Thursday, July 19, 2012

Sabtu 21 Julai 2012 Permulaan Ramadhan

Penyimpan Mohor Besar Raja Raja telah mengisytiharkan  umat Islam akan menunaikan ibadah puasa mulai hari Sabtu 21 Julai, 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H . Selamat menjalani ibadah puasa semoga Allah SWT memberikan keampunan dan kesejahteraan berpanjangan. Bulan Ramadhan menjanjikan kemenangan kepada setiap orang beriman kerana di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keampunan dan kemuliaan melebihi seribu bulan. Keistimewaan Ramadhan kerana Allah SWT  menurunkan Al Quran sebagai Furqan (pembeza) bagi  membezakan antara haq dan bathil sebagai neraca kehidupan. Orang yang benar benar berpuasa dijamin Allah dengan balasan syurga penuh dengan kenikmatan.


Selamat berpuasa .

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...