Monday, April 9, 2012

Dialog Nasional Pendidikan Negara

Bangi 9 April,2012 : Bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor satu majlis 'Dialog Nasional Pendidikan Negara' telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia petang tadi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin , Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Seramai 3000 peserta menghadiri sesi dialog tersebut yang terdiri daripada Pegawai Kementerian, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah , (PPD) Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Wilayah Persekutuan dan Selangor berhimpun untuk membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan negara. Beliau melahirkan rasa bangga dengan pembabitan ramai pengamal pendidikan dari pelbagai peringkat yang mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut . Fokus utama ialah melahirkan modal insan negara bertaraf dunia yang mempunyai minda kelas pertama . Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 merupakan wacana ilmiah sebagai medan perkongsian idea dalam kalangan pendidik untuk merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.





Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sumber video youtube Penerbit UKM
Pelancaran Dialog Nasional Pendidikan Negara


Ucaputama Ketua Pengarah 


Pada sebelah pagi Ucaputama telah disampaikan oleh YBhg Dato' Sri Abdul Ghaffar Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang menyentuh berkenaan hala tuju pendidikan negara merangkumi sembilan bidang utama iaitu Kualiti Guru, kepimpinan sekolah, Kualiti Sekolah, Kurikulum dan Pentaksiran, Profisiensi Pelbagai Bahasa, Peluang Lepasan Menengah, Ibu bapa, komuniti dan swasta, Kecekapan dan Keberkesanan Sumber Kementerian dan Kapasiti Keupayaan Penyampaian Kementerian. Para peserta dibahagikan kepada 9 kumpulan mengikut bidang keutamaan yang ditetapkan. Dialog sehari ini akan dijadikan asas untuk melakukan perubahan dalam memperkasa Pelan Transformasi Pendidikan Negara (Education Blueprint) yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selamat berdialog.
Peserta dialog.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB
9 April,2012.





No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...