Friday, December 28, 2012

Hari Orientasi Sekolah

Seperti dijadual hari ini Jumaat 28 Disember,2012 ialah majlis orientasi sekolah yang turut dihadiri sama YDP PIBG En. Simon Kor dan lebih kurang 389 orang ibu bapa memenuhi Dewan Gemilang seawal jam 7.30pagi.Majlis rasmi bermula jam 8.30pagi dengan ucapan aluan Pengetua mengenai perkembangan dan pembangunan sekolah secara keseluruhan.Pengetua menggarisbawahi pencapaian sekolah dalam PMR 2012, kemajuan kokurikulum, persekitaran sekolah dan yang paling penting menjadikan SMKSB@STAR sebuah institusi pendidikan yang maju dan berwibawa selaras dengan hasrat dan keperluan pendidikan menjana modal insan berintegriti  kerana "The main objective of education is to prepare the young people with knowledge, skills and competence for the better future".Membina hubungan yang baik melalui kerjasama ibu bapa menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah.Pengetua menekankan tanggungjawab sekolah ialah memastikan pelajar selamat dan selesa.Pelajar didahulukan pencapaian diutamakan .


Kerjasama ibu bapa


Pengetua selanjutnya menyentuh pembangunan transformasi pendidikan khususnya  pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)yang bermula pada tahun ini (2012) bagi pelajar Tingkatan 1 dalam semua subjek termasuk Pendidikan Moral,Pendidikan Seni dan Sivik Kewarganegaraan.Kementerian Pelajaran (LPM) telah menetapkan mulai tahun 2014 PBS dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah.Seramai 397orang murid mendaftar pada hari ini. Dalam ucapan YDP PIBG En.Simon menggesa ibu bapa memberi kerjasama yang baik dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka berasa selesa dan seronok untuk belajar. Beliau mengharapkan ibu bapa dapat meluangkan masa menghadiri program dan aktiviti anjuran PIBG bagi mengetahui perkembangan anak-anak mereka . Selanjutnya PK Petang En.Cheli membentangkan perancangan dan pelan strategik sekolah yang akan dilaksanakan untuk peningkatan akademik pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua sepanjang tahun 2013.


Disiplin pelajar

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) menghuraikan dengan terperinci peraturan dan disiplin sekolah dengan menekankan kepada beberapa isu antaranya kehadiran, ponteng, rambut, pakaian, keselamatan dan kebajikan pelajar. Tawaran Biasiswa Kecil Persekutuan , Yayasan Buddist dan Baitulmal  menyediakan kemudahan kepada pelajar yang layak. Majlis berakhir dengan sentuhan motivasi oleh Kaunselor Pn.Koay meminta ibu bapa mengambil peduli dengan anak-anak mereka . Konsep LOVE iaitu Listen,Observe,Value Evaluate  perlu diamalkan dalam kalangan keluarga untuk memupuk kasih sayang dan keharmonian tetap terjalin untuk kemajuan diri pelajar.



Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
28 Disember,2012.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...