Wednesday, December 12, 2012

Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Sekolah



Pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat pengurusan bagi membincangkan persiapan persekolahan bagi tahun 2013 di Hotel Hang Tuah City Melaka selama dua hari (Sabtu-Isnin)) pada 8-10 Disember,2012.Mesyuarat ini dihadiri seramai 50 orang guru dalam kalangan pentadbir,guru-guru kanan, guru cemerlang dan Ketua Panitia setiap mata pelajaran.Perbelanjaan penginapan ditanggung oleh guru-guru sendiri. Makan tengahari dan makan malam di taja oleh Pejabat Ketua Menteri Melaka.


Penghargaan dan terima Kasih


Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Datuk Seri Ali Rustam dan Exco Kerajaan Negeri kerana sudi mensponsori makan malam di MyCafe Asam Pedas dan makan tengahari di Kampung Mortem kepada guru-guru kami. Keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka kepada warga pendidik menjadi ikon yang perlu dicontohi oleh badan badan kerajaan lain, korporat dan sektor  swasta untuk pembangunan pendidikan negara. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Wan Ibrahim (KPT kanan) yang mengurus pakej hotel dan mengambil inisiatif  menghubungi Pejabat Ketua Menteri untuk majlis tersebut .

Perbincangan /Mesyuarat


Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi hari Ahad 9 Disember, dipengerusi oleh Pengetua bagi membincangkan beberapa agenda penting pembangunan pendidikan  seperti Melindungi Masa Instruksional (MMI), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Jadual waktu, keseronokan bekerja, pengurusan disiplin, MBMMBI PPP 2013-2025, Pengurusan Berdasarkan Objektif (MBO), MBW, Peraturan -peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Perintah Am Bab D, Indikator Pencapaian sekolah dan Refleksi tahun 2012. Pengurusan kewangan  menjadi mauduk yang penting dalam perbincangan bagi memastikan semua urusan pembelian dan transaksi  menepati tatacara pengurusan kewangan kerajaan.















Pengetua mempengerusikan mesyuarat pengurusan .







Perbincangan perancangan strategik 2013




Sebahagian guru-guru yang hadir















  Sumber gambar: Cik gu Rosnah Samlee

















Guru-guru turut memberi sumbang saran untuk 
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran(PdP)



















Menyampaikan watikah pelantikan
kepada salah seorang guru

Budaya kerja

Pengetua menekankan budaya bekerja sebagai suatu paradigma yang perlu diubah jika ingin maju. Sikap dan pola laku penjawat awam menjadi cermin masyarakat  yang menaruh harapan tinggi terhadap kerjaya guru sebagai agen perubahan. Peranan guru sebagai Murabbi, bukan saja sebagai penyampai maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) malah lebih dominan membentuk sikap dan nilai pelajar menjadi modal insan yang berketrampilan, mempunyai daya saing diperingkat global. Kemampuan guru mengahayati MMI sebagai sasaran kerja utama mereka menjadi sumber pemangkin mempercepat proses kemajuan pendidikan anak-anak.Budaya kerja yang mementingkan masa sebagai amalan hidup menjadi tunjang kecemerlangan organisasi.Pengetua menegaskan semua guru mesti berada di sekolah selewat-lewatnya 7.15pagi mulai sesi akademik 2013.


Tujuan Pendidikan


Pendidikan bertujuan membentuk kepribadian manusia melalui proses transformasi nilai dan budaya berteraskan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Kepribadian dan tingkahlaku seseorang turut dipengaruhi oleh faktor persekitaran sekolah  yang  menyumbang kearah pengukuhan watak dan karisma mereka. Iklim sekolah yang sentiasa ceria membangkitkan motivasi dan aura pelajar untuk  menimba ilmu dan kemahiran .Melalui perancangan  dan pengurusan strategik disokong dengan kepakaran guru saya menaruh harapan tinggi SMKSB@STAR akan menjadi sebuah sekolah bestari yang mampu melonjakan kecemerlangan dalam akademik, keunggulan kokurikulum dan sukan setanding dengan sekolah sekolah ternama yang lain.


Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Khamis 13 Disember,2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...