Friday, April 6, 2012

Al Fatihah Buat Tuan Haji Omar Abu Bakar


Allahyarham Hj Omar Abu Bakar Mantan Ketua Eksekutif (KE) MPM telah kembali kerahmatullah pada 3 April 2012. Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat keatas Rohnya . Amin

Berita pemergian Hj Omar Abu Bakar Mantan KE diterima pada 3 April 2012 sekitar jam 9.21 malam melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penilaian dan Peperiksaan Selangor, Sdra Safari Alias dan Pegawai Penilaian Peperiksaan JPN Wilayah Persekutuan Sdra Azrul Ab, Rani sewaktu menghadiri kursus peningkatan professionalisma pengetua di Avillion Port Dickson pada 2-5 April 2012. Haji Omar yang lebih dikenali Che Om dalam kalangan pegawai MPM dan SPP Negeri merupakan seorang ketua yang baik, mesra tetapi tegas . Saya mengenali beliau semasa berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penilaian dan Peperiksaan di JPN Wilayah Persekutuan dari tahun 2001 hingga 2009. Semoga Allah SWT melapangkan barzahnya dan ditempatkan bersama orang orang beriman. Kepada keluarga yang ditinggalkan banyak-banyaklah bersabar menerima dugaan ini kerana kita semua pasti menemui Tuhan , tinggal lagi masa dan ketika yang menentukan. Al Fatihah.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...