Wednesday, December 26, 2012

Domain Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pembangunan pendidikan mengalami perubahan dengan memberi penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assesssment of learning) bertujuan membangun potensi murid dalam aspek kognitif,afektif dan psikomotor sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertunjangkan jasmani, emosi,rohani,dan intelek (JERI) untuk kemenjadian murid.Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)bersifat holistik mencakup bidang akademik dan non akademik untuk menilai pelajar.

Dua komponen utama 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS terdiri dari dua komponen utama iaitu Akademik  dan Bukan Akademik. Dalam bidang akademik terdapat Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah manakala non akademik pula ialah Pentaksiran Aktiviti jasmani,sukan dan Kokurikulum(PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik. Pelajar dinilai secara adil berdasarkan keupayaan,kebolehan, bakat,kemahiran dan potensi diri mereka tanpa perbandingan dengan orang lain.

Pelaksanaan PBS

Mulai tahun ini 2012 pelajar-pelajar Tingkatan Satu telah memulakan sesi PBS mereka di sekolah. Kementerian membuat penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan (SPK) bagi PMR melalui PBS dengan menetapkan wajaran 100% bagi murid tingkatan 3 pada tahun 2014 merangkumi empat domain utama iaitu Pentaksiran sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik. Pelaksanaan PBS memberi otonomi kepada guru menilai pelajar dalam setiap bidang kompetensi berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran.


Sumber: pembacaan dan catatan mesyuarat .

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
26 Disember,2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...