Saturday, July 14, 2012

HALA TUJU SELEPAS SPM/STPM

Kebanyakan pelajar lepasan sekolah tercari-cari peluang dan halatuju selepas tamat peperiksaan SPM atau STPM yang mereka duduki. Mereka memilih bidang kursus atau tawaran masuk ke IPTA/IPTS mengikut  rakan sebaya , bukan pilihan kerana minat dan kemampuan yang dimiliki. Hari kerjaya diadakan bertujuan untuk mendedahkan bakal calon IPTA/IPTS memilih bidang pengajian mengikut pengkhususan yang mereka minati selari dengan keputusan peperiksaan yang dimiliki . 
Selaku Pengetua saya merasa bertanggungjawab memandu calon memilih sebarang tawaran kursus berdasarkan:  

1.  Minat dan bakat 
2.  Kekuatan dan kelemahan diri
3.  Kenalpasti semua pilihan yang ada
4.  Mengkaji pasaran kerja (job market)
5.  Minta pandangan orang berpengalaman

 "  Nothing is more difficult and therefore more precious, than to be able to decide." 

Napoleon  Bonaparte


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua .

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...