Selasa 4 November,2012 satu taklimat berkaitan Pelaksanaan MMI (Melindungi Masa Instruksional) telah diadakan oleh Sektor Pengurusan Akademik (SPA) Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP) kepada semua Pengetua dan Guru Besar di Auditorium Tan Sri Rafie Mahat bermula jam 8.30pagi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandang serius MMI kerana tugas utama guru ialah sebagai obor membangun daya intelektual pelajar menjadi manusia yang berintegriti melalui pemindahan ilmu dan kemahiran yang berlaku di Bilik Darjah. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Tan Sri Datuk Ab. Ghafar Mahmud mahu MMI ditangani secara bijaksana bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak terjejas .
Tan Sri Ab Ghafar Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran .

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bergantung kepada kewibawaan dan kesediaan guru dari segi mental dan fizikal menyampaikan materi pengajaran di Bilik Darjah. Kesediaan guru dipengaruhi oleh sikap dan rasa tanggungjawab melaksanakan pedagogi dengan berkesan melalui perancangan sistematik dan tersusun berdasarkan strategi yang dirangka bagi memastikan kualiti masa instruksional tidak terganggu. Peranan guru menjana pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran sangat mendominasi kecemerlangan pelajar. Kemampuan guru mengolah isi kandungan sesuatu subjek dengan baik menjadi pemangkin kekuatan minda pelajar. Guru sejati mempunyai jati diri sebagai pendidik berintegriti yang memiliki "professional honesty" melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan . Justeru pembabitan guru dalam menyampaikan materi pengajaran tidak seharusnya di bebani dengan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran yang tidak menyumbangkan kepada kemajuan diri murid.
Isu dan cabaran
Keberadaan guru di Bilik Darjah sering kali terganggu oleh tugas-tugas di luar kelas seperti menjalankan tugas rasmi yang diarahkan oleh Kementerian, Jabatan dan PPW. Pengurusan sekolah juga menghadapi kekangan yang serius kerana " average at least ten teachers' will leave school everyday during school hours".Keadaan menjadi semakin kritikal apabila ada guru yang mengambil cuti sakit (MC) menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa menggabungkan kelas. Fenomena ini sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa sebarang penyelesaian dari pihak berautoriti . Kes guru guru tak masuk kelas memang ada tetapi jumlahnya sangat kecil kerana pihak sekolah sentiasa memantau perjalanan instruksional yang dilaksanakan di Bilik Darjah. Bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi ini penyelarasan tugas di peringkat tertinggi perlu seragam dan terkoordinasi dengan baik kerana matlamat utama Kementerian ialah melahirkan modal insan yang bermutu mempunyai jati diri unggul untuk pembangunan negara.Guru-guru yang bekerja di Kementerian,Jabatan dan Pejabat Pelajaran Daerah seharusnya menyedari hakikat ini kerana mereka pernah berada di sekolah sebelum ini. Norma perjawatan pegawai di KPM,JPN dan PPD perlu dikaji semula bagi menangani MMI disekolah. Kewibawaan Kementerian , Jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah secara automatik terserlah jika sekolah-sekolah di negara ini berhasil mencipta kecemerlangan setanding dengan negara negara maju.
Sumber video you tube
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pendidikan bermutu
Negara telah melalui proses transformasi yang panjang sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos,1957. Sistem Pendidikan kita mengalami perubahan dan kemajuan selari dengan arus perkembangan dunia. Bermula dengan Penyata Razak pada tahun 1956, Jawatan kuasa Rahman Talib 1960, Akta Pendidikan 1961, Jawatan kuasa Kabinet hinggalah penggubalan Akta Pendidikan 1996 dan kini Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) merupakan Garis-Garis Besar Haluan Pendidikan Negara (GBHPN) bertujuan menyediakan pendidikan bermutu kepada semua rakyat . Pendidikan bermutu bermaksud produk yang di keluarkan mempunyai ilmu, berbobot, menguasai pelbagai kemahiran dan idealisma yang tinggi untuk pembinaan masyarakat Malaysia supaya mampu bersaing diperingkat dunia.
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
4 November,2012.

No comments:
Post a Comment