Tuesday, July 17, 2012

Malam Sejambak Budi Sekalung Kasih

Isnin 16 Julai 2012 bermula jam 8.00 malam berlangsung malam 'Sejambak Budi Sekalung Kasih' telah diadakan di Sunway Putra Hotel ( dulunya Hotel Legend)  sempena pertukaran Pengarah JPN WP KL Dato' Haji Khairil Awang sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) mulai 12 Julai 2012. Tempat beliau diganti oleh Tuan Abdullah Mad Yunus Pengarah JPN Selangor. Majlis ini dihadiri sebahagian besar Pengetua , Guru Besar dan guru-guru Wilayah Persekutuan dan Putra Jaya. Tahniah kepada Dato' Khairil diatas pelantikan ini. 
 


Dato' Khairil Awang
Pengarah IAB (Julai 2012)

Sememangnya ketokohan dan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin, pengurus dan pentadbir pendidikan khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi ikon yang patut diteladani oleh pelbagai pihak . Dato' Khairil merutinkan dirinya melawat sekolah sekolah bagi meninjau pelbagai aspek terutama proses Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar . Beliau memberikan penekanan terhadap pencapaian akademik terutama dalam SPM,PMR,STPM dan UPSR. Beliau telah meletakan sasaran sekolah-sekolah di Wilayah perlu berada dalam band 4 . Dibawah teraju beliau walau pun dalam tempoh singkat ( 9 bulan) , peningkatan GPN dan GPS terus melonjak  menjadikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan awam . Kami mengiringi doa semoga Dato' terus menyumbangkan idea   dan gagasan  pemikiran  berdasarkan kekuatan intelektual  yang dimiliki untuk pembangunan dunia  pendidikan  sejagat . 

Selamat datang


 
Tuan Abdullah Mad Yunus
Pengarah JPN WP KL


Seluruh warga pendidik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengucapkan selamat datang  dan mengalu -alukan kehadiran Tuan Abdullah Mad Yunus sebagai Pengarah JPN WP KL yang baru semoga beliau dapat membawa misi yang futuristik sesuai dengan pengalaman dan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh .

Selamat Bertugas.

Che' Yahya Che' Soh
17 Julai,2012


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...