Tuesday, December 11, 2012

Sarana PIBG dan Sarana Sekolah




Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada 11 September,2012 mengandungi 11 anjakan utama iaitu :


1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6 Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.


Berita Harian Online 11 September,2012





Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (13 Tahun)
Sumber gambar : Kementerian Pelajaran


















sumber video you tube
PPP 2013-2025


Memahami inspirasi Kerajaan


Kerajaan telah memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk pembangunan pendidikan negara dalam bajet 2013 sebanyak 38.7 bilion bagi memastikan hasrat dan inspirasi pembangunan modal insan dapat direalisasikan sepertimana yang diperincikan dalam 11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) bagi tempoh 13 tahun akan datang. Memahami inspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan komitmen dan kerjasama padu setiap warga pendidik masyarakat , badan sukarela dan badan korporat memikul tanggungjawab secara kolektif memajukan pendidikan anak-anak bagi mendepani cabaran alaf modenisasi yang menuntut keprihatinan semua pihak.


Prasarana pendidikan


Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana pendidikan secara gratis kepada pelajar-pelajar melalui pelupusan yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM dan buku teks bagi meringankan beban ibu bapa dan penjaga.Situasi seperti ini tidak berlaku di negara negara lain yang terpaksa menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka setiap smester bermula.Keistimewaan dan kemudahan ini sepatutnya disyukuri oleh setiap ibu bapa terutama mereka yang mempunyai bilangan anak yang ramai. Zaman persekolahan kita dulu terpaksa membelanjakan tidak sedikit wang ringgit bagi memenuhi keperluan pelajaran. Saya masih ingat semasa di Tingkatan Satu SM Kamil Pasir Putih dalam tahun 1970 bapa saya tidak mampu menyediakan yuran bulanan sebanyak RM7.50 menyebabkan saya mengambil keputusan pindah ke Sekolah Menengah Tok Janggut(aliran Melayu).Begitulah peritnya derita yang di alami generasi dahulu berbanding sekarang yang mendapat banyak kemudahan untuk meneruskan kesinambungan pendidikan mereka.

Sarana PIBG dan Sarana Sekolah


Selama dua hari berturut-turut (10-11 Disember,2012) berlangsung Sarana PIBG dan Sarana Sekolah anjuran Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat bersama Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul di Auditorium Tan Sri Rafie Mahat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) bagi membincangkan Anjakan ke 9 PPP iaitu Bekerjasama dengan Ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta.Wacana ilmiah ini dihadiri kebanyakan Pengetua/Guru Besar dan YDP PIBG sekolah Rendah dan Menengah Zon Keramat dan Sentul. Pengetua dan PIBG perlu berganding bahu merangka program dan aktiviti memajukan sekolah sebagai sebuah institusi yang disegani . Peranan PIBG membantu sekolah dalam bidang yang dibenarkan seperti termaktub dalam pekeliling KPM bil.5/2001Batas dan Bidang Kuasa PIBG. Kesefahaman dan keselarian tugas antara pihak sekolah dan PIBG menjadi indikator kemajuan sekolah kerana salah satu ciri kecemerlangan ialah mengekalkan hubungan yang harmoni bersandarkan konsep keikhlasan dan kepercayaan (sincerity and trustworthy) untuk melihat pencapaian anak-anak dalam pembelajaran di sekolah .


Tugas Pengetua


Peranan Pengetua selaku pemimpin,pengurus dan pentadbir menjadi cermin kemajuan sekolah. Kegagalan mengurus dan mentadbir merencat pembangunan pendidikan anak-anak . Tugas Pengetua ialah membentuk budaya sekolahnya menjadi sebuah organisasi yang unggul dan berwibawa melalui kerjasama padu setiap warga. Justeru Pengetua perlu memiliki ilmu dan kemahiran memimpin, mengurus dan mentadbir bagi memperkasa sumber manusia untuk mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Sebagai seorang pentadbir,Pengetua bertanggungjawab secara instruksional memantau proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdanP) secara berkesan yang menjadi "Core business" atau sasaran tahunan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran disamping pelbagai tugas tugas lain yang perlu dilaksanakan dengan bijaksana,penuh hikmah dan tuntas. Kejayaaan atau kemunduran sesebuah sekolah mempunyai kaitan langsung dengan gaya kepimpinan Pengetua sebagai peneraju utamanya .


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Selasa 11 Disember,2012





























No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...