Friday, December 21, 2012

Penambahbaikan Prasarana Sekolah

Beberapa penambahbaikan prasarana  telah dilakukan bagi memastikan bangunan sekolah sentiasa selamat , tetap terpelihara untuk kemudahan pelajar dan guru-guru melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran sepanjang tahun. Pihak sekolah telah membaiki tandas pelajar , Pusat Sumber Sekolah,menurap jalan belakang sekolah yang rosak teruk, mengganti lampu yang rosak dan memasang  lampu besar (spotlight) bagi memastikan sekolah dalam keadaan selamat. Dengan bantuan dan kerjasama PIBG kita telah memasang 16 CCTV di semua bangunan yang mula beroperasi pada 25Disember ini.Penghargaan yang setingginya kepada YDP PIBG EN.SIMON KOR dan NYDP EN.ANGUS NG bersama barisan AJK yang meluluskan peruntukan memasang peralatan tersebut untuk kepentingan pelajar dan seluruh warga sekolah.Terbaru sekolah telah menerima sebanyak 12 tin cat daripada Nippon hasil inisiatif Penolong Kanan Petang En. Cheli untuk mengecat sekolah terutama bangunan utama yang kelihatan semakin pudar .


















Bangunan utama sekolah yang perlu di ceriakan .
Mengurus Sekolah

Pengetua perlu sentiasa memantau keadaan fizikal sekolah bagi  memastikan seluruh bangunan selamat . Pengetua perlu peka dengan sebarang kerosakan yang berlaku di sekolah bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.Kejadian paip bawah tanah pecah menyebabkan air mengalir berterusan selama berbulan  menyebabkan kerugian yang besar kepada rakyat. Kepekaan pengurus sekolah dalam menangani setiap kejadian berlaku menjadi penyelamat kepada kerosakan yang lebih parah. Justeru dengan kekangan kewangan terbatas Pengetua perlu bijak mencari penyelesaian bagi menyelamatkan sekolahnya.Menjadi Pengetua memerlukan komitmen sepenuh hati yang perlu  meletakan tanggungjawab 100 peratus terhadap kemajuan sekolah bukan saja dari segi kepimpinan instruksional malah seluruh aktiviti pengurusan pendidikan. Jika Pengetua tidur guru akan berdengkur, murid pasti kabur. Analogi ini hanya sekadar bidalan jika pengurus sekolah tidak mengambil cakna sudah pasti kemajuan sekolahnya tidak berubah.

Kejujuran Intelektual

Keberadaan Pengetua selaku pemimpin sangat penting untuk kelancaran pengurusan dan pentadbiran sekolah. Tugas mengepalai sekolah bukan mengejar Gred Jawatan yang lebih tinggi tetapi yang paling dominan memberikan perkhidmatan setulus jiwa untuk pembangunan pendidikan negara.Kejujuran intelektual dalam mengurus,memimpin dan mentadbir menjadi indikator kecemerlangan sekolah sebagai sebuah institusi yang berwibawa.Ukuran pencapaian ditandai dengan rasa kepuasan bekerja sebagai prestasi penilaian diri bukannya melalui sekeping borang sasaran kerja tahunan yang diisi saban tahun. Bekerja kerana mencari REDHA ALLAH menyemaikan keikhlasan dalam diri kerana setiap perbuatan yang ditunjangi dengan niat yang baik pasti mendapat ganjaran disisi Tuhan .


Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Sabtu 22 Disember,2012.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...