Penulisan merupakan sebuah karya yang dihasilkan melalui pemikiran secara ilmiah bersumber kekuatan ilmu,kemahiran dan kompetensi yang dimiliki seseorang. Nuansa pemikiran seseorang bergantung kepada kekuatannya membaca, mentelaah dan mengikuti perkembangan dunia ilmu pengetahuan dalam berbagai disiplin kehidupan.Penjanaan minda untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu menjadi faktor pendorong kemajuan diri. Orang yang banyak membaca dan menulis pasti menambah perbendaharaan ilmu sebagai sarana komunikasi mendepani cabaran globalisasi. Minda kita perlu dirangsang berfikir secara positif dan konstruktif kerana tingkahlaku manusia umumnya berdasarkan pemikirannya.
Sumber:schoolofbeinghealthy.com
Berfikir positif
Berfikir secara positif boleh mempercepatkan aliran darah kerana sel-sel otak menerima bekalan oksigen yang cukup sebagai manifestasi kesihatan jasmani dan rohani.Keadaan fizikal manusia sebahagian besarnya mewarnai daya pemikiran kerana tendensi perobahan diri dipengaruhi oleh pemusatan mindanya.Melatih diri berfikiran positif bukan sahaja mencerdaskan daya fikir tetapi boleh meningkatkan produktiviti kerja.Orang yang berminda positif melihat sesuatu isu secara rasional dan praktikal.Dalam Islam dikenali dengan HUSNUZAN iaitu bersangka baik dengan semua orang.Sifat husnuzun sangat tinggi nilainya disisi Tuhan. Mereka tidak mudah emosional jika berdepan dengan tekanan tetapi berusaha mencari jalan keluar berasaskan pertimbangan yang betul. Dalam dunia ilmu pengetahuan yang berkembang pesat menuntut manusia berfikir lebih jauh ke depan bagi menangani cabaran kehidupan yang sangat kompleks dan rencam.
Kepimpinan integriti
Berfikiran positif sangat dituntut dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Seseorang ketua perlu menjana kekuatan minda pengikutnya melalui komunikasi berkesan dengan membina rangkaian kerjasama yang harmoni untuk kepentingan perkhidmatan. Kegagalan mengurus sumber manusia sebagai aset organisasi akan merencatkan produktiviti.Justeru kepimpinan integriti dalam kalangan ketua organisasi menjadi kayu ukur pencapaian produktiviti sesebuah organisasi.Bekerja dengan seronok walau pun penat mendatangkan kepuasan berganda.Justeru indikator sebenar pencapaian bergantung kepada kepuasan dan keseronokan bekerja dalam kalangan anggota.Peranan ketua sangat berpengaruh dalam menentukan produktiviti yang dihasilkan sesebuah organisasi.
Curahan minda
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Rabu 26 Disember,2012
alhamdulillah..dgn rahmatNya mendapat seorg ketua yg begitu perihatin.Moga Allah sentiasa merahmati kita semua..
ReplyDeleteTerima kasih cikgu semoga Allah SWT memberikan kekuatan intelektual dan professional honesty secara konsisten untuk menjana minda pelajar menjadi insan berintegriti.
ReplyDelete