Malam tadi hujan lebat disertai petir, ribut dan angin kencang menyebabkan atap bumbung bangunan Blok Dinamik paling hujung dekat kantin SMKSB@STAR rosak dan kepingan ceiling jatuh . Pengetua sudah memaklumkan kepada En. Jamil Jamaluddin KU Pembangunan mengenai perkara tersebut dan dalam masa yang sama menghubungi kontraktor membaiki kerosakan dengan segera untuk keselamatan pelajar dan guru-guru. Kabel wayar bumi keselamatan bangunan telah hilang di curi sejak beberapa lama sebelum saya ditempatkan disekolah ini. Pengetua telah mengambil langkah segera dengan memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (UP Unit Pembangunan) mengenai kejadian tersebut.Surat makluman sudah dihantar dan pegawai yang bertanggungjawab telah pun memantau kerosakan yang berlaku namun hingga kini masih belum terdapat sebarang tindakan susulan.Oleh kerana ketiadaan kabel bumi (earth cable) gangguan kepada sistem telefon , elektrik dan sistem komputer yang menyimpan pangkalan data pelajar dan guru turut terjejas. Pihak sekolah mengharapkan tindakan dengan kadar segera dapat dilaksanakan untuk keselamatan kira-kira 2,300 warga sekolah.
Urus sekolah seperti rumah sendiri
Urus sekolah seperti rumah sendiri
Kepekaan dan keprihatinan terhadap keselamatan pelajar menjadi agenda utama. Pelajar didahulukan keselamatan diutamakan.Dalam kekangan dana yang terbatas pihak sekolah perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan keselesaan warganya.Tanggungjawab mengurus sekolah seperti memelihara rumah sendiri menjadi tugas utama setiap Pengetua.Ketidakupayaan menyelesaikan dengan segera boleh mengundang risiko kepada pelajar dan seluruh warga.Antara 'urgent and important' yang mana perlu diutamakan sudah tentu URGENT didahulukan.
Baik pulih segera
Kita berharap baik pulih dapat dilakukan secepat mungkin bagi mengelakan berlaku perkara yang tidak diingini terhadap pelajar,guru-guru dan ibu bapa yang berurusan dengan sekolah.Pengetua telah meminta kontraktor membaiki kerosakan bumbung dengan cepat tetapi memandangkan hari ini Selasa 1 Januari 2013 cuti umum tahun baru, kerja-kerja pembaikan akan dimulakan esok (Rabu). Pelajar pelajar Tingkatan 5 yang menghuni Blok Dinamik akan dievakuasi ke bilik bilik lain buat sementara waktu menunggu kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)tetap berjalan seperti jadual.Kepada guru-guru terbabit sila pastikan kelas masing-masing berlaku pedagogi seperti yang ditetapkan.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
31 Disember,2012
No comments:
Post a Comment