Tuesday, April 24, 2012

Mesyuarat Post Mortem SPM Bersama PPWS

Mesyuarat Post Mortem SPM PPW Sentul

Sentul : Selasa 24 April,2012

Satu mesyuarat pengurusan pendidikan bersama Timbalan Pengarah Pelajaran PPW Sentul telah diadakan pada hari ini di Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul . Cik Hajah Nik Ramas Nik Wan telah mempengerusikan mesyuarat mulai jam 8.30pagi yang dihadiri sebahagian besar pengetua dan wakilnya. Nik Ramas memulakan mesyuarat dengan mengemukakan perangkaan Gred Purata yang di perolehi PPWS iaitu 4.88 tahun 2010 meningkat kepada 4.84 dalam SPM yang lalu. Kenaikan sebanyak 0.04.

Perancangan dan Strategi

Pengerusi memaklumkan sekolah-sekolah yang  menunjukan prestasi yang kurang memuaskan perlu membuat perancangan dan strategi mengandungi pelan tektikal untuk melonjakan  pencapaian akademik mereka pada tahun ini . Beliau memberikan  tugasan penting untuk semua sekolah dengan memilih beberapa subjek yang prestasinya tidak memenuhi piawaian PPWS dan Jabatan . Pengetua diminta untuk membentangkan laporan prestasi pencapaian calon sekolah masing masing berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan pada bulan Julai nanti.

Sasaran pencapaian sekolah

Sebagai rumusan semua sekolah diminta meletakan sasaran yang ingin dicapai seperti peratus kelulusan,bilangan calon cemerlang, pencapaian Bahasa Melayu dan Gred Purata  Sekolah. Beliau juga mengingatkan pada tahun 2013 mata pelajaran SEJARAH adalah  wajib lulus sepertimana Bahasa Melayu .  Selaku pemimpin instruksional,pengetua perlu melipatgandakan usaha memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan seoptima mungkin bermula dengan pelajar dalam tingkatan satu lagi bagi membolehkan mereka menguasai dengan baik kedua-dua mata pelajaran tersebut bagi membolehkan mereka layak mendapat sijil SPM.

Rumusan :

Setiap sekolah perlu membuat unjuran bagi tahun 2012
Pengetua perlu bentang dalam mesyuarat bersama PPWS pada awal Julai 2012 berdasarkan keputusan pertengahan tahun.
Mata pelajaran Sejarah wajib lulus mulai tahun 2013
Perancangan strategik dan pelan taktikal mesti dilakukan 
Mesyuarat ditangguh jam 1245petang.
 
Che Yahya Che Soh 
Selasa 24 April 2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...