Monday, September 29, 2014

Pengurusan Kewangan Sekolah

Pengurusan kewangan menjadi faktor dominan kecemerlangan sesebuah sekolah sebagai agensi yang bertanggungjawab kepada Kerajaan.Tadbir urus yang baik menjadi pra syarat kepada pengurusan berhemah iaitu berbelanja mengikut peruntukan yang diberikan secara bijak dan beramanah.Pengetua selaku pengurus bertanggungjawab sepenuh terhadap perbelanjaan dan pengeluaran setiap sen wang awam melalui Akuan Suwa, Akaun Kerajaan dan Panjar wang Runcit bagi sekolah yang tidak mempunyai Pusat Tanggungjawab (PTJ).Peruntukan Kerajaan berdasarkan PCG (Percapita Gran) mengikut bilangan pelajar bulan Oktober setiap tahun..Pengurusan sekolah perlu memulangkan lebihan peruntukan ke Jabatan atau Pusat Tanggungjawab sekiranya bilangan pelajar berkurang mengikut enrolmen  bulan Jun tahun semasa.

Baki peruntukan

Pengurusan Kewangan Sekolah (PKS) tidaklah serumit di Kementerian, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD/PPW) yang mempunyai banyak pecahan Objek Sebagai (OS) untuk di perincikan perbelanjaan setiap tahun.Pengetua hanya mengawal tiga sumber kewangan utama iaitu Akaun Kerajaan, Akaun Suwa dan Panjar Wang Runcit (PWR) atau Akaun Asrama bagi sekolah sekolah yang mempunyai asrama dengan baik, bertanggungjawab bagi memastikan setiap sen dibelanjakan untuk keperluan pelajar.Kebiasaan yang dihadapi pihak sekolah ialah Panitia mata pelajaran terlebih belanja manakala yang lain pula kurang berbelanja. Semua panitia seharusnya membuat perbelanjaan sekurang-kurangnya 60% sehingga Julai. Sebagai contoh  baki peruntukan bagi PCG  Pendidikan Islam berakhir pada 31 Julai 2013 RM6,900.00 iaitu 35% (perbelanjaan lebih) berkemungkinan tidak cukup peruntukan.Selaku pengurus, kita perlu mengambil tindakan segera mengenalpasti pekeliling berkaitan, melihat peruntukan yang di benarkan berdasarkan Tatacara Pengurusan Perakaunan KWS, mengenalpasti bidang kuasa pindahan, mengenalpasti tatacara pindah peruntukan dan akhirnya memohon pindah peruntukan.

Pekeliling Penting

SPK 7/2008
SPK 8/2010 Garis panduan pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada sekolah Berdasarkan Perkapita Murid sebelum membuat permohonan pindah peruntukan seperti yang dibenarkan di bawah pekeliling yang sedang berkuatkuasa. Pengurus Sekolah dibenarkan membuat  pindah peruntukan diantara kumpulan PCG mata pelajaran sahaja berdasarkan baki yang tinggal cukup untuk menampung keperluan hingga akhir tahun.Pindah peruntukan di buat melalui Borang Permohonan Pindah Peruntukan Persekolahan.Pengetua boleh meluluskan pemindahan bagi PCG mata pelajaran, manakala kumpulan bantuan bukan PCG ialah Ketua PTJ.

Tatacara pindah peruntukan

Pengurus sekolah perlu mengawal perbelanjaan dan pengeluaran peruntukan setiap bulan. Semakan melalui Buku Akaun Tunai ,Akaun Suwa perlu selari dengan penyata bank bagi memastikan kedudukan kewangan sekolah sentiasa kemaskini.Bagi tujuan pindah peruntukan Pengetua perlu menyemak dan mengemaskini Buku Tunai dengan mengambil kira baki baki yang perlu dikurangkan mesti mencukupi perbelanjaan hingga hujung tahun. Permohonan pindah peruntukan hanya boleh di buat bagi menampung perbelanjaan yang kritikal dan mendesak.Kuasa melulus Pindah Peruntukan PCG mata pelajaran ke LPBT ialah Ketua PTJ. Berlaku jujur dalam setiap pengurusan kewangan merupakan ciri penjawat yang bermoral dan berintegriti. Jangan sekali-kali berbelanja jika tiada peruntukan yang cukup atau bernegosiasi dengan pihak pembekal untuk menangguhkan pembayaran  kerana perbuatan seperti ini boleh disifatkan menyalahguna kuasa.


Hasil Bengkel Pengetua
JPWP PD Ogos,2014.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Selasa 30 September,2014.

2 comments:

  1. Suatu garis panduan yang amat berguna pada semua pengetua sekolah dan bakal pengetua di segala peringkat untuk menjadi pelaksana tugas yang efisien.....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Terima kasih Sdra ku Drs.Hj Hamsa Ihsan yang selalu mengikuti perkembangan victory.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...