Perjalanan yang panjang berpandukan GPS (Tomtom) tidaklah menyukarkan kerana panduan arah (directions) sangat jelas dan terpandu sehingga sampai ke destinasi dengan selamat. Baru-baru ini (Mei-Jun 2012) saya berpeluang memandu kereta Toyota Hibrid dari Sheffield ke Cheshire Oak factory outlet bersama anak-anak dan isteri untuk membeli sedikit buah tangan sebelum balik ke Malaysia . Sepanjang pemanduan selama 2 jam saya merasakan ketenangan dan kedamaian melihat panorama alam yang cantik dengan sungai yang jernih dan bersih berlatarbelakang gunung menghijau yang menyejukan .
Alam ciptaan Tuhan sungguh
cantik dan mempersonakan.
cantik dan mempersonakan.
Sungai yang bersih
tenang dan menyejukan .
tenang dan menyejukan .
Sebatang jalan berliku melalui
lereng bukit curam memerlukan
penumpuan semasa memandu.
Isi dulu baru bayar
Salah satu perkhidmatan yang patut dipuji ialah semasa mengisi minyak di mana mana petro stesen di sini . Pengguna mengisi dulu kemudian baru bayar menjadi perkara biasa di negara ini. kemungkinan berlaku tidak jujur jarang terjadi kerana setiap petro stesen mempunyai rakaman kamera sebagai langkah keselamatan. Masyarakat England terdidik dengan peraturan sehingga mereka menjadi orang yang mematuhi undang-undang . Kita perlu melakukan anjakan transformasi mencontohi sikap terpuji yang mereka miliki walau pun tidak dalam semua perkara. Perjalanan ke Edinburgh selama 5 jam mengikut pemanduan had laju sungguh mengujakan .
Bersama Hjh Siti Aisyah Che' Yahya
(Kak Lang) di Edinburgh .
Sepanjang perjalanan cuaca bertukar ganti hujan renyai renyai , disulami mendung dan kadangkala panas menjadi lumrah negara ini walau pun musim 'summer' . Cahaya matahari sangat berharga disini untuk melancarkan aktiviti harian . Orang sangat mementingkan 'weather' dan 'forecast' sebelum melakukan aktiviti harian. Kami tiba di Edinburgh sekitar jam 500 petang . Kami menaiki bas 'sightseeing' melihat wajah kota dalam kesejukan .
Bermalam di Glasgow
Kak Lang bersama Mama
John pemandu pelancong yang baik hati.
Subhanallah cantiknya bumi ciptaan Tuhan
Aliran anak sungai dari sebuah gunung .
Tenangnya air mengalir dari celahan
gunung menambah tadabbur terhadap
ciptaan Tuhan .
Meneruskan perjalanan ke Glasgow untuk safari ke Scotland Highland yang sungguh mengujakan . Kami menaiki van khas Rabbie's . Pemandunya yang baik hati, ramah mengenakan pakaian tradisi Scottish melayan kami dengan penuh sopan. Sepanjang perjalanan disulami hujan renyai . Cuaca sejuk sehingga saya mengenakan tiga lapis baju tebal tetapi ironi ini pemandu ini JOHN kelihatan biasa sahaja . Mungkin tubuh badannya imune dengan cuaca ditempatnya .

Che'Yahya Che' Soh
Catatan perjalanan Julai 2011.
Catatan perjalanan Julai 2011.
No comments:
Post a Comment