Thursday, December 20, 2012

Perjumpaan Pengarah Bersama Pengurus Sekolah

Pada hari Selasa 18 Disember,2012 Sektor Jaminan Kualiti (SJQ) menganjurkan majlis perjumpaan Pengarah bersama Pengetua dan Guru Besar di Auditorium Tan Sri Rafie Mahat bagi membincangkan beberapa isu utama mengenai pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tuan Abdullah Mad Yunus meminta semua Pengetua dan Guru Besar menyelia sekolah masing-masing dengan penuh teliti bagi memastikan tidak terdapat sebarang isu yang berbangkit semasa pembukaan sekolah awal tahun 2013. Beliau seterusnya menyentuh kedudukan guru, sekolah dan bilangan murid sebagai sasaran utama Jabatan yang perlu diselia dengan baik untuk pembangunan pendidikan khusus  bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Sek. Ren.200138018
Sek. Men.97107739
Jumlah297245,757
GuruBukan Guru
Sek. Ren.94691320
Sek. Men.83911259
Jumlah17,8602,579
JenisSekolah
SK141
SK Khas3
SJK (C)41
SJK (T)15
SMK87
SMK Agama1
SMB Penuh3
SM Teknik3
SM Khas1
Sekolah Sukan1
SABK1
Jumlah297
*Sumber: Data SMPP/EMIS 30 Jun 2012


Sumber: Portal Rasmi JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mengurus sekolah dengan baik 
 

Pengarah mengingatkan semua pengurus sekolah perlu membaiki wajah sekolah masing-masing dengan berkesan terutama berkenaan dengan pengurusan sumber manusia dan pengurusan instruksional bagi memastikan guru-guru yang berada di bawah seliaan masing-masing benar-benar  berkualiti menjalankan tugas dan tanggungjawab membangun potensi murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut standard prestasi yang ditetapkan.Beliau mengingatkan Baki kumpulan Wang Kerajaan dan Kumpulan Wang Amanah yang masih berbaki besar akan dipindahkan ke Perbendaharaan. Senarai beberapa buah sekolah dipaparkan pada skrin untuk tindakan pengurus terbabit.
 
 
Dasar Kementerian
 
Pengarah seterusnya mengingatkan Pengetua /Guru Besar menghayati dasar-dasar KPM seperti Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Dasar MBM/MBI, KSSR,Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan I Murid I Sukan yang perlu difahami oleh semua guru . Beliau juga menyentuh kedudukan / pencapaian kita 1/3 bawah standard piawaian  dunia berdasarkan PISA dan TIMSS). Sebagai seorang CEO katanya Pengetua/Guru Besar memainkan peranan utama bagi memastikan sekolah mereka sentiasa cemerlang dalam semua bidang . Amalan konsep Guru Penyayang perlu dilaksanakan secara berkesinambungan bagi menggalak ramai pelajar ke sekolah.


Penceramah jemputan

Jabatan telah mengundang khas Dosen Universitas Islam Sunan Gunung Jati Bandung Prof Dr. Sanusi Uwes berkongsi pengalaman mengenai pendidikan di Indonesia. Beliau membicarakan sistem pendidikan di Indonesia yang merangkumi Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD), pendidikan dasar, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi (DI,D2,D3,D4, SI.S2 S3). Beliau menjelaskan kompetensi guru terbagi kepada empat domain utama iaitu, kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian,kompetensi proffesional dan kompetensi sosial sebagai sarana yang menunjang tujuan Pendidikan Nasional Indonesia . Selanjutnya Prof Sanusi menekankan peranan guru sebagai apparat yang berkecimpung secara langsung dalam dunia pendidikan perlu menguasai ilmu pengetahuan dengan membaca , menulis artikel dan  rencana bagi menangani cabaran abad modenisasi yang sarat dengan perkembangan maklumat melalui medium teknologi komunikasi bergerak pantas di seluruh dunia..


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
20 Disember,2012





No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...