Pengetua Pengetua Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menghadiri kursus Pemantapan Kepimpinan Pengetua ke Arah Minda Kelas Pertama Dalam Melonjakan Kecemerlangan Sekolah Sekolah Wilayah Persekutuan di Hotel Avillion Port Dickson Negeri Sembilan pada 2-5 April 2012 bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah yang berada dalam Band 5 dan Band 6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebuah negeri yang kecil tetapi padat dengan sekolah. Populasi pelajar setiap sekolah pula mencecah dua ribu malah ada sesetengahnya mencapai tiga ribu orang mengikut lokasi dan Taman Perumahan. Sesetengah sekolah pula menghadapi kekangan untuk melaksanakan aktiviti permainan dan Sukan Tahunan kerana tidak mempunyai kemudahan Padang. Walau pun demikian pihak sekolah mampu menanganinya melalui rangkaian kerjasama dengan sekolah berdekatan yang mempunyai prasarana tersebut untuk melaksanakan aktiviti seperti yang ditetapkan dalam takwim.
Avillion Admiral Cove Port Dickson
Gambar sumber internet
Seramai 42 orang pengetua menghadiri kursus tersebut yang dianjurkan Sektor Jaminan Kualiti JPN WPKL bersama Sektor Pengurusan Sekolah bagi membincangkan kaedah dan strategi yang perlu dilaksanakan bagi peningkatan akademik pelajar. Beberapa orang penceramah yang terdiri dalam kalangan pegawai , Ketua Sektor Jaminan Kualiti dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) telah mendedahkan beberapa tips yang bernas untuk dilaksanakan diperingkat sekolah. Pendedahan mengenai pentingnya Head count oleh Mohammad Nor Azam bin Ahmad Mion dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) merupakan dapatan ilmiah yang perlu dipraktikan untuk peningkatan akademik sekolah dan melonjakan kecemerlangan pelajar.
Harapan Pengarah
Pengarah Pelajaran JPN WPKL Dato' Khairil Awang semasa memberi ucaputama dalam majlis penutup telah menggariskan beberapa agenda penting untuk dilaksanakan antaranya beliau mengingatkan para pengetua sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk memajukan sekolah dengan berfikir secara global selari dengan perkembangan pesat dunia pendidikan antarabangsa. Para pentadbir sekolah perlu menguasai ilmu dan teknologi komunikasi yang berkembang begitu pantas bagi melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing dan kekuatan intelektual bagi mendepani cabaran globalisasi. Pembangunan pesat dunia pendidikan memerlukan pemimpin mempunyai 'Multiple knowledge and competencies' tidak hanya dalam fakulti pendidikan sahaja malah mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu lain untuk membina kekuatan intelektual pelajar menjadi ' Human Capacity Building ' bagi meneruskan kepimpinan negara di masa depan.
Peranan Pengetua
Sudah menjadi lumrah kehidupan mana-mana individu yang dilantik menjadi ketua organisasi perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti. Peranan pengetua sebagai pemimpin dan pengurus mempunyai pengaruh yang sangat dominan terhadap kemajuan sekolah dalam segala bidang. Jatuh bangun sesebuah organisasi sekolah juga terletak kepada kemampuan pengetua mentadbir dan mengurus sumber yang ada . Justeru menjadi ketua bukan semestinya mendapat kedudukan istimewa atau pengaruh tetapi yang paling penting bagaimana sesebuah organisasi itu di urus dengan baik melalui kerjasama dan kolaborasi sesama anggota dengan semangat kebersamaan (togetherness) untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai Pengetua kita perlu membuat refleksi diri (self assessment) untuk menilai pencapaian dan tahap kepuasan guru , murid dan seluruh warga sekolah melalui SWOT ( strength, weakness, opportunity, thread) bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang wujud. Pendekatan SWOT dalam pengurusan sangat membantu mengatasi kekangan sesebuah organisasi.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB

No comments:
Post a Comment