Tazkirah pagi hari ini 22 Julai 2012 (Ahad) tentang kefardhuan puasa kepada umat Islam . Puasa Ramadhan ini mendidik diri manusia kearah sifat-sifat Malaikat dan menjauhkan diri daripada sifat kebinatangan. Nafsu perlu dikawal melalui puasa. Jika tidak di kawal ialah boleh mengajak kepada kejahatan (Surah Yusuf :53) . Jika gagal di kawal , nafsu mendorong manusia menjadi sesat (Al Qasas :50) . Paling menakutkan ia boleh membawa syirik kepada Allah SWT (Al Furqan : 43)
Kepentingan Puasa
Puasa menghasilkan taqwa. Puasa kerana iman dengan wahtisaaba (mengharapkan keampunan) akan menghapuskan dosa . Puasa sebagai pendinding di dalam kubur . Sebaik tanah diratakan Malaikat Mungkar dan Nangkir akan datang menyoal si mati . Beruntunglah orang beriman yang sentiasa memelihara perintah Allah dengan sebaik mungkin semasa hidup di dunia kerana setiap perbuatan yang ikhlas akan menjadi pelindung kepada kita di alam barzah nanti . Amalan Solat berada di kepala, Puasa datang dari arah kanan, zakat dari arah kiri dan amalan kebaikan yang lain seperti sedekah akan berada di hujung dua kaki. Kepentingan Ibadah Puasa Ramadhan sebagai pemberi syafaat di Mahsyar. Cuba bayangkan bagaimana orang yang berpuasa hanya mendapat LAPAR DAN DAHAGA saja. Paling penting ialah Puasa sebagai perisai dari api neraka . Orang yang benar-benar puasa tidak akan disentuh oleh api neraka.
Rumusan :
Ibadah Puasa membentuk Taqwa
Ibadah Puasa menjadi pendinding di kubur
Ibadah Puasa akan memberi syafaat di Mahsyar
Ibadah Puasa menjadi perisai api neraka
Disesuaikan dengan Tazkirah
Ustaz Ibrahim Mohammad. Wallahua'lam.
Che' Yahya Che' Soh
Ahad 2 Ramadhan 1433H
No comments:
Post a Comment