Perang 3 kelab
LONDON - Robin van Persie kini terperangkap dalam ‘perang’ membida
khidmatnya oleh dua kelab terkemuka England, Manchester United,
Manchester City serta juara Itali, Juventus.
City menawarkan Arsenal sekitar 15 juta pound (RM74j) kelmarin dan
bos United Alex Ferguson juga mengesahkan bidaan, difahamkan bernilai
kira-kira 13 juta pound (RM70j).
Juventus juga berusaha mendapatkan Persie dan berkata mereka akan
membayar 8 juta pound (RM39j) untuk ketua pasukan Arsenal itu.
Jumlah ketiga-tiga tawaran tersebut masih jauh daripada yang
dikehendaki Gunners iaitu sekurang-kurangnya 20 juta pound (RM98j) untuk
khidmat penyerang mereka.
Van Persie masih mempunyai kontrak setahun dengan Arsenal dan awal
bulan lalu mengumumkan dia enggan menyambung kontrak terbaru.
Arsenal menolak tawaran United yang mahukan Van Persie yang menjaringkan 37 gol pada musim lalu.
“Arsenal mendedahkan maklumat bahawa kami membida Van Persie.
“Kami mahu memastikan urusan ini tidak diketahui sehingga perjanjian
dapat dimeterai, tiada gunanya bercakap sesuatu yang belum pasti
terjadi.
“Terdapat kelab lain yang berminat terhadap Van Persie. Kami juga
menunjukkan minat dan itulah situasi sebenarnya sekarang, " kata
Ferguson.
Jika kehilangan Van Persie, ia mengulangi insiden kehilangan Cesc
Fabregas dan Samir Nasri yang memilih berhijrah ke Barcelona serta
Manchester City pada musim lalu walaupun Wenger sebelum itu berulang
kali menyatakan pendirian mahu mengekalkan semua pemainnya. - AFP
Uusan Online 22 Julai 2012
No comments:
Post a Comment