Al Qur'an memang khazanah ilmu yang cukup identik dengan kehidupan umat manusia ,haiwan dan tumbuhan sebagai ekosistem alam yang saling berkait antara satu sama lain . Kitab suci Allah ini menjadi panduan hidup bagi orang yang ingin mencari kebenaran, mengkaji dan meneliti setiap perlakuan alam yang berlaku mengikut ketentuan Tuhan. Manusia mencari kebenaran melalui pelbagai cara termasuk meneroka lautan melihat pelbagai spesis kehidupan termasuk tumbuh tumbuhan sehingga menemui aliran sungai di bawah dasar laut. Diruang udara pula manusia mampu meneroka hinggga keangkasa lepas mencari bukti kebenaran Al Qur'an.
Disiplin Ilmu Dalam Al Qur'an
Ilmu pengetahuan moden meyakini bahawa Al quran mengandungi pelbagai disiplin ilmu yang sangat konkrit dengan kehidupan. Planet bumi tempat bermukim manusia, haiwan dan tumbuhan sejak zaman Nabi Adam Alaihi Salam hinggalah tibanya hari yang dijanjikan tetap tunduk dan patuh mengikut perintah Tuhan . Matahari tetap terbit di Timur dan turun di Barat. Bahagian Bumi mengalami malam dan belahan bumi lain siang . Perbezaan waktu kerana peredaran matahari mengelilingi Bumi . Sepanjang pergantian waktu tersebut kalimah Allah tetap berkumandang memenuhi ruang udara disetiap pelosok bumi . Demikian hebatnya Allah SWT menyusun perjalanan alam yang sungguh teratur dan sistematik sehingga manusia mampu beradaptasi dengan kehidupan di bumi.

Kisah Haiwan Dalam Al Qur'an
Unta (Ibil, Naqah) sangat pemalu dan cerdik
Gambar: internet
Banyak kisah menarik mengenai kehidupan haiwan yang dipaparkan dalam Al Qur'an untuk menjadi iktibar kepada manusia. Al qur'an menyebut Al An AM , Al Fil, An Nahl, Al Baqarah, Ibil (Naqah, Unta) (sekadar beberapa contoh) untuk manusia memikirkan keistimewaan dan peranan haiwan ciptaan Allah. Bagaimana unta menjalani kehidupan digurun sehara yang kering tandus dapat menyimpan bergelen-gelen air dibonggolnya dan binatang yang paling pemalu terutama semasa ingin mengawan dengan pasangannya mereka mencari kawasan yang jauh dari pandangan awam .
Sumber video youtube
Surah Al Fiil
Kisah burung Ababil yang menyelamatkan kaabah dari runtuhan tentera Abrahah sehingga mereka mati bergelimpangan dan hancur seumpama daun kayu yang dimakan ulat menjadi bukti Al Quranik tentang kekuasaan Tuhan . Peranan lebah yang menjadi pengeluar madu dari perutnya menjadi penawar kepada manusia turut dirakamkan Tuhan dalam Al Qur'an. Nabi SAW menggemari dan melazimi meminum madu dan kurma setiap hari untuk kesihatan . Sebagai umatnya kita perlu mengikut sunnah Nabi SAW supaya fizikal sentiasa cergas dan sihat .
Perumpamaan hidup
Al Qur'an membuat perumpamaan manusia yang mempunyai hati, mata, telinga, tetapi tidak mematuhi perintah Tuhan statusnya sama dengan kehidupan binatang malah lebih sesat daripada haiwan ternak . Perumpamaan hidup ini ditujukan kepada manusia yang tidak beriman kepada Allah walau pun mereka dikurniakan akal budi dan jasmani yang sempurna masih berbuat maksiat dan menderhakai Allah tanpa sedikit pun berasa menyesal . Manusia jenis ini sanggup melakukan apa saja demi keperluan hidupnya tercapai tanpa memperduli batas Agama. Justeru berlakulah kebobrakan nilai yang sangat menggerunkan seolah-seolah manusia kembali berada di era jahiliah . Fenomena ini jika tidak ditangani secara imani akan menghancurkan generasi. Transformasi nilai perlu dilakukan secara berterusan bagi menjamin kelestarian umat.
cerna minda,
Che'Yahya Che' Soh
8/7/12
No comments:
Post a Comment