Alam Takambang Menjadi Guru. Itu bidalan yang tertulis dalam banyak karya Hj Abdul Malik Karim Amrullah@HAMKA sebuah nama besar yang termasyhur seantero dunia. Prof Dr Hamka banyak berjasa kepada umat.Semasa hayatnya beliau banyak mempelajari kehidupan dan mencari rahsia alam yang dicipta Tuhan sehingga terpantul dari renungannya "Alam Takambang Menjadi Guru". Berguru dengan alam bermakna mempelajari dan menghayati setiap ciptaan Tuhan dengan penuh tadabbur menambahkan keinsafan diri terhadap Pencipta Al Khalik. Sepanjang jalan menuju ke Danau Maninjau melalui kelok 44 yang sangat mencemaskan, mengingatkan kita kepada sebuah karya agung Pak Hamka Tasauf Moden yang membicarakan tentang kehidupan manusia mencari bahagia. Hamka berkisah " Orang kaya di dalam gedung mewah, rumah besar belum tentu kenyang dan nyenyak tidur ketimbang si miskin yang hidup di gobok buruk" . Itu lebih kurang inti bicara yang dimaksudkan beliau.
Salah satu sudut rumah Hamka
Kelok 37
Perjalanan ke Danau Maninjau (DM) dari Bukit Tinggi selama 1 jam 30 minit melalui jalan berliku curam sungguh mencemaskan.Asma Allah terdapat di setiap tikungan jalan mengingatkan manusia tentang alam ciptaan Tuhan yang sungguh indah. Beristighfar sepanjang jalan semoga selamat sampai ke destinasi. Kecekapan pemanduan dalam kalangan supir memang pantas di puji mungkin disebabkan 'Alah Bisa Tegal Biasa' dengan selok belok jalan di sini. Mereka nampak santai dan relaks melalui selekoh tajam yang menggerunkan terutama bila kenderaan berselisih di laluan yang sempit.
Pemandangan sawah hijau menguning sungguh menenangkan sedikit sebanyak mengubat kegayatan.Bayangkan dari kelok 44 kita dapat melihat sayup-sayup ke bawah deretan sawah yang di teres hinggalah tiba di kelok terakhir memasuki Maninjau.Kota Maninjau tempat kelahiran ulama terkenal ini menjadi objek wisata untuk melihat khazanah peninggalan HAMKA yang kini di jadikan muzeum perbendaharaan ilmu. Pelawat tidak putus-putus mengunjungi rumah ini. Begitulah kehidupan ini bila mana seseorang meninggalkan ilmu yang sangat berguna walau pun jasadnya telah lama bersemadi di alam sana namun jasa dan jariah yang ditinggalkan tidak pernah mati. Bukan setakat mengunjungi rumah kelahiran beliau malah Buku Tasauf Moden menjadi kitab pengajian di Surau-surau di Malaysia.
Haji Hanif sepupu Hamka
Bukan sekadar basa basi menghiasi artikel ini untuk menyedapkan telinga pembaca tetapi sesungguhnya hati kecil saya sangat tersentuh mengunjungi rumah Hamka. Melihat gambar-gambar dan karya-karya beliau saya menjadi sebak apa lagi kesempatan bertemu mata dengan sepupunya yang masih hidup Hj Hanif yang menceritakan tentang riwayat hidup pujangga umat ini.Hamka pernah berjalan kaki seorang diri melalui kelok 44 menuju Bukit Tinggi dan ke Padang seterusnya ke Permatang Siantar.Niatnya untuk ke Baitullah.Dengan menumpang kapal Karimata dalam usia remaja 17 tahun pada Februari 1927 beliau berangkat ke Tanah Suci Mekkah Al Mukarramah.Demikian sedikit catatan yang saya kutip daripada Haji Hanif. Sayang sekali masa terlalu terhad untuk berlama-lamaan di sini hanya sempat mengambil beberapa gambar kenangan bersama Hj Hanif dan persekitaran rumah pusaka peninggalan Hamka nun jauh di Maninjau yang tenang dan damai.
Presiden Soekarno pernah berpantun tentang keindahan bumi Minangkabau.
Jika adik memakan pinang
Makanlah dengan sirih yang hijau
Jika adik datang ke Minang
Jangan lupa datang ke Maninjau
Memang benar seperti kata Almarhum Bung Karno,Maninjau mempunyai keindahan asli yang dicipta Tuhan untuk menjadi pengajaran kepada manusia yang melihat dengan mata hati,menerjah ingatan saya kepada Asma Allah alunan merdu Hafiz Hamidun yang sangat signifikan dengan panorama alam di Minangkabau.
Mengabadi kenangan di rumah Hamka bersama anak
Almarhum Bung Karno pemimpin berkarisma Republik Indonesia menuangkan isi hatinya melalui pantun di atas menggambarkan keindahan alam Maninjau yang sungguh tenang dan mendamaikan.Pak Hamka lahir dan membesar di desa ini sehingga merangkak dewasa berhijrah ke Medan dan menetap di Jakarta.Daya intelektualnya begitu tinggi dan nuansa minda yang begitu tajam menjadikan Hamka seorang Ulama, Karyawan, Sasterawan dan Pujangga yang sukar di ganti. Tafsir Al Azhar yang diselesaikan semasa dalam penjara dari tahun 1964-1967 zaman pemerintahan Soekarno menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk umat manusia yang hidup di era ini.Nama Tafsir Al Azhar mengambil sempena Masjid Al Azhar di mana Dr Hamka menyampaikan kuliahnya di Rumah Allah tersebut sebagai rutin hidupnya menyampaikan risalah Islam.
Haji Hanif sepupu Hamka seiras Almarhum

Perguruan Thawalib
Dalam perjalanan pulang ke Bukit Tinggi kami melewati perkampungan Parabek yang menempatkan Institusi Pengajian Islam Persendirian Thawalib.Hamparan sawah menghijau dan kejernihan air di permatang seolah-olah tersenyum menyambut kedatangan kami.Perguruan ini di dirikan atas swadaya masyarakat di sini tanpa sebarang peruntukan Pemerintah.Kami bertemu dengan Ustaz Eswandi salah seorang tenaga pengajar di sini yang juga selaku pengurus kepada pembangunan Surau Batu Al Irsyad dan asrama anak-anak yatim di Parabek.Semasa kami tiba, jamaah sedang menunaikan fardhu Zohor di Surau ini.Saya sempat mengabadikan kenangan sebelum berjumpa Pak Eswandi yang telah di amanahkan untuk memelihara rumah Allah ini. Terbayang wajah Arwah Bapa Mertua Hj Amir Dahlan yang banyak berkorban untuk pembinaan Surau Batu untuk penduduk di perkampungan Parabek.Semasa hayatnya beliau kerap mengunjungi Surau ini bersama rakan-rakannya dari Kuala Lumpur bagi memastikan pembinaannya siap mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Semoga Allah SWT memberikan tempat selayaknya kepada beliau. Aaminn.
Ustaz Eswandi
Perguruan Thawalib
Berpotensi Maju
Saya melihat pembangunan infrastrukturnya sedang rancak berjalan. Perguruan Thawalib berpotensi menjadi sebuah institusi pendidikan yang maju seperti Diniyah Putri suatu hari nanti. Melihat kepada kesantunan para guru dan anak-anak Thawalib mampu membentuk budaya dan akhlak Islam yang syumul bagi melahirkan modal insan bertaqwa kepada Allah. Kebanyakan guru dan Mudirnya tamatan dari Jordan dan Mesir menjadikan institusi ini sebuah taman ilmu yang berharga untuk membentuk sahsiah manusia bertunjangkan amalan solihan yang di berkati Tuhan sepanjang zaman.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala lumpur.
Ahad 21 September,2014.

No comments:
Post a Comment