Wednesday, September 24, 2014

Pondok Flora Tengah Sawah


















Seorang ibu meniup saluang
menyambut pengunjung 




































































Para pelancong singgah menikmati makan siang di Pondok Flora tengah sawah dalam perjalanan ke Pagar Ruyung dan Batu Sangkar yang banyak mengandungi dokumen sejarah lampau.Hidangan masakan Minang yang menyelerakan berbagai menu seperti ikan bakar cicah kicap, ayam goreng balado, dendeng balado, ikan keli balado, gulai jering rebus, ayam goreng kosong, sambal hijau, sambal merah dan gulai lemak nangka menjadi pembuka selera.Selesai menjamu selera bergerak pula menuju Istana Pagaruyung sebelum singgah mengambil gambar kenangan di Cagar Budaya   bersejarah.






















Bumi Minangkabau sungguh subur. Lahannya mengandung berbagai jenis organik menjadi pupuk (fertilizer) yang sangat berguna kepada kehidupan tumbuh-tumbuhan. Kehijauan alam yang asli bukan sahaja menjadi penyejuk mata dan menenang minda tetapi memberikan keselesaaan kepada manusia menghirup oksigen yang segar (fresh) dan tidak tercemar. Sepanjang berada di sini tidak kelihatan hutan di teroka dan di tebang malah kelestarian lingkungannya terus terpelihara bagi mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna untuk manfaat manusia.

Danau Singkarak

Menyusuri perjalanan yang berliku melewati perkampungan lama yang di hiasi dengan panorama kehijauan sawah bertemankan alunan lagu Cinto Jan di Bali menambahkan keaslian budaya Minang yang tak lekang dek hujan, tak lapuk dek panas membawa  kami ke Danau Singkarak yang sungguh mengujakan.Antara seni kata menarik ialah Pitih dapek di cari,budi jan dibali, cinto ka datang juo. Lagu-lagu evergreen Minang seolah-olah menggamit kita ke destinasi yang penuh dengan keindahan alam bumi Sumbar.Pembentukan sebuah tasik besar ini di sebabkan letusan gunung merapi jutaan tahun lampau.Danau ini di beritakan mempunyai banyak kawah di bawahnya sehingga membahayakan untuk bermandi manda. Para pelawat boleh menaiki boat yang di sediakan untuk mengelilingi tasik ini denga bayaran RP30,000 seorang.Kelihatan berbagai jenis ikan kering di jual oleh peniaga di pinggir jalan berdekatan Danau yang menjadi objek wisata ini. Tasik ini terletak diantara Padang Panjang dan Solok menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana tarikan keindahan geografinya yang sungguh mengujakan manusia.Subhanallah.
















Cinto Jan di Bali


csyahya victory
Rabu 24 September,2014.

2 comments:

  1. Alangkah indahnya jika sekumpulan ahli2 Waris dapat pergi bersama-sama di tempat2 yang Tn Hj. Yahaya rakamkan........

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan akan menjadi kenyataan.Tqvm.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...