Friday, July 6, 2012

MULIA MANUSIA KERANA AKHLAKNYA

Manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang memiliki akal dan nafsu bagi membolehkannya meneruskan misi kehidupan di bumi dengan penuh bermakna . Kekuatan manusia bergantung kepada kemampuan akalnya yang mampu mengolah, menganalisa, mentaakul setiap proses kehidupan selari dengan tuntutan Tuhan " Tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepada Ku" (Al Quran).  Kemuliaan manusia kerana kekuatan akalnya yang dipandu dengan wahyu (iman) melahirkan budipekerti mulia , beradab dan merendah diri , merasa cukup dengan  rezeki yang diperolehi (qanaah) dan sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan Allah dan menjaga ukhuwah sesama manusia  .Kemuliaan insan kerana memiliki akhlak yang mulia bukan ilmu dan hartanya. Sejarah membuktikan ramai manusia yang mempunyai ilmu tetapi rendah moral dan akal budinya. Orang yang berakhlak tahu batas kehidupan. Mereka tidak saja berbuat baik sesama manusia tetapi sayang kepada makluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan melata . Nabi SAW mempunyai akhlak yang sangat terpuji sebagai ikon pembawa risalah Tuhan  sehingga Islam berkembang keseluruh pelosok bumi . " Sesungguhnya Engkau mempunyai Akhlak yang sangat terpuji".  (Al Quran). Dalam sabdanya Baginda berkata " Aku di utus untuk membangun akhlak ". Hebatnya manusia kerana perilakunya yang terpuji sebagai model umat yang berpegang teguh kepada prinsip Al Qur'an dan Sunnah Nabi Saw .

Membina Akhlak

Akhlak ialah perbuatan diri yang dilakukan secara jujur dan ikhlas berpaksi dari hati yang suci untuk mencari redha Illahi. Orang yang berakhlak mulia terpancar dari wajahnya yang jernih, tenang dan berseri kerana sentiasa  membina hubungan yang  cemerlang dengan Tuhan Pencipta Alam. Tempat letaknya akhlak ialah HATI . Seluruh kekuatan dan kelemahan manusia bersumber dari hati. Justeru banyak kita dengar orang mengatakan  hati busuk, hati mati, hati kering  hati batu  kerana organ ini  merupakan raja dalam tubuh manusia yang mempengaruhi cara hidup dan pemikiran seseorang . Memelihara hati sihat sangat dituntut oleh Agama  bagi menjaga hubungan dengan Tuhan dan sesama manusia sentiasa dipandu oleh iman dan taqwa .
 
 
 Anatomi  Hati  (Sumber : Internet).

Secara anatomi hati  merupakan organ tubuh yang berfungsi untuk menghasilkan hempedu  iaitu sejenis cairan badan bersifat alkali berwarna hijau kekuningan .  Orang berakhlak mulia akan menjadi pemimpin yang bermaruah, berintegriti jauh sekali mencari publisiti untuk  keuntungan diri. Seorang  guru yang berakhlak mulia  bertanggungjawab membangun potensi pelajarnya menjadi modal insan berintegriti mempunyai jati diri dan  keunggulan peribadi yang terpuji . Seorang Ketua  yang  berakhlak menjadi penjana   kekuatan pengurusan dan pentadbiran untuk menghasilkan produktiviti organisasi yang ditetapkan .  Membina akhlak bermakna memberikan pendidikan integriti (taqwa) secara berterusan kepada manusia bagi melahirkan sebuah masyarakat , bangsa dan negara yang harmoni, sejahtera dan makmur menepati kehendak Tuhan 'BALDATUN TOYYIBATUN WARRABBUN  GHAFFUR'.

Che' Yahya Che' Soh
suara minda
7/7/12

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...