Friday, September 5, 2014

Che gu Johana Yang Istimewa






 Che gu Johana Muhamad bersama pelajar-pelajarnya.
 (berkaca mata dipeluk pelajar perempuan)
Gambar-gambar ini menceritakan segalanya tentang guru ini.

Seorang lagi guru cemerlang saya Cik Johana Muhammad (GC DG44 ICT) akan meninggalkan sekolah pada hari Jumaat 12 Ogos 2014 kerana mendapat tawaran menjadi pensyarah Matrikulasi Kota Bharu berkuatkuasa 14 Ogos lalu mengikut jejak Pn Asmahan, juga sebagai pensyarah di tempat yang sama pada bulan Mei baru baru ini.Johana seorang guru yang komited, rajin dan bertanggungjawab terhadap tugas terutama memastikan pengurusan ICT sekolah berjalan lancar. Keistimewaan beliau ialah mempunyai suara yang nyaring dan tegas semasa mengajar. Semasa meronda saya selalu mendengar suara beliau hingga ke tingkat bawah dengan jelas dan terang. Sekolah kehilangan guru yang berdedikasi dan gigih. Selamat maju jaya Cik Johana. Satu majlis khas akan diadakan pada hari Jumaat 12 September 2014 untuk meraikan beliau yang lebih 10 tahun di sekolah ini.


Che Yahya Hj Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR 
Sabtu 6 Ogos,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...