Saturday, September 20, 2014

Ranah Minang Kaya Sejarah


















Air Asia bersedia tinggal landas



















 Menuju pesawat ke Padang


















Lembah Anai yang mengkagumkan

Perjalanan ke Bukit Tinggi dan Padang Sumatera Barat pada Hari Sabtu 13 - 20 September 2014 sungguh mengujakan.Penerbangan dengan Air Asia selama 1 jam lancar dan kami tiba di Bandara Minangkabau dengan selamat.Selesai urusan imigresen, Pak Yos dari Kita Holidays telah menunggu untuk membawa kami lima beranak ke Bukit Tinggi. Kami mampir di restoran (rumah makan ) Lamun Ombak untuk mencicipi masakan Minang yang sungguh menjelirakan (selera).Selesai menjamu selera kami bergerak ke Bukit Tinggi dan singgah menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan Lembah Anai. Bayaran masuk Rupiah 5,000 (lebih kurang RM 1.80).


















Air terjun Lembah Anai

Pusat Kebudayaan

Perjalanan di teruskan memasuki kota Padang Panjang yang terkenal dengan Serambi Mekah. Di sini kami ke Pusat Kebudayaan dan Informasi Minangkabau sambil memperagakan pakaian adat kebesaran Minang dengan bayaran RP 35,000 sepersalinan.Tiada bayaran masuk di kenakan cuma untuk parkir  sekitar RP 3,000.00  sahaja. Alam yang indah berbukit curam dengan jalannya sempit berliku sungguh menguji kecekapan pemandu  untuk sampai ke Bukit Tinggi selama 2 jam perjalanan dari Bandara Minangkabau (Internasional Airport).Struktur jalan utama Padang -Bukit Tinggi masih seperti dulu tidak banyak berubah.











Pusat Kebudayaan dan Informasi Minangkabau 
Padang Panjang.














Pakaian adat Minangkabau.

Singgah di Putri Minang



















Masyarakat Minangkabau memonopoli bidang keusahawanan dan perniagaan dari sekecil-kecilnya hingga ke hotel bertaraf lima bintang. Kami singgah seketika untuk melihat dan membeli beberapa pasang pakaian yang di sini. Harganya berpatutan sesuai dengan kualiti hasil tangan mereka sendiri.Padang Panjang terletak ditengah-tengah perjalanan antara Padang dan Bukit Tinggi terkenal dengan berbagai keistimewaan antaranya ialah Akademi Seni Kerawitan Indonesia dan Perguruan Diniyah Putri sebuah Institusi Pendidikan Islam tertua di daerah ini. Allahyarham Tan Sri Aisyah Ghani pernah menjadi pelajar di sini pada suatu ketika dahulu.Diniyah Putri menjadi ikon pendidikan Madani dan Akademik yang bermutu. Saya sempat melawat kawasan sekitarnya yang tenang, damai dan urus tadbirnya kelihatan bersistematik sebagai sebuah pusat pengajian swasta.Kami sengaja singgah di sini untuk memberi ruang kepada isteri Farida Amir yang pernah mendapat pendidikan di Diniyah Putri sekitar tahun 1979-1981.Objek wisata yang terdekat dengan tempat ini ialah Danau Singkarak, kira-kira setengah jam perjalanan dari Padang Panjang.












Asrama Diniyah Putri














Mengabadi kenangan di Diniyah Putri


Bukit Tinggi

Bukit Tinggi terletak di Kabupaten (Daerah) Agam, terkenal dengan sejarah Lobang Jepang semasa pendudukan Jepun di Republik Indonesia.Bumi ini memiliki keindahan ciptaan Ilahi yang sungguh menakjubkan. Selain di banjari gunung merapi, gunung singgalang dan bukit barisan, panorama alam cukup menyentuh insani jika di lihat dengan mata hati setiap ciptaan Tuhan dengan penuh keinsafan.Tinggalan Belanda yang menjajah Indonesia selama lebih empat kurun masih di lestarikan untuk generasi kemudian. Mengikut kata pemandu pelancung yang menemani kami sepanjang menyusuri Lobang Jepang, tentera Jepun sangat sadis berbanding Belanda. Kebejatan dan kezaliman Jepun yang sempat menakluki Republik Indonesia selama tiga setengah tahun ditandai dengan peninggalan warisan bersejarah Lobang Jepang.Ramai penduduk di bunuh dan di seksa, dipenjara hingga mati kebuluran. Mereka di dera dan dijadikan buruh paksa tanpa henti hingga akhirnya menemui ajal.Kisah sejarah seperti ini berlaku juga di Tanah Melayu  sewaktu Jepun mendarat di Kota Baru sehingga tidak sedikit mereka yang mati semasa membina landasan keretapi maut di Burma.




















Lobang Jepang di Bukit Tinggi.


Jam Gadang

Mercu tanda Bukit Tinggi ialah Jam Gadang terletak di bulatan berdekatan pasar atas, berhampiran Istana Bung Hatta tempat persidangan rasmi tamu negara. Saya lihat sudah banyak berubah tempat ini.Kelihatan maju dan moden berbanding tiga puluh tahun dulu sewaktu saya masih seorang mahasiswa di Universitas Negeri Padang (IKIP). Hari ini Bukit Tinggi (BT) terkenal dengan daerah pelancungan (wisatawan) terutama dari Malaysia yang datang membeli belah saban minggu selain mengunjungi sanak saudara di sini.



















Jam Gadang di Bukit Tinggi


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 21 September,2014.


Bersambung.......siri 2 melawat rumah Hamka.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...