Sudah beberapa dasawarsa saya tidak bertemu dengan rakan-rakan yang pernah sama-sama belajar di berbagai IPTA di Indonesia sekitar akhir tahun 70an dan awal 80an yang lalu.
Berita mengenai Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi atau singkatannya PAPTI pun jarang kedengaran mungkin masing-masing terlalu sibuk dengan tugas dan urusan kerja. Boleh jadi kebanyakan ahli sudah bersara atau ada yang telah kembali menemui Allah. Sahabat saya Sdra. Drs. Lokman Mohd. Zen yang juga bekas Pensyarah UKM telah dua tahun pergi meninggalkan kita. Beliau rakan rapat saya kerana sama-sama belajar di IKIP Padang (sekarang Universitas Pendidikan Negeri Padang ) awal tahun 1980an. Sebelum itu rakan serumah semasa di Padang Sdra. Drs. Mohd Ariff Mohd Isa juga telah menemui Illahi, diikuti Dr. Halim Sulaiman , Sdra. Hadri Awang dan beberapa orang sahabat lagi . Mudah-mudahan saya berkesempatan berjumpa rakan-rakan di PAPTI untuk sama sama menghimbau kenangan semasa studi di Indonesia .

Che'Yahya Che' Soh.
Ahli Papti
Ahli Papti
No comments:
Post a Comment