Saturday, April 14, 2012

Mersing Laguna jana ekonomi

Oleh Syed Ridzuwan Ismail, Iskandar Ibrahim dan Mohd Sah Muda
bhjb@bharian.com.my
2012/04/15

SULTAN IBRAHIM   menyempurnakan majlis pecah tanah Mersing Laguna dan Festiva Mersing sambil diperhatikan Abdul Ghani (kanan);  Zong Lin (empat dari kiri); Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (dua dari kanan) dan Ungku Safian (kiri) di  Mersing, semalam.
SULTAN IBRAHIM menyempurnakan majlis pecah tanah Mersing Laguna dan Festiva Mersing sambil diperhatikan Abdul Ghani (kanan); Zong Lin (empat dari kiri); Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (dua dari kanan) dan Ungku Safian (kiri) di Mersing, semalam.
Projek eko pelancongan tambah sumber pendapatan penduduk tempatan

MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, pembinaan projek Mersing Laguna bernilai kira-kira RM22 bilion bakal memberi manfaat besar kepada ekonomi serta seluruh rakyat negeri ini.
Sultan Ibrahim bertitah, cadangan pembinaan projek berkenaan diperkenankan baginda selepas melihat keadaan ekonomi semasa dan manfaat yang bakal diperoleh rakyat di Mersing.
Titah baginda, walaupun dimaklumkan dari awal mengenai projek itu, baginda hanya memberi perkenan selepas lima tahun susulan pelbagai kajian dibuat berkaitan impak yang bakal memajukan daerah ini sebagai bandar eko pelancongan.

“Mersing adalah sebuah daerah yang mempunyai kekayaan alam semula jadi yang berharga. Pulau yang ada sekitarnya menjadi tarikan pelancong. Namun, bandar ini yang dibuka sejak 1892 masih belum membangun dengan pesat berbanding bandar lain di Johor.

“Ketika ini, bandar Mersing hanya menjadi laluan dan persinggahan pelancong. Penduduknya juga masih banyak bergantung pada sumber ekonomi perikanan yang bermusim dan pendapatan yang tidak menentu.

“Pada hemat saya, sudah tiba masa rakyat Mersing berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dengan sumber pendapatan lebih tinggi dan terjamin melalui peluang yang ada menerusi projek Mersing Laguna,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Mersing Laguna di Dataran Pulau Mersing, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden Power Contructions Corporation China, Ma Zong Lin dan Ketua Eksekutif Radiant Starfish Development Berhad, Ungku Safian Abdullah.

Sultan Ibrahim bertitah, bagi melicinkan pembangunan projek titu, rakyat daerah ini diminta memberikan kerjasama bagi membantu menaik taraf bandar Mersing.

“Jangan kita bersifat cemburu, menabur fitnah atau cuba mengkhianati usaha yang akan dilaksanakan ini. Suka saya ingatkan jangan juga ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat bantahan atau tuntutan yang tidak sepatutnya untuk kepentingan diri atau politik.

“Saya sendiri akan mengawasi kemajuan projek ini supaya dibuat dengan baik dan sempurna. Penduduk yang mempunyai masalah berkaitan projek ini boleh memaklumkan kepada pegawai daerah yang kemudian akan menyampaikan kepada saya,” katanya.

Berita Harian Online Ahad 15 April,2012
  • Foto

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...