Saturday, December 22, 2012

Menunggu Pengesahan Jawatan

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan pangkat  Pengetua ke Gred DG52 dan Penolong Kanan ke Gred  DG 48 perjawatan hakiki di sekolah-sekolah mulai 1 Januari,2012. Proses kenaikan pangkat di urus oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pelajaran.Sesetengah Pengetua telah  mendapat tawaran pemangkuan DG52 pada penghujung tahun 2011 tetapi hingga kini masih lagi  belum menerima surat pengesahan jawatan. Semua dokumen dan laporan prestasi khas untuk tujuan pengesahan telah pun dihantar ke Jabatan untuk dipanjangkan ke BPSM. Mengikut peraturan tempoh pemangkuan seseorang pegawai sekurang-kurangnya 6 bulan sahaja namun realitinya majoriti pegawai terpaksa menunggu melebihi setahun malah ada yang bersara sebelum mendapat  surat pengesahan.Tulisan ini bukan bersifat antagonis dengan citra perkhidmatan kerana kita semua adalah penjawat yang mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap pembangunan negara.

Pencapaian diutamakan

Setiap penjawat awam mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing berdasarkan spesifikasi kerja yang perlu dilaksanakan mengikut tempoh masa 'time frame' yang ditetapkan..Kecekapan dan keupayaan mengurus menjadi ukuran kecemerlangan sesebuah organisasi.Jika guru-guru boleh menyelesaikan tugasnya dengan baik memeriksa kertas calon-calon PMR yang berjumlah 480,000 lebih suku juta dalam tempoh dua bulan sehingga keputusan  di keluarkan , SPM seramai hampir 500,000 dan STPM 50,000 mengikut jadual, tiada justifikasi munasabah  BPSM mengambil masa terlalu lama menyelesaikan isu pengesahan perjawatan ini. Prinsip Pencapaian diutamakan sebagai ukuran prestasi perkhidmatan perlu diterjemahkan secara realiti  dalam tugas harian bagi merealisasi hasrat kerajaan disemua peringkat jabatan dan organisasi. Setiap jabatan mempunyai garis panduan "grace period"  yang dinyatakan dalam piagam pelanggan sebagai janji perkhidmatan berdasarkan misi dan visi sesebuah organisasi.


Kepentingan perkhidmatan


Menjadi tanggungjawab kita bersama menjunjung teras perkhidmatan bagi memastikan urus tadbir  menepati piawaian Kementerian berdasarkan kecekapan dan effisiensi .Meletakan kepentingan perkhidmatan sebagai sasaran utama pencapaian merupakan indikator kecemerlangan  dalam setiap pengurusan organisasi sebagai standard prestasi  yang menunjang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).Saya melihat dari perspektif makro berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan dalam perkhidmatan walau pun saya  telah  disahkan jawatan DG 52 sejak 2011 lagi.



Che' Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...