Friday, July 13, 2012

PANTUN BINTANG BINTANG GEMERLAPAN



Kerdipan  bintang diangkasa raya
Menyinari malam  yang gelap gulita
   SMK Sinar Bintang terus bercahaya
   Membina kecemerlangan  tumpuan kita



   Sekolah ternama milik  kerajaan
   Berdiri megah di Sinar Bintang
   Pelajar cemerlang tonggak kejayaan
   Merubah kehidupan masa mendatang

   Rukun Negara amalan kita
   Menjadi teras  penyatuan  bangsa
   Sekolah sejahtera menjadi cita cita
   Menuntut ilmu penuh selesa

  Dalam mengharungi era globalisasi
  Ilmu dan informasi   indikator  diri
  Pendidikan cemerlang  kerana  transformasi
  Menuju wawasan pelajar bestari

  Gagasan 1 Malaysia inspirasi negara
  Integrasi kaum tujuan utama
  Sekolah ceria pelajar mesra
  Membangun   aura  institusi ternama

Banyak membaca mencerdas minda
Meneroka ilmu menjana ingatan
Pendidikan bermutu menjadi  agenda
Negara maju menjadi sebutan

Kemusnahan tamaddun kerana kebobrokan
Pertembungan  nilai  menguasai fikiran
Transformasi kurikulum untuk kebaikan
Merubah peperiksaan kepada pentaksiran.

Guru bertugas penuh dedikasi
Kekadang sirna   mengganggu emosi
Sekolah cemerlang menepati misi
Menjadi kenyataan bukannya illusi



SELAMAT MAJU JAYA .

Che' Yahya Che' Soh
curahan minda pengetua.
14 /7/12


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...