Saturday, July 28, 2012

Mall' machines accept

Malls' machines accept new notes


CONVENIENT:Shopping centres have calibrated their parking machines to facilitate payment of new series of banknotes

call  

Nor Aimah Mohd Nor 33, showing the new notes that can be used at the newly calibrated auto pay machines at the Mid Valley Megamall. Pix by Rosdan Wahid
MID Valley Megamall and The Gardens are among  the earliest shopping complexes in the Klang Valley to have fully calibrated all their auto pay machines   to accept the new Malaysian banknote series which was released on  July 16.

Mid Valley Megamall carpark manager Mohammed Rodzi Jaafar said there are 22 autopay stations (APS) for parking in Mid Valley Megamall and The Gardens shopping complexes.

"All  APS were ready to accept the new series of banknotes  a day before the notes went into circulation," he said.
"The APS, however, will still  accept the old banknotes," he added.

Salmizam Awang, 34, a housewife from Kuala Lumpur, said, "I hope  more shopping complexes will follow the example of  Mid Valley Megamall and The Gardens to make it convenient for  customers to  pay."

Themed "Distinctively Malaysia", the new banknotes series comprises denominations of RM1, RM5, RM10, RM20 and RM100.

The old RM50 banknote has been in circulation  since December 2007 and will continue to do so.

Before the issuance of the new notes, Bank Negara Malaysia had been working closely with financial institutions, businesses, cash handling vendors and local councils to facilitate a smooth transition to the new series.

Bank Negara officials urged all the relevant parties to expedite their machine calibrations for the convenience of the public.

Other places which have calibrated their machines include  Sunway REIT Management Sdn Bhd, The Curve, Alamanda Shopping Centre, Berjaya Times Square, Bangsar Shopping Centre, Central Market, Cheras Leisure Mall, Fahrenheit88, Pavilion Kuala Lumpur, Plaza Low Yat, Sungei Wang Plaza, Suria KLCC, Summit USJ Subang, Wangsa Walk Mall, The Mines, Tropicana City Mall, Empire Shopping Gallery,  SSTWO Mall, IOI Mall, 3 Two Square, Sogo, Lot 10, Avenue K, Viva Mall (Cheras) and  Plaza Masalam (Shah Alam).

In Malacca, Mahkota Parade and Hatten Square have upgraded their auto pay parking machines.

Machines which accept the new banknotes series bear a Bank Negara sticker.

New Straits Time 29 July 2012.

Ustaz Tegur Tarawikh Tanpa Selawat

Malam tadi 8 Ramadhan (Sabtu 28 Julai)  solat sunat Tarawikh  di Surau Al Falah seperti biasa berjalan lancar sehingga selesai . Ustaz yang menyampaikan tazkirah telah menegur pimpinan Surau kerana tidak berselawat kepada Nabi SAW seperti lazimnya tahun-tahun sebelum ini. Beliau seterusnya membaca ayat Allah  yang menyuruh orang orang beriman berselawat keatas Junjungan Besar SAW kerana fadhilatnya sangat besar  . Pihak Surau akur dengan teguran tersebut dan kita akan teruskan  InsyaAllah . Jika tidak berselawat kepada Nabi SAW tidak ada keberkatan .


Friday, July 27, 2012

Pelajar SMKSB



Pelajar-pelajar SMKSB sedang asyik mendengar penjelasan oleh pihak KDU Kolej University .


Gambar: Ehsan KDU Kolej University

Wednesday, July 25, 2012

Bonus setengah bulan

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. - BERNAMA

Utusan Online 25 Julai, 2012

Saturday, July 21, 2012

Happy Birthday Kak Lang

Hari ini  Ahad 2 Ramadhan 1433H bersamaan 22 Julai 2012 Abah, mama dan semua keluarga di Malaysia mengucapkan "Happy birthday to our beloved  daughter Hajah Siti Aisyah Che' Yahya ( Kak Lang ) di Sheffield UK semoga Allah SWT memberikan kesihatan, kekuatan 'mentally and physically' menjalani kehidupan di muka bumi ini. Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan taufiknya kepada Kak Lang di perantauan .Bekerja lah semata mata  mencari keredhaan Illahi kerana setiap titik peluh yang mengalir di dahi akan menjadi saksi keberkatan rezeki .Jangan sesekali tertinggal solat lima waktu.

Abah, Che' Yahya Che' Soh
22 Julai 2012

Ismail Hutson dies of heart compilcation  KUALA LUMPUR, July 21 (Bernama) -- Veteran actor Datuk Ismail Omar, popularly known as Ismail Hutson, died early today due to heart complication. He was 72. Ismail, who was also Malaysian Zoological Society president, succumbed to the medical complication at 1.05am, at the Sime Darby Medical Centre in Subang Jaya.

He was buried at the Kota Damansara cemetery here this afternoon.
His second wife, Hafidzah Khasbullah, said Ismail was admitted to the hospital's Critical Care Unit on Tuesday, after suffering prolonged high fever.

"It is fated that he leave us in early Ramadan. The Hari Raya celebrations this year will definitely be different without him," she told Bernama when met today.Ismail is also survived by first wife, Zaiton Osman, and seven children.

The Veteran Artistes Welfare Association president was involved in the film industry since the 1970s.
He appeared in movies which included Dayang Suhana (1978), Tujuh Biang Keladi (1984), Hantu Siang (1986), Cinta Kita (1995), Layar Lara (1997), Mr Cinderella 2 (2003) and several television dramas. -- Bernama

New Straits Times
22 July 2012

Kutiba Alaikumussiam

Tazkirah pagi hari ini 22 Julai 2012 (Ahad) tentang kefardhuan puasa kepada umat Islam .  Puasa Ramadhan ini mendidik diri manusia  kearah sifat-sifat  Malaikat dan menjauhkan diri daripada sifat kebinatangan. Nafsu perlu dikawal melalui puasa. Jika tidak di kawal ialah boleh mengajak kepada kejahatan (Surah Yusuf :53) . Jika gagal di kawal , nafsu mendorong manusia menjadi sesat (Al Qasas :50) . Paling menakutkan ia boleh membawa  syirik kepada Allah SWT (Al Furqan : 43)

Kepentingan Puasa

Puasa menghasilkan taqwa. Puasa kerana iman dengan wahtisaaba (mengharapkan keampunan) akan menghapuskan dosa .  Puasa sebagai  pendinding di dalam kubur . Sebaik tanah diratakan Malaikat Mungkar dan Nangkir akan datang menyoal si mati  .  Beruntunglah orang beriman  yang  sentiasa memelihara perintah Allah dengan sebaik mungkin semasa hidup di dunia  kerana setiap  perbuatan yang ikhlas akan menjadi pelindung kepada kita di alam barzah nanti   . Amalan Solat berada di kepala, Puasa datang dari arah kanan, zakat dari arah kiri dan amalan kebaikan yang lain seperti sedekah akan berada di hujung dua kaki.  Kepentingan Ibadah Puasa Ramadhan sebagai pemberi syafaat di Mahsyar.  Cuba bayangkan bagaimana  orang  yang berpuasa hanya mendapat LAPAR DAN DAHAGA saja.  Paling penting ialah Puasa sebagai perisai dari api neraka . Orang yang benar-benar puasa tidak akan disentuh oleh api neraka.



Rumusan :
Ibadah Puasa membentuk Taqwa
Ibadah Puasa menjadi pendinding di kubur
Ibadah Puasa akan memberi syafaat di Mahsyar
Ibadah Puasa menjadi perisai  api neraka

Disesuaikan dengan Tazkirah
Ustaz Ibrahim Mohammad. Wallahua'lam.

Che' Yahya Che' Soh 
Ahad 2 Ramadhan 1433H

Perang 3 kelab

Perang 3 kelab


Robin van Persie
LONDON - Robin van Persie kini terperangkap dalam ‘perang’ membida khidmatnya oleh dua kelab terkemuka England, Manchester United, Manchester City serta juara Itali, Juventus.
City menawarkan Arsenal sekitar 15 juta pound (RM74j) kelmarin dan bos United Alex Ferguson juga mengesahkan bidaan, difahamkan bernilai kira-kira 13 juta pound (RM70j).
Juventus juga berusaha mendapatkan Persie dan berkata mereka akan membayar 8 juta pound (RM39j) untuk ketua pasukan Arsenal itu.

Jumlah ketiga-tiga tawaran tersebut masih jauh daripada yang dikehendaki Gunners iaitu sekurang-kurangnya 20 juta pound (RM98j) untuk khidmat penyerang mereka.
Van Persie masih mempunyai kontrak setahun dengan Arsenal dan awal bulan lalu mengumumkan dia enggan menyambung kontrak terbaru.
Arsenal menolak tawaran United yang mahukan Van Persie yang menjaringkan 37 gol pada musim lalu.

“Arsenal mendedahkan maklumat bahawa kami membida Van Persie.
“Kami mahu memastikan urusan ini tidak diketahui sehingga perjanjian dapat dimeterai, tiada gunanya bercakap sesuatu yang belum pasti terjadi.
“Terdapat kelab lain yang berminat terhadap Van Persie. Kami juga menunjukkan minat dan itulah situasi sebenarnya sekarang, " kata Ferguson.

Jika kehilangan Van Persie, ia mengulangi insiden kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri yang memilih berhijrah ke Barcelona serta Manchester City pada musim lalu walaupun Wenger sebelum itu berulang kali menyatakan pendirian mahu mengekalkan semua pemainnya. - AFP
Uusan Online 22 Julai 2012



Thursday, July 19, 2012

Kemarau di AS

Kemarau teruk di AS, harga makanan bakal melambung

Cetak
WASHINGTON: Kemarau yang melanda kawasan pertanian di Amerika Syarikat ketika ini yang dianggap paling teruk sejak 25 tahun lalu bakal, menyebabkan harga bahan makanan melambung.

Amaran itu dikeluarkan Setiausaha Pertanian AS, Tom Vilsack, hari ini apabila negara pengeluar terbesar jagung dan kacang soya itu semakin terjejas akibat dilanda musim kemarau. Beliau berkata, kebanyakan peladang kini memberi amaran mereka terpaksa menuai hasil pertanian berkenaan lebih awal dan menjualnya sebagai makanan untuk haiwan.

“Saya sentiasa berdoa setiap hari. Kalaulah saya boleh melakukan sembahyang dan mendoakan hujan, saya akan terus lakukan," katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat mengenai krisis kemarau kepada Presiden Barack Obama.

Vilsack mendedahkan, ketika ini 78 peratus pengeluaran jagung dan 11 peratus pengeluaran kacang soya negara itu sudah terjejas akibat kemarau.

Ia jauh lebih teruk daripada kadar pengeluaran ketika kemarau pada 1988 apabila ia hanya merosot 20 peratus saja dan kesannya AS kehilangan pendapatan mencecah lebih AS$10 bilion.

“Ini memberi kesan nyata kepada peningkatan harga jagung. Kita lihat harganya sudah melambung kepada 38 peratus sejak 1 Jun manakala harga minyak mentah soya meningkat kepada 24 peratus," katanya.
Vilsack berkata, kemarau ketika ini lebih teruk berbanding 1988 dengan 61 peratus negara itu sudah terjejas. - AFP

Berita Harian 19 Julai 2012

Sabtu 21 Julai 2012 Permulaan Ramadhan

Penyimpan Mohor Besar Raja Raja telah mengisytiharkan  umat Islam akan menunaikan ibadah puasa mulai hari Sabtu 21 Julai, 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H . Selamat menjalani ibadah puasa semoga Allah SWT memberikan keampunan dan kesejahteraan berpanjangan. Bulan Ramadhan menjanjikan kemenangan kepada setiap orang beriman kerana di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keampunan dan kemuliaan melebihi seribu bulan. Keistimewaan Ramadhan kerana Allah SWT  menurunkan Al Quran sebagai Furqan (pembeza) bagi  membezakan antara haq dan bathil sebagai neraca kehidupan. Orang yang benar benar berpuasa dijamin Allah dengan balasan syurga penuh dengan kenikmatan.


Selamat berpuasa .

Tuesday, July 17, 2012

Malam Sejambak Budi Sekalung Kasih

Isnin 16 Julai 2012 bermula jam 8.00 malam berlangsung malam 'Sejambak Budi Sekalung Kasih' telah diadakan di Sunway Putra Hotel ( dulunya Hotel Legend)  sempena pertukaran Pengarah JPN WP KL Dato' Haji Khairil Awang sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) mulai 12 Julai 2012. Tempat beliau diganti oleh Tuan Abdullah Mad Yunus Pengarah JPN Selangor. Majlis ini dihadiri sebahagian besar Pengetua , Guru Besar dan guru-guru Wilayah Persekutuan dan Putra Jaya. Tahniah kepada Dato' Khairil diatas pelantikan ini. 
 


Dato' Khairil Awang
Pengarah IAB (Julai 2012)

Sememangnya ketokohan dan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin, pengurus dan pentadbir pendidikan khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi ikon yang patut diteladani oleh pelbagai pihak . Dato' Khairil merutinkan dirinya melawat sekolah sekolah bagi meninjau pelbagai aspek terutama proses Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar . Beliau memberikan penekanan terhadap pencapaian akademik terutama dalam SPM,PMR,STPM dan UPSR. Beliau telah meletakan sasaran sekolah-sekolah di Wilayah perlu berada dalam band 4 . Dibawah teraju beliau walau pun dalam tempoh singkat ( 9 bulan) , peningkatan GPN dan GPS terus melonjak  menjadikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan awam . Kami mengiringi doa semoga Dato' terus menyumbangkan idea   dan gagasan  pemikiran  berdasarkan kekuatan intelektual  yang dimiliki untuk pembangunan dunia  pendidikan  sejagat . 

Selamat datang


 
Tuan Abdullah Mad Yunus
Pengarah JPN WP KL


Seluruh warga pendidik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengucapkan selamat datang  dan mengalu -alukan kehadiran Tuan Abdullah Mad Yunus sebagai Pengarah JPN WP KL yang baru semoga beliau dapat membawa misi yang futuristik sesuai dengan pengalaman dan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh .

Selamat Bertugas.

Che' Yahya Che' Soh
17 Julai,2012


Saturday, July 14, 2012

Memori di Warwick Castle Julai 2011
Castle ini mempunyai lebih kurang 530 anak tangga dan kami berjaya sampai ke atas walau pun agak mencungap. This is  very challenging trips to test our strength especially people like me  yang telah berumur .

Kelantan Ceria Bergelar Juara

Kelantan ceria bergelar juara, Sarawak derita

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob, Amin Ridzuan Ishak, Bashah Zainol Abidin, Azizan Hashim, Baharom Bakar, Rizar Mohd Noor dan Mohd Amin Jalil Cetak
Pemain dan pegawai Kelantan meraikan kejayaan selepas dinobatkan juara Liga Super 2012 di Kota Bharu, malam tadi.  - Foto Fathil Asri Pemain dan pegawai Kelantan meraikan kejayaan selepas dinobatkan juara Liga Super 2012 di Kota Bharu, malam tadi. - Foto Fathil Asri
Kelantan menjulang trofi Liga Super dengan penuh bergaya selepas menewaskan Sarawak 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Kekalahan itu cukup pedih buat Sarawak yang kekal di tangga ke-11, sekali gus terpaksa berdepan naib juara Liga Perdana, Pahang pada aksi playoff di Stadium Hang Jebat, Melaka, Selasa ini. Gol-gol Kelantan dijaringkan Badhri Radzi minit ke-61 dan Norfarhan Mohamad (65 & 67) manakala gol tunggal Sarawak dijaringkan Hairol Mokhtar (69).


  • Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah menewaskan Negeri Sembilan 3-1, namun kemenangan itu tidak mengubah kedudukan mereka di tangga ke-13 untuk bertemu pasukan tangga ke-12, Kedah pada aksi playoff di Stadium Hang Tuah, Melaka, Selasa ini.
    Gol Sabah dijaringkan Hendrik Helmke (27), Shahrudin Yakub (76) dan Bobby Gonzales (90) manakala gol tunggal pelawat menerusi Jean Emmanuel Effa Owona (41).
  • Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah tewas 1-2 kepada FELDA United menerusi gol Mickael Antoine Curier (29) dan Yong Kuong Yong (36) tetapi dibalas tuan rumah menerusi Khyril Muhymeen Zambri (62).
  • Di Stadium Ipoh, Perak mengesahkan kedudukan tangga keempat selepas membelasah, Kuala Lumpur 5-2.
  • Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu menewaskan pasukan tangga ketiga, Selangor 3-0 hasil jaringan Francis Forkey Doe (8 & 41) dan Ahmad Nordin Alias (48).
  • Di Stadium Jalan Besar, Singapura, naib juara, Lions XII tewas 0-1 kepada Johor FC menerusi jaringan tunggal Shahrizal Saad (27).
  • Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, PKNS FC yang bertindak sebagai tuan rumah menewaskan T-Team 2-1, jaringan Azrif Nasrulhaq Badrul (2) dan Fazli Baharudin (19). Gol T-Team oleh Fadzli Saari (58). 

  • Berita Harian online :15/7/12

    HALA TUJU SELEPAS SPM/STPM

    Kebanyakan pelajar lepasan sekolah tercari-cari peluang dan halatuju selepas tamat peperiksaan SPM atau STPM yang mereka duduki. Mereka memilih bidang kursus atau tawaran masuk ke IPTA/IPTS mengikut  rakan sebaya , bukan pilihan kerana minat dan kemampuan yang dimiliki. Hari kerjaya diadakan bertujuan untuk mendedahkan bakal calon IPTA/IPTS memilih bidang pengajian mengikut pengkhususan yang mereka minati selari dengan keputusan peperiksaan yang dimiliki . 
    Selaku Pengetua saya merasa bertanggungjawab memandu calon memilih sebarang tawaran kursus berdasarkan:  

    1.  Minat dan bakat 
    2.  Kekuatan dan kelemahan diri
    3.  Kenalpasti semua pilihan yang ada
    4.  Mengkaji pasaran kerja (job market)
    5.  Minta pandangan orang berpengalaman

     "  Nothing is more difficult and therefore more precious, than to be able to decide." 

    Napoleon  Bonaparte


    Che'Yahya Che'Soh
    Pengetua .

    Friday, July 13, 2012

    PANTUN BINTANG BINTANG GEMERLAPAN



    Kerdipan  bintang diangkasa raya
    Menyinari malam  yang gelap gulita
       SMK Sinar Bintang terus bercahaya
       Membina kecemerlangan  tumpuan kita



       Sekolah ternama milik  kerajaan
       Berdiri megah di Sinar Bintang
       Pelajar cemerlang tonggak kejayaan
       Merubah kehidupan masa mendatang

       Rukun Negara amalan kita
       Menjadi teras  penyatuan  bangsa
       Sekolah sejahtera menjadi cita cita
       Menuntut ilmu penuh selesa

      Dalam mengharungi era globalisasi
      Ilmu dan informasi   indikator  diri
      Pendidikan cemerlang  kerana  transformasi
      Menuju wawasan pelajar bestari

      Gagasan 1 Malaysia inspirasi negara
      Integrasi kaum tujuan utama
      Sekolah ceria pelajar mesra
      Membangun   aura  institusi ternama

    Banyak membaca mencerdas minda
    Meneroka ilmu menjana ingatan
    Pendidikan bermutu menjadi  agenda
    Negara maju menjadi sebutan

    Kemusnahan tamaddun kerana kebobrokan
    Pertembungan  nilai  menguasai fikiran
    Transformasi kurikulum untuk kebaikan
    Merubah peperiksaan kepada pentaksiran.

    Guru bertugas penuh dedikasi
    Kekadang sirna   mengganggu emosi
    Sekolah cemerlang menepati misi
    Menjadi kenyataan bukannya illusi



    SELAMAT MAJU JAYA .

    Che' Yahya Che' Soh
    curahan minda pengetua.
    14 /7/12


    Isi Dulu Baru Bayar






    Selama  berkesempatan berada di England saya bersafari bersama anak-anak ke beberapa tempat dengan menyewa kereta  . Pada tahun lalu (Julai 2011) saya memandu agak jauh dari Birmingham dan Sheffield  hingga ke Edinburgh , Glasgow dan beberapa tempat menarik bersama anak anak dan isteri.  Memandu kereta di UK  tidaklah segerun di negara saya sendiri kerana pengguna jalan raya sangat mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Mereka dilihat sangat berhemah dan tidak memotong laluan sesuka hati seperti orang kita .
     







     Perjalanan yang panjang berpandukan GPS (Tomtom) tidaklah menyukarkan kerana panduan arah (directions) sangat jelas dan terpandu sehingga sampai ke destinasi dengan selamat. Baru-baru ini (Mei-Jun 2012) saya berpeluang memandu kereta Toyota  Hibrid dari Sheffield ke Cheshire Oak factory outlet bersama anak-anak dan isteri untuk membeli sedikit buah tangan sebelum balik ke Malaysia . Sepanjang pemanduan selama 2 jam saya merasakan ketenangan dan kedamaian  melihat panorama  alam yang cantik dengan sungai yang jernih  dan bersih berlatarbelakang  gunung menghijau yang menyejukan . 














     

    Alam ciptaan Tuhan sungguh 
    cantik dan mempersonakan.


















    Sungai yang bersih 
    tenang dan menyejukan .





    Sebatang jalan berliku melalui 
    lereng  bukit  curam memerlukan
    penumpuan semasa memandu.


     Isi dulu baru bayar


    Salah satu perkhidmatan yang patut dipuji ialah semasa mengisi minyak di mana mana petro stesen di sini . Pengguna mengisi dulu kemudian baru bayar menjadi perkara biasa di negara ini. kemungkinan berlaku tidak jujur jarang terjadi kerana setiap petro stesen mempunyai rakaman kamera sebagai langkah keselamatan. Masyarakat England terdidik dengan peraturan sehingga mereka menjadi orang yang mematuhi undang-undang . Kita perlu melakukan anjakan transformasi mencontohi sikap  terpuji yang mereka miliki walau pun tidak dalam semua perkara. Perjalanan ke Edinburgh selama 5 jam mengikut pemanduan had laju sungguh mengujakan .




















     Bersama Hjh Siti Aisyah Che' Yahya
    (Kak Lang) di Edinburgh  . 


    Sepanjang perjalanan cuaca bertukar ganti hujan renyai renyai , disulami mendung dan kadangkala  panas menjadi lumrah negara ini walau pun musim 'summer' .  Cahaya matahari sangat berharga disini untuk melancarkan aktiviti harian . Orang sangat mementingkan  'weather' dan 'forecast' sebelum melakukan aktiviti harian. Kami tiba di Edinburgh sekitar jam 500 petang . Kami menaiki bas 'sightseeing' melihat wajah kota dalam kesejukan .


    Bermalam di Glasgow


















    Kak Lang bersama Mama 


















     John pemandu pelancong yang baik hati.




     














    Subhanallah cantiknya bumi ciptaan Tuhan

















    Aliran anak sungai dari sebuah gunung .



















    Tenangnya air mengalir dari celahan
    gunung  menambah tadabbur terhadap
    ciptaan Tuhan .


    Meneruskan perjalanan ke Glasgow untuk  safari ke Scotland Highland yang sungguh mengujakan . Kami menaiki van khas  Rabbie's . Pemandunya yang baik hati, ramah mengenakan pakaian tradisi Scottish melayan kami dengan penuh sopan. Sepanjang perjalanan disulami hujan renyai . Cuaca sejuk sehingga saya mengenakan  tiga lapis baju tebal tetapi ironi ini pemandu ini JOHN  kelihatan biasa sahaja . Mungkin tubuh badannya imune dengan cuaca ditempatnya .


    Che'Yahya Che' Soh
    Catatan perjalanan Julai 2011.

    Monday, July 9, 2012

    TERIMA KASIH GURU GURU KU

    I would like to express my deep appreciation to all teachers of  SMK SINAR BINTANG  yang meraikan hari jadi saya pada hari ini (Isnin 9 Julai 2012) dengan menghadiahkan 'belt and  wallet' dan jambangan bunga bersama  kad ucapan hari jadi yang penuh bermakna. Saya cukup terkesan dengan salah satu ucapan " Leaders can  mould  leaders can destroy. A good leader like Tuan will always be cherished  by us" .  Mrs.Lee . Semoga Allah SWT tetap membimbing saya menjadi seorang ketua yang jujur , amanah dan bertanggungjawab . Segala pujian hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam . Dari perspektif  pengurusan, tidak  dinafikan peranan pemimpin menjadi penentu kejayaan sesebuah organisasi samaada maju atau sebaliknya. Peningkatan atau kemerosotan produktiviti bergantung kepada gaya dan 'style' kepimpinan seseorang ketua.

    Saya mengharapkan kerjasama yang baik dalam kalangan guru untuk sama-sama berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada membangun  sekolah menjadi sebuah organisasi unggul , berprestij  mempunyai  aura dan etos  tersendiri . Sebagai ketua saya tidak mampu menyelesaikan sesuatu tugas sendirian tanpa partisipasi  mapan dari semua rakan . We all responsible to uphold our school integrity  in all areas to ensure people always respect our trust . We are holding the people trust, therefore we must be trusted. 

    Saya yakin SMK SINAR BINTANG  can  make  a  difference   menjadi sebuah sekolah ternama suatu hari nanti .  To all my beloved teachers, I always pray for your health and prosperity in life . 
    WE CAN PRODUCE A GOOD RESULTS . 

    Che' Yahya Che' Soh
    9/7/12.

    Saturday, July 7, 2012

    Merindui Rakan-Rakan PAPTI

    Sudah beberapa dasawarsa saya tidak bertemu dengan rakan-rakan yang pernah sama-sama belajar di berbagai IPTA di Indonesia sekitar akhir tahun 70an dan awal 80an yang lalu.

    Berita mengenai Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi atau singkatannya PAPTI  pun jarang kedengaran mungkin masing-masing terlalu sibuk dengan tugas dan urusan kerja. Boleh jadi kebanyakan ahli sudah bersara atau ada yang telah kembali menemui Allah. Sahabat saya Sdra. Drs. Lokman Mohd. Zen yang juga bekas Pensyarah UKM  telah dua tahun pergi meninggalkan kita. Beliau rakan rapat saya kerana  sama-sama belajar di IKIP Padang (sekarang Universitas Pendidikan Negeri Padang ) awal tahun 1980an. Sebelum itu rakan serumah semasa di Padang Sdra. Drs. Mohd Ariff  Mohd Isa juga telah menemui Illahi, diikuti Dr. Halim Sulaiman , Sdra. Hadri Awang  dan beberapa orang sahabat lagi . Mudah-mudahan  saya berkesempatan berjumpa rakan-rakan di PAPTI untuk sama sama menghimbau kenangan semasa studi di Indonesia .

    Che'Yahya Che' Soh.
    Ahli Papti

    Peranan Haiwan Dalam Al Quran

    Al Qur'an memang khazanah ilmu yang cukup identik dengan kehidupan umat manusia ,haiwan dan tumbuhan sebagai ekosistem alam yang saling berkait antara satu sama lain . Kitab suci Allah ini menjadi panduan hidup bagi orang yang ingin mencari kebenaran, mengkaji dan meneliti setiap perlakuan alam yang berlaku mengikut ketentuan Tuhan. Manusia mencari kebenaran melalui pelbagai cara termasuk meneroka  lautan melihat pelbagai spesis kehidupan termasuk tumbuh tumbuhan  sehingga  menemui aliran  sungai di bawah dasar laut. Diruang udara  pula manusia mampu meneroka hinggga keangkasa lepas mencari bukti kebenaran Al Qur'an.
     
    Disiplin Ilmu Dalam Al Qur'an


    Ilmu pengetahuan moden meyakini bahawa Al quran mengandungi pelbagai disiplin ilmu yang sangat konkrit dengan kehidupan. Planet bumi tempat bermukim  manusia, haiwan dan tumbuhan sejak zaman Nabi Adam Alaihi Salam hinggalah tibanya hari yang dijanjikan tetap tunduk dan patuh mengikut perintah Tuhan   . Matahari tetap terbit di Timur dan turun di Barat. Bahagian Bumi mengalami malam dan belahan bumi lain siang . Perbezaan waktu kerana peredaran matahari mengelilingi Bumi . Sepanjang pergantian waktu tersebut  kalimah Allah tetap berkumandang memenuhi ruang udara disetiap  pelosok bumi . Demikian hebatnya Allah SWT  menyusun  perjalanan alam yang sungguh teratur dan sistematik sehingga manusia mampu beradaptasi dengan kehidupan di bumi.

    Kisah Haiwan Dalam Al Qur'an



     












    Unta (Ibil, Naqah) sangat  pemalu dan cerdik
    Gambar: internet

    Banyak kisah menarik mengenai kehidupan haiwan yang dipaparkan dalam Al Qur'an untuk menjadi iktibar kepada manusia. Al qur'an menyebut Al An AM , Al Fil, An Nahl, Al Baqarah, Ibil (Naqah, Unta) (sekadar beberapa contoh) untuk manusia memikirkan keistimewaan dan peranan haiwan    ciptaan Allah. Bagaimana unta menjalani kehidupan digurun sehara yang kering tandus dapat menyimpan bergelen-gelen air dibonggolnya  dan binatang yang paling pemalu terutama semasa ingin mengawan dengan pasangannya mereka mencari kawasan yang jauh dari pandangan awam .






    Sumber video youtube
    Surah Al Fiil


    Kisah burung Ababil yang menyelamatkan kaabah dari runtuhan tentera Abrahah sehingga mereka mati bergelimpangan dan hancur seumpama daun kayu yang dimakan ulat menjadi bukti Al Quranik  tentang kekuasaan Tuhan . Peranan lebah yang menjadi pengeluar madu dari perutnya menjadi penawar kepada manusia turut dirakamkan Tuhan dalam Al Qur'an. Nabi SAW menggemari dan melazimi meminum madu dan kurma  setiap hari untuk kesihatan . Sebagai umatnya kita perlu mengikut  sunnah Nabi SAW  supaya fizikal sentiasa cergas dan sihat .

    Perumpamaan hidup

    Al Qur'an membuat perumpamaan manusia yang mempunyai hati, mata, telinga, tetapi tidak mematuhi perintah Tuhan statusnya sama dengan kehidupan binatang  malah lebih sesat daripada haiwan ternak . Perumpamaan hidup ini ditujukan kepada  manusia yang tidak beriman kepada Allah walau pun mereka dikurniakan  akal  budi   dan jasmani   yang sempurna  masih berbuat maksiat dan menderhakai Allah tanpa sedikit pun berasa menyesal .  Manusia jenis ini sanggup melakukan apa saja demi keperluan hidupnya tercapai tanpa memperduli batas Agama. Justeru berlakulah kebobrakan  nilai yang sangat menggerunkan seolah-seolah manusia kembali berada di era  jahiliah . Fenomena ini  jika tidak ditangani secara imani  akan menghancurkan  generasi. Transformasi nilai perlu dilakukan secara berterusan bagi menjamin kelestarian umat.

    cerna minda,
    Che'Yahya Che' Soh
    8/7/12


    Friday, July 6, 2012

    MULIA MANUSIA KERANA AKHLAKNYA

    Manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang memiliki akal dan nafsu bagi membolehkannya meneruskan misi kehidupan di bumi dengan penuh bermakna . Kekuatan manusia bergantung kepada kemampuan akalnya yang mampu mengolah, menganalisa, mentaakul setiap proses kehidupan selari dengan tuntutan Tuhan " Tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepada Ku" (Al Quran).  Kemuliaan manusia kerana kekuatan akalnya yang dipandu dengan wahyu (iman) melahirkan budipekerti mulia , beradab dan merendah diri , merasa cukup dengan  rezeki yang diperolehi (qanaah) dan sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan Allah dan menjaga ukhuwah sesama manusia  .Kemuliaan insan kerana memiliki akhlak yang mulia bukan ilmu dan hartanya. Sejarah membuktikan ramai manusia yang mempunyai ilmu tetapi rendah moral dan akal budinya. Orang yang berakhlak tahu batas kehidupan. Mereka tidak saja berbuat baik sesama manusia tetapi sayang kepada makluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan melata . Nabi SAW mempunyai akhlak yang sangat terpuji sebagai ikon pembawa risalah Tuhan  sehingga Islam berkembang keseluruh pelosok bumi . " Sesungguhnya Engkau mempunyai Akhlak yang sangat terpuji".  (Al Quran). Dalam sabdanya Baginda berkata " Aku di utus untuk membangun akhlak ". Hebatnya manusia kerana perilakunya yang terpuji sebagai model umat yang berpegang teguh kepada prinsip Al Qur'an dan Sunnah Nabi Saw .

    Membina Akhlak

    Akhlak ialah perbuatan diri yang dilakukan secara jujur dan ikhlas berpaksi dari hati yang suci untuk mencari redha Illahi. Orang yang berakhlak mulia terpancar dari wajahnya yang jernih, tenang dan berseri kerana sentiasa  membina hubungan yang  cemerlang dengan Tuhan Pencipta Alam. Tempat letaknya akhlak ialah HATI . Seluruh kekuatan dan kelemahan manusia bersumber dari hati. Justeru banyak kita dengar orang mengatakan  hati busuk, hati mati, hati kering  hati batu  kerana organ ini  merupakan raja dalam tubuh manusia yang mempengaruhi cara hidup dan pemikiran seseorang . Memelihara hati sihat sangat dituntut oleh Agama  bagi menjaga hubungan dengan Tuhan dan sesama manusia sentiasa dipandu oleh iman dan taqwa .
     
     
     Anatomi  Hati  (Sumber : Internet).

    Secara anatomi hati  merupakan organ tubuh yang berfungsi untuk menghasilkan hempedu  iaitu sejenis cairan badan bersifat alkali berwarna hijau kekuningan .  Orang berakhlak mulia akan menjadi pemimpin yang bermaruah, berintegriti jauh sekali mencari publisiti untuk  keuntungan diri. Seorang  guru yang berakhlak mulia  bertanggungjawab membangun potensi pelajarnya menjadi modal insan berintegriti mempunyai jati diri dan  keunggulan peribadi yang terpuji . Seorang Ketua  yang  berakhlak menjadi penjana   kekuatan pengurusan dan pentadbiran untuk menghasilkan produktiviti organisasi yang ditetapkan .  Membina akhlak bermakna memberikan pendidikan integriti (taqwa) secara berterusan kepada manusia bagi melahirkan sebuah masyarakat , bangsa dan negara yang harmoni, sejahtera dan makmur menepati kehendak Tuhan 'BALDATUN TOYYIBATUN WARRABBUN  GHAFFUR'.

    Che' Yahya Che' Soh
    suara minda
    7/7/12

    Grand Prize Power Chef Cooking Competition

    Dua orang pelajar SMK SINAR BINTANG (STAR SCHOOL) memenangi tempat pertama  dalam Pertandingan 'Power Chef Cooking Competition ' di KDU University College  pada 30 Jun 2012 lalu. Mereka ialah DHINNISHA A/P KUGANESAN  5 BESTARI  dan NG MAGGIE dari tingkatan 5 DINAMIK . Tahniah kepada dua orang pelajar ini yang mengharumkan nama sekolah kerana memenangi 'Grand prize and return flight to Lucienne, Switzerland which full board and lodging is provided with certificates. They will  get date of travel in the month of January next year ,2013.


    Photo

    KDU University College





    Sementara itu seorang bekas pelajar sekolah ini TAN KAI NIN , Tingkatan 5 tahun 2008  telah mendapat keputusan cemerlang dalam ACCA  (Top result in the world)  memenangi  ACCA World Prize Winner pada  Disember 2011 examination for paper F7, Financial Reporting. Sunway TES mengucapkan tahniah kepada sekolah kerana berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang hingga keperingkat Antarabangsa . Pihak Sunway akan mengunjungi sekolah pada 23 Julai 2012 nanti untuk merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang bertungkus lumus mengajar dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya dengan cemerlang .

    SMK SINAR BINTANG WILL BE KNOWN AS  A STAR SCHOOL . EXCELLENCE IS OUR AIMS .

    SELAMAT MAJU JAYA 

    Che' Yahya  Che' Soh .
    6 July 2012.

    Menjana kekuatan organisasi

    Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...