Saturday, April 21, 2012

Hari Anugerah Cemerlang SMK Sinar Bintang

             T
    Hari ini Sabtu 21 April 2012, SMK Sinar Bintang (SMKSB) telah mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang (HAC)  untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM tahun lalu.

    Seramai  7 orang pelajar memperolehi semua A dalam SPM dan 12 orang mendapat keputusan semua A dalam PMR.   Acara bermula pada jam 815 pagi dengan pengumuman oleh MC Pn Rosnah dan rakan setugasnya mengumumkan ketibaan tetamu Kehormat Mr.Simon Khor .

     
    Wajah-wajah manis dan ceria putera puteri SMKSB  membawa bunga
    manggar dan kompang
    Gambar: WNAZMI Blog

    Pengerusi PIBG diiringi Pengetua  diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh para pelajar ke laman sekolah untuk menerima tabik hormat  dan memeriksa  perbarisan pasukan pengakap sekolah.

     
    Tetamu kehormat memeriksa barisan pasukan Pengakap SMKSB yang
    kelihatan segak dan berdisiplin.
    Gambar:WNAZMI Blog

     
    Mr. Simon Khor diiringi Pengetua menyempurnakan 
    penyampaian sijil kepada   calon cemerlang PMR dan SPM 
    di Dewan Bestari SMKSB
    Sumber foto: WNAZMI  BLOG

    Tepat jam 8.30 pagi majlis  rasmi bermula dengan bacaan doa diikuti ucapan pengetua dan perasmian oleh YDP PIBG Mr. Simon Khor.

    Pengetua dalam ucapannya menyentuh tentang pencapaian akademik sekolah dengan mengemukakan perangkaan mengenai pencapaian pelajar dalam PMR dan SPM tahun lalu. Pengetua memaklumkan bahawa sekolah telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS)  5.30 berbanding tahun sebelumnya 5.61   meningkat sebanyak 0.31 .

    Peningkatan  ini agak kecil jika dibandingkan dengan bilangan calon yang menduduki SPM  seramai 343 orang. Pengetua seterusnya menekankan kepentingan pendidikan "Education For All" dan matlamat pendidikan iaitu "The main objective of eduction is to prepare the young people with knowledge, skill and competence for their better future " . 


    Sekolah perlu band 4

    Pengarah Pelajaran Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan sekolah-sekolah mesti berada dalam band 4 .

    Bagi memastikan pencapaian matlamat tersebut sekolah perlu berada dalam NKRA  2.26  -  4.50  iaitu Baik .

    Pihak sekolah dengan kerjasama jitu PIBG akan melaksanakan program pembestarian akademik dengan mensasarkan semua pelajar menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kerana kedua-dua subjek ini menjadi indikator utama kelemahan pelajar sekolah .

    Pengetua juga mengharapkan pada tahun ini kita akan mencipta kegemilangan dengan peratus kelulusan meningkat dan calon cemerlang melonjak kepada 40 orang PMR dan 20 orang dalam SPM  InsyaAllah .

    Penghargaan Kepada Guru

    Selaku Pengetua saya ingin melahirkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru kerana mendidik pelajar memperoleh kejayaan cemerlang.

    Kepada rakan - rakan  AJK  HAC  dibawah seliaan Pn Puziah Ahmad Penolong Kanan  Akademik  dan Tadbiran yang bertungkus lumus menyediakan aturcara majlis dan persiapan Dewan saya merakamkan  terima kasih yang mendalam diatas komitmen dan partisipasi padu semua sehingga kita berjaya melaksanakan program besar sekolah . Terima kasih.

    Ucapan Perasmian YDP PIBG

    Dalam ucapannya Mr. Simon Khor selaku YDP PIBG mengajak ibu bapa menggembeling tenaga menyatakan sokongan padu kepada pihak sekolah dan program yang akan dilaksanakan PIBG bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar.

    Beliau juga menyentuh tentang pembangunan sekolah yang perlu ditingkatkan bagi memastikan pelajar  mendapat manafaat untuk keselesaan pembelajaran mereka.

    Majlis diselang seli dengan persembahan menarik oleh pelajar-pelajar PPKI dan gesekan biola oleh para pelajar yang sungguh mempersonakan hadirin.

    Mereka kelihatan sunguh  berbakat dan berpotensi besar dalam bidang musik .  Sebaik majlis berakhir, para tetamu dijemput untuk menikmati  hidangan di  Laman Ilmu. YDP PIBG seterusnya memotong riben  sekaligus merasmikan   laman tersebut yang menjadi  tempat mentelaah pelajaran kepada para pelajar.

    Suasananya yang hijau,  sejuk , tenang dan segar  dengan kejernihan  sumber air buatan memberi inspirasi kepada pelajar mengulangkaji pelajaran mereka . Difahamkan laman ilmu ini hasil cetusan idea En Angus Ng mantan YDP PIBG  sebagai " The founder of school project" . Terima Kasih En.Angus . Jasa Tuan sungguh besar dan sangat mulia kepada pembangunan persekitaran sekolah . 

    Che Yahya Hj Che Soh 
    SMKSB 21042012


    No comments:

    Post a Comment

    Menjana kekuatan organisasi

    Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...