pelancongan terutama dalam kalangan wisatawan asing.Saya berkeyakinan Pemerintah Indonesia mempunyai perancangan futuristik untuk pembangunan industri pelancongan di Pulau ini.Pembinaan Lapangan Terbang Mentawai umpamanya menjadi sarana yang paling menunjang untuk menarik para wisata berkunjung kerangkaian pulau berbentuk cincin ini dalam masa mendatang.

 Mentawai island 500x375 Mentawai Archipelago, West Sumartra
Kepulauan Mentawai
Sumber:http://www.tropicalbeachgetaways.com/mentawai-archipelago-west-sumartra/


















 Kapal penunmpang






Tempat tempat menarik

Padang juga tidak kurang mempunyai tempat-tempat menarik untuk di kunjungi para pelancong. Pantai Padang, Teluk Bayur dan  Pantai Air Manih mempunyai legenda dengan Malim Kundang yang kononnya menjadi batu seolah-seolah seperti orang sedang bersujud kerana perbuatan menderhaka kepada orang tuanya.


















Batu bersujud di Pantai Air Manih.


















Pantai Air Manih.

Jalur Evakuasi

Kota Padang pasca gempa 2009 di penuhi dengan jalur evakuasi sebagai langkah bersiap siaga jika kejadian serupa berulang.Mengikut pemandu kami Pak Yos, ribuan orang terkorban di kota Padang bila mana gempa berlaku pada waktu petang. Hotel-hotel rebah bersama bumi membunuh ratusan penghuni yang terperangkap dalam kejadian tersebut. Kami ditunjukkan kesan runtuhan bangunan yang masih di pelihara hingga kini berdekatan Pantai Padang.


















Bangunan yang tersergam ambruk akibat gempa 2009


















Pantai Padang berombak kencang

Teluk Bayur permai

Selamat Tinggal Teluk Bayur Permai alunan lunak penyanyi tujuh puluhan Erni DJohan menjadi siulan remaja yang membesar bersama lagu tersebut. Kepopularan beliau tidak sahaja di Indonesia malah seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak hingga ke Brunei Darussallam.Teluk Bayur menjadi pelabuhan tersibuk di rantau ini.Kami sempat singgah menikmati keindahan lautnya yang membiru jernih menjadi tempat kapal-kapal dagang berlabuh sambil berfoto kenangan.Erni DJohan menceritakan keindahan negeri kelahirannya melalui lagu yang sangat  signifikan dengan keindahan alam Minangkabau khususnya Teluk Bayur yang menjadi laluan utama kapal-kapal dagang di seluruh dunia.


















Pantai Teluk Bayur.



Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 22 September, 2014.

5 comments:

  1. Suatu gambaran sejarah perjalanan yang amat menarik dan penuh nostalgiatik.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Sdra SU semoga WARIS dapat menganjurkan seminar atau mesyuarat di nsini suatu hari nanti. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum.
    pakcik yahya terimakasih banyak atas kunjungannya ke hotel kami ,sampai jumpa lagi di lain waktu.
    semoga diberi kesehatan,panjang umur dan rezky yg berlimpah amin ya robbal alamin.
    salam dari kami semua buat keluarga di sana....
    IQBAL

    ReplyDelete
  4. Terima kasih IQBAL kerana melayari victory. Kirim salam kepada semua Pak Indra,Roni dan staff karyawan yang baik budi. InsyaAllah ada ruang dan peluang sampai lagi ke Ranah Minang.

    ReplyDelete
  5. sama-sama pakcik...
    salam kepada abang (putranya pakcik).
    langang rasonyo samanjak abang pai dari siko...
    hehehe:)

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...