Kepimpinan ialah proses mempengaruhi pengikut bekerja secara bersama memikul tanggungjawab bagi memastikan pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Kemajuan sesebuah organisasi bergantung kepada kekuatan pimpinan ketua memberikan keyakinan kepada seluruh apparatus bagi menggerakan misi dan visi yang ditetapkan. Kekuatan kepimpinan bergantung kepada kredibiliti ketua dalam menterjemahkan setiap dasar dan peraturan untuk kepentingan awam.
Wajah Sekolah
Sebagai sebuah institusi pendidikan, wajah sekolah mencerminkan kepimpinan seseorang Pengetua atau Guru Besar. Kecemerlangan sekolah dalam setiap bidang menjadi ukuran kemajuan. Ibu bapa akan memilih sekolah yang selamat, tenang dan kondusif untuk pembelajaran anak-anaknya. Selain pencapaian akademik cemerlang, iklim yang memberangsangkan turut menyumbang permintaan ibu bapa terhadap sekolah. Mereka tidak risau dengan keselamatan anak-anak mereka bila berada di sekolah.Tiada kes-kes pergaduhan dan ponteng dalam kalangan pelajar menggambarkan keharmonian warganya.Wajah sekolah ditandai dengan pengurusan dan pentadbiran yang kemas, teratur dan terusun. Persekitaran sekolah bersih,ceria dan sejuk menjadi terapi minda untuk pembelajaran dan pengajaran. Membina hubungan yang baik dengan komuniti merupakan sarana yang boleh menyokong kemajuan sekolah.
Pembentukan minda
Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri. Ini hakikat diri yang ditentukan Illahi. Demikian juga pelajar. Mereka memiliki potensi diri yang mungkin tidak kita sedari. Bakat,watak dan karisma dalam kalangan pelajar perlu dipupuk secara terkendali berdasarkan minat dan kecenderungan mereka untuk menyemai keyakinan diri bagi mendepani cabaran selepas mereka meninggalkan alam persekolahan.Pembentukan minda pelajar berasaskan peradaban ilmu pengetahuan dan berkemahiran merekayasa ciptaan baharu menjadi faktor penunjang pembangunan modal insan.
Aura pemimpin
Ketua menjadi ikon kerana beliau bertanggungjawab mewarnai pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi yang dipimpinnya. Dalam konteks sekolah, Pengetua menjadi figura yang mendapat perhatian masyarakat terhadap kemajuan sekolahnya. Keyakinan ibu bapa terhadap sekolah berkait rapat dengan aura kepimpinan Pengetua yang mampu merungkaikan sebarang isu dan cabaran berlaku.Sebagai sebuah badan professional,sekolah terikat dengan dasar dan undang-undang yang wajib dipatuhi. Pengetua selaku pemimpin tertinggi sekolah mempunyai autoriti menguatkuasakan peraturan berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagi menjamin keselamatan,keharmonian dan kesejahteraan setiap warganya.
Karenah birokrasi
Berdepan dengan berbagai karenah birokrasi menjadi asam garam kehidupan yang ada ketikanya sungguh menekan perasaan. Menjadi pemimpin seumpama nakhoda kapal yang belayar ditengah lautan. Apabila ribut melanda bahtera terhuyung hayang dipukul gelombang namun nakhoda kapal tetap tenang mengemudi kapalnya hingga sampai ke pelabuhan.Semua orang boleh menjadi ketua dimasa senang tetapi terlalu langka mencari pemimpin yang sanggup berkorban dalam semua hal yang tidak menguntungkan dirinya.Kebanyakannya tidak berani berdepan dengan risiko lalu mengambil jalan selamat (play safe) untuk tidak membebankan dirinya .

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Ahad 30 Disember,2012
No comments:
Post a Comment