Monday, December 31, 2012


TANAH RUNTUH DI PUNCAK SETIAWANGSA: Perlu diroboh jika perlu

 Safeek Affendy Razali dan Fitri Nizam 


Seorang ahli penyelamat DBKL mengarahkan orang ramai bersurai segera ketika berlaku tanah runtuh kecil secara tiba-tiba di tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, semalam. 
Seorang ahli penyelamat DBKL mengarahkan orang ramai bersurai segera ketika berlaku tanah runtuh kecil secara tiba-tiba di tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, semalam.

Kuala Lumpur: Dua lagi banglo di Jalan Puncak Setiawangsa 2, masing-masing milik Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique akan dirobohkan jika perlu. 
Tindakan itu bagi memberi ruang zon penampan di antara tebing yang runtuh dan rumah berhampiran namun sebelum itu, Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) perlu mendapatkan semua maklumat berhubung keadaan tanah dan cerun di kawasan terbabit. 
Ketua Pegawai Operasi IKRAM, Mohd Taufik Harun, berkata sebarang keputusan berhubung nasib kediaman milik Jamaluddin yang juga bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat dan Zulhasnan, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu tergantung kepada proses kajian tanah dijalankan pihaknya dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Hasil keputusan sebelum ini, JKR, IKRAM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pemaju dan penduduk kawasan Bukit Setiawangsa bersetuju merobohkan sebuah banglo di lereng bukit yang disewa warga Iraq secara berperingkat selepas kedudukannya dirasakan tidak selamat susulan tanah runtuh, Jumaat lalu. 
“Setakat ini hanya banglo itu akan dimusnahkan kontraktor yang dilantik pemaju, manakala keputusan berhubung dua lagi banglo belum diputuskan,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian, semalam. 
Kajian pergerakan tanah

Beliau berkata, sejurus banglo disewa warga Iraq itu dirobohkan, pihaknya akan sekali lagi menjalankan kajian pergerakan tanah untuk mengenalpasti sama ada kedudukan kediaman milik Jamaluddin dan Zulhasnan perlu melalui kaedah sama bagi memberi laluan kepada kerja menambak dan meratakan kawasan terbabit. 
Katanya, kerja merobohkan banglo disewa warga Iraq itu giat dilakukan bermula jam 10 pagi semalam dan dijangka mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan berikutan terdapat pergerakan tanah dan kekangan cuaca. 
Sementara itu, Jamaluddin ketika ditemui, berkata beliau tidak mempunyai sebarang halangan terhadap tindakan merobohkan kediamannya jika itu dirasakan perlu. 
“Sebagai mangsa, sekiranya langkah yang diambil dapat mengurangkan risiko serta menjamin keselamatan penduduk sekitar Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa, saya akur kerana ia demi kepentingan bersama,” katanya. 

Berita Harian  Online  Rabu 1 Januari,2013

CCTV Tak Berfungsi , Atap Bumbung Jatuh

Malam tadi hujan lebat disertai petir, ribut dan angin kencang  menyebabkan atap bumbung bangunan Blok Dinamik paling hujung dekat kantin SMKSB@STAR rosak dan kepingan ceiling jatuh . Pengetua sudah memaklumkan kepada En. Jamil Jamaluddin KU Pembangunan mengenai perkara tersebut dan dalam masa yang sama menghubungi kontraktor  membaiki kerosakan dengan segera untuk keselamatan pelajar dan guru-guru. Kabel wayar bumi keselamatan bangunan telah hilang  di curi sejak beberapa lama sebelum saya ditempatkan disekolah ini. Pengetua telah mengambil langkah segera dengan memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (UP Unit Pembangunan) mengenai kejadian tersebut.Surat makluman sudah dihantar dan pegawai yang bertanggungjawab telah pun memantau kerosakan yang berlaku namun hingga kini masih belum terdapat sebarang tindakan susulan.Oleh kerana ketiadaan kabel bumi (earth cable) gangguan kepada sistem telefon , elektrik dan sistem komputer yang menyimpan pangkalan data pelajar dan guru turut terjejas. Pihak sekolah mengharapkan tindakan dengan kadar segera dapat dilaksanakan untuk keselamatan kira-kira 2,300 warga sekolah.

Urus sekolah seperti rumah sendiri

Kepekaan dan keprihatinan terhadap keselamatan pelajar menjadi agenda utama. Pelajar didahulukan keselamatan diutamakan.Dalam kekangan dana yang terbatas pihak sekolah perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan keselesaan warganya.Tanggungjawab mengurus sekolah seperti memelihara rumah sendiri menjadi tugas utama setiap Pengetua.Ketidakupayaan menyelesaikan dengan segera boleh mengundang risiko kepada pelajar dan seluruh warga.Antara 'urgent and important' yang mana perlu diutamakan sudah tentu URGENT didahulukan.

Baik pulih segera

Kita berharap baik pulih dapat dilakukan secepat mungkin bagi mengelakan berlaku perkara yang tidak diingini terhadap pelajar,guru-guru dan ibu bapa yang berurusan dengan sekolah.Pengetua telah meminta kontraktor membaiki kerosakan bumbung dengan cepat tetapi memandangkan hari ini Selasa 1 Januari 2013 cuti umum tahun baru, kerja-kerja pembaikan akan dimulakan esok (Rabu). Pelajar pelajar Tingkatan 5 yang menghuni Blok Dinamik akan  dievakuasi ke bilik bilik lain buat sementara waktu menunggu kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)tetap berjalan seperti jadual.Kepada guru-guru terbabit sila pastikan kelas masing-masing berlaku pedagogi seperti yang ditetapkan. 


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
31 Disember,2012

Sunday, December 30, 2012

DPM: Special panel to monitor Puncak Setiawangsa landslide

KUALA LUMPUR: A special commitee under the Public Works Department (JKR) to monitor the landslide at the Puncak Setiawangsa area, here has been formed, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the committee comprised representatives from the various agencies including the Ministry of Housing and Local Government, Kuala Lumpur City Hall (DBKL), and Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).
He said the security forces and employees of the local authorities were also carrying out 24-hour monitoring in the landslide area.
"We will obtain detailed report on current developments concerning the security and soil structure here.
"We will take the incident here as a lesson. Previously there had been a landslide at the Highland Tower, near here. So we don't want a similar tragedy to strike again," he told reporters during a visit to the site of the landslide.
Muhyiddin was speaking to reporters after surveying the landslide at Puncak Setiawangsa, here today.
Last Friday's landslide at Puncak Setiawangsa led to the evacuation of 106 residents from the bungalows, terrace houses and shop houses in the area.
The deputy prime minister urged local authorities and agencies to also monitor the hillsides and highlands nationwide during this rainy season.
 
Commenting on the latest development at the scene of the landslide, he said one of the bungalows would be demolished by Kuala Lumpur City hall (DBKL) to prevent further earth movements which could jeopardise the safety of the residents and building at the foot of the hill.
"It will be demolished anytime. It depends on the discussions between the developer and DBKL," he said.

He added that an alternative access was being built to enable residents in the affected area to retrieve their belongings.
He also assured the safety of the residents' property and said police will be patrolling the area 24-hours.
"I'm relieved that there were no casualties during the incident," he said.
Earlier, Muhyiddin and his wife Datin Seri Norainee Abd Rahman, arrived at the temporary police operations room at Persiaran Bukit Setiawangsa about 4.30 pm.
 
They were briefed by a police officer from the Sentul police head quarters and also surveyed the other security forces on duty in the area, including from the Civil Defence Department, Rela and Kuala Lumpur Fire and Rescue Department. -- BERNAMA
DPM at Setiawangsa
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin visits Puncak Setiawangsa to have a closer look at the situation of embankment collapse today. NSTP/Effendy Rashid

Che'Yahya Che'Soh
Principal SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
New Straits Time online 31 Disember,2012

Saturday, December 29, 2012

Wajah sekolah melambangkan aura pemimpin

Kepimpinan ialah proses mempengaruhi pengikut bekerja secara bersama memikul tanggungjawab bagi memastikan pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Kemajuan sesebuah organisasi bergantung kepada kekuatan pimpinan  ketua memberikan keyakinan kepada  seluruh apparatus bagi menggerakan misi dan visi yang ditetapkan. Kekuatan kepimpinan bergantung kepada kredibiliti  ketua dalam  menterjemahkan setiap dasar dan peraturan untuk kepentingan awam.

Wajah Sekolah

Sebagai sebuah institusi pendidikan, wajah sekolah mencerminkan kepimpinan seseorang Pengetua atau Guru Besar. Kecemerlangan sekolah dalam setiap bidang menjadi ukuran kemajuan. Ibu bapa akan memilih sekolah yang selamat, tenang dan kondusif untuk pembelajaran anak-anaknya. Selain pencapaian akademik cemerlang, iklim  yang memberangsangkan turut menyumbang permintaan ibu bapa terhadap sekolah. Mereka tidak risau dengan keselamatan anak-anak mereka bila berada di sekolah.Tiada kes-kes pergaduhan dan ponteng dalam kalangan pelajar menggambarkan keharmonian warganya.Wajah sekolah ditandai dengan pengurusan dan pentadbiran yang kemas, teratur dan terusun. Persekitaran sekolah bersih,ceria dan sejuk menjadi terapi minda untuk pembelajaran dan pengajaran. Membina hubungan yang baik dengan komuniti merupakan  sarana yang boleh menyokong kemajuan sekolah.
  

Pembentukan minda

Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri. Ini hakikat diri yang ditentukan Illahi. Demikian juga pelajar. Mereka memiliki potensi diri yang mungkin  tidak kita  sedari. Bakat,watak dan karisma dalam kalangan pelajar perlu dipupuk secara  terkendali berdasarkan minat dan kecenderungan mereka untuk menyemai keyakinan diri bagi mendepani cabaran selepas mereka meninggalkan alam persekolahan.Pembentukan minda  pelajar berasaskan peradaban ilmu pengetahuan dan berkemahiran merekayasa ciptaan baharu  menjadi faktor penunjang pembangunan modal insan. 

Aura pemimpin

Ketua menjadi ikon  kerana beliau bertanggungjawab  mewarnai pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi yang dipimpinnya. Dalam konteks sekolah, Pengetua menjadi figura yang mendapat perhatian masyarakat terhadap kemajuan sekolahnya. Keyakinan ibu bapa terhadap sekolah berkait rapat dengan aura kepimpinan Pengetua yang mampu merungkaikan sebarang isu dan cabaran berlaku.Sebagai sebuah badan professional,sekolah terikat dengan dasar dan undang-undang  yang wajib dipatuhi. Pengetua selaku pemimpin tertinggi sekolah mempunyai autoriti menguatkuasakan peraturan berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagi menjamin keselamatan,keharmonian dan kesejahteraan setiap warganya.

Karenah birokrasi
 
Berdepan dengan berbagai karenah birokrasi menjadi asam garam kehidupan yang ada ketikanya sungguh menekan perasaan. Menjadi pemimpin seumpama  nakhoda kapal yang belayar ditengah lautan. Apabila ribut melanda bahtera terhuyung hayang dipukul gelombang namun nakhoda kapal tetap tenang mengemudi kapalnya hingga sampai ke pelabuhan.Semua orang boleh menjadi ketua dimasa senang tetapi terlalu langka mencari pemimpin yang sanggup berkorban dalam semua hal yang tidak menguntungkan dirinya.Kebanyakannya tidak berani berdepan dengan risiko lalu mengambil jalan selamat (play safe) untuk tidak membebankan dirinya .   



Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Ahad 30 Disember,2012

Friday, December 28, 2012

Hari Orientasi Sekolah

Seperti dijadual hari ini Jumaat 28 Disember,2012 ialah majlis orientasi sekolah yang turut dihadiri sama YDP PIBG En. Simon Kor dan lebih kurang 389 orang ibu bapa memenuhi Dewan Gemilang seawal jam 7.30pagi.Majlis rasmi bermula jam 8.30pagi dengan ucapan aluan Pengetua mengenai perkembangan dan pembangunan sekolah secara keseluruhan.Pengetua menggarisbawahi pencapaian sekolah dalam PMR 2012, kemajuan kokurikulum, persekitaran sekolah dan yang paling penting menjadikan SMKSB@STAR sebuah institusi pendidikan yang maju dan berwibawa selaras dengan hasrat dan keperluan pendidikan menjana modal insan berintegriti  kerana "The main objective of education is to prepare the young people with knowledge, skills and competence for the better future".Membina hubungan yang baik melalui kerjasama ibu bapa menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah.Pengetua menekankan tanggungjawab sekolah ialah memastikan pelajar selamat dan selesa.Pelajar didahulukan pencapaian diutamakan .


Kerjasama ibu bapa


Pengetua selanjutnya menyentuh pembangunan transformasi pendidikan khususnya  pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)yang bermula pada tahun ini (2012) bagi pelajar Tingkatan 1 dalam semua subjek termasuk Pendidikan Moral,Pendidikan Seni dan Sivik Kewarganegaraan.Kementerian Pelajaran (LPM) telah menetapkan mulai tahun 2014 PBS dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah.Seramai 397orang murid mendaftar pada hari ini. Dalam ucapan YDP PIBG En.Simon menggesa ibu bapa memberi kerjasama yang baik dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka berasa selesa dan seronok untuk belajar. Beliau mengharapkan ibu bapa dapat meluangkan masa menghadiri program dan aktiviti anjuran PIBG bagi mengetahui perkembangan anak-anak mereka . Selanjutnya PK Petang En.Cheli membentangkan perancangan dan pelan strategik sekolah yang akan dilaksanakan untuk peningkatan akademik pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua sepanjang tahun 2013.


Disiplin pelajar

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) menghuraikan dengan terperinci peraturan dan disiplin sekolah dengan menekankan kepada beberapa isu antaranya kehadiran, ponteng, rambut, pakaian, keselamatan dan kebajikan pelajar. Tawaran Biasiswa Kecil Persekutuan , Yayasan Buddist dan Baitulmal  menyediakan kemudahan kepada pelajar yang layak. Majlis berakhir dengan sentuhan motivasi oleh Kaunselor Pn.Koay meminta ibu bapa mengambil peduli dengan anak-anak mereka . Konsep LOVE iaitu Listen,Observe,Value Evaluate  perlu diamalkan dalam kalangan keluarga untuk memupuk kasih sayang dan keharmonian tetap terjalin untuk kemajuan diri pelajar.



Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
28 Disember,2012.

Wednesday, December 26, 2012

Domain Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pembangunan pendidikan mengalami perubahan dengan memberi penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assesssment of learning) bertujuan membangun potensi murid dalam aspek kognitif,afektif dan psikomotor sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertunjangkan jasmani, emosi,rohani,dan intelek (JERI) untuk kemenjadian murid.Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)bersifat holistik mencakup bidang akademik dan non akademik untuk menilai pelajar.

Dua komponen utama 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS terdiri dari dua komponen utama iaitu Akademik  dan Bukan Akademik. Dalam bidang akademik terdapat Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah manakala non akademik pula ialah Pentaksiran Aktiviti jasmani,sukan dan Kokurikulum(PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik. Pelajar dinilai secara adil berdasarkan keupayaan,kebolehan, bakat,kemahiran dan potensi diri mereka tanpa perbandingan dengan orang lain.

Pelaksanaan PBS

Mulai tahun ini 2012 pelajar-pelajar Tingkatan Satu telah memulakan sesi PBS mereka di sekolah. Kementerian membuat penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan (SPK) bagi PMR melalui PBS dengan menetapkan wajaran 100% bagi murid tingkatan 3 pada tahun 2014 merangkumi empat domain utama iaitu Pentaksiran sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik. Pelaksanaan PBS memberi otonomi kepada guru menilai pelajar dalam setiap bidang kompetensi berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran.


Sumber: pembacaan dan catatan mesyuarat .

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
26 Disember,2012

Tuesday, December 25, 2012

Berfikiran Positif meningkatkan produktiviti

Penulisan merupakan sebuah karya yang dihasilkan melalui pemikiran secara ilmiah bersumber kekuatan  ilmu,kemahiran dan kompetensi yang dimiliki seseorang. Nuansa pemikiran seseorang bergantung kepada kekuatannya membaca, mentelaah dan mengikuti perkembangan dunia ilmu pengetahuan dalam berbagai disiplin kehidupan.Penjanaan minda untuk  meneroka pelbagai disiplin ilmu menjadi faktor pendorong kemajuan diri. Orang yang banyak membaca dan menulis pasti menambah perbendaharaan ilmu sebagai sarana komunikasi  mendepani cabaran globalisasi. Minda kita  perlu dirangsang  berfikir secara positif dan konstruktif kerana tingkahlaku manusia umumnya berdasarkan pemikirannya.






Sumber:schoolofbeinghealthy.com


Berfikir positif

Berfikir secara positif  boleh mempercepatkan aliran darah kerana sel-sel otak menerima bekalan oksigen yang cukup sebagai manifestasi kesihatan jasmani  dan rohani.Keadaan fizikal manusia sebahagian besarnya mewarnai  daya pemikiran kerana tendensi perobahan diri dipengaruhi oleh pemusatan mindanya.Melatih diri berfikiran positif bukan sahaja mencerdaskan daya fikir tetapi boleh meningkatkan produktiviti kerja.Orang yang berminda positif melihat sesuatu isu secara rasional dan praktikal.Dalam Islam dikenali dengan HUSNUZAN iaitu bersangka baik dengan semua orang.Sifat husnuzun sangat tinggi nilainya disisi Tuhan. Mereka tidak mudah emosional  jika berdepan dengan tekanan tetapi berusaha mencari jalan keluar berasaskan pertimbangan yang betul. Dalam dunia ilmu pengetahuan yang berkembang pesat menuntut manusia berfikir lebih jauh ke depan bagi menangani cabaran kehidupan yang sangat kompleks dan rencam.

Kepimpinan integriti

Berfikiran positif sangat dituntut dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Seseorang ketua perlu menjana kekuatan minda pengikutnya melalui komunikasi berkesan dengan membina rangkaian kerjasama yang harmoni untuk kepentingan perkhidmatan. Kegagalan  mengurus sumber manusia sebagai aset organisasi akan merencatkan produktiviti.Justeru kepimpinan integriti dalam kalangan ketua organisasi menjadi kayu ukur pencapaian produktiviti sesebuah organisasi.Bekerja dengan seronok walau pun penat mendatangkan kepuasan berganda.Justeru indikator sebenar pencapaian  bergantung kepada kepuasan dan keseronokan  bekerja dalam kalangan anggota.Peranan ketua sangat berpengaruh dalam menentukan produktiviti yang dihasilkan sesebuah organisasi.


Curahan minda
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Rabu 26 Disember,2012

Monday, December 24, 2012

Kuantan under water


Hundreds of motorists were also trapped in massive traffic jams in the town area when several roads were inundated including Jalan Bukit Ubi, Jalan Tun Ismail and Jalan Teluk Sisek.
 
The operations centres at the district police, Civil Defence Department and Fire and Rescue Department were also busy when those trapped in cars and homes called the hotlines since 8am.
 
Police flood operations centre spokesperson advised the public to be on alert and avoid the flooded areas as heavy rains had yet to stop as at 2pm.
 
flood

 New Straits Time  24 Disember,2012


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
24 Disember,2012


Saturday, December 22, 2012

Menunggu Pengesahan Jawatan

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan pangkat  Pengetua ke Gred DG52 dan Penolong Kanan ke Gred  DG 48 perjawatan hakiki di sekolah-sekolah mulai 1 Januari,2012. Proses kenaikan pangkat di urus oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pelajaran.Sesetengah Pengetua telah  mendapat tawaran pemangkuan DG52 pada penghujung tahun 2011 tetapi hingga kini masih lagi  belum menerima surat pengesahan jawatan. Semua dokumen dan laporan prestasi khas untuk tujuan pengesahan telah pun dihantar ke Jabatan untuk dipanjangkan ke BPSM. Mengikut peraturan tempoh pemangkuan seseorang pegawai sekurang-kurangnya 6 bulan sahaja namun realitinya majoriti pegawai terpaksa menunggu melebihi setahun malah ada yang bersara sebelum mendapat  surat pengesahan.Tulisan ini bukan bersifat antagonis dengan citra perkhidmatan kerana kita semua adalah penjawat yang mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap pembangunan negara.

Pencapaian diutamakan

Setiap penjawat awam mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing berdasarkan spesifikasi kerja yang perlu dilaksanakan mengikut tempoh masa 'time frame' yang ditetapkan..Kecekapan dan keupayaan mengurus menjadi ukuran kecemerlangan sesebuah organisasi.Jika guru-guru boleh menyelesaikan tugasnya dengan baik memeriksa kertas calon-calon PMR yang berjumlah 480,000 lebih suku juta dalam tempoh dua bulan sehingga keputusan  di keluarkan , SPM seramai hampir 500,000 dan STPM 50,000 mengikut jadual, tiada justifikasi munasabah  BPSM mengambil masa terlalu lama menyelesaikan isu pengesahan perjawatan ini. Prinsip Pencapaian diutamakan sebagai ukuran prestasi perkhidmatan perlu diterjemahkan secara realiti  dalam tugas harian bagi merealisasi hasrat kerajaan disemua peringkat jabatan dan organisasi. Setiap jabatan mempunyai garis panduan "grace period"  yang dinyatakan dalam piagam pelanggan sebagai janji perkhidmatan berdasarkan misi dan visi sesebuah organisasi.


Kepentingan perkhidmatan


Menjadi tanggungjawab kita bersama menjunjung teras perkhidmatan bagi memastikan urus tadbir  menepati piawaian Kementerian berdasarkan kecekapan dan effisiensi .Meletakan kepentingan perkhidmatan sebagai sasaran utama pencapaian merupakan indikator kecemerlangan  dalam setiap pengurusan organisasi sebagai standard prestasi  yang menunjang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).Saya melihat dari perspektif makro berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan dalam perkhidmatan walau pun saya  telah  disahkan jawatan DG 52 sejak 2011 lagi.



Che' Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR


Friday, December 21, 2012

Penambahbaikan Prasarana Sekolah

Beberapa penambahbaikan prasarana  telah dilakukan bagi memastikan bangunan sekolah sentiasa selamat , tetap terpelihara untuk kemudahan pelajar dan guru-guru melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran sepanjang tahun. Pihak sekolah telah membaiki tandas pelajar , Pusat Sumber Sekolah,menurap jalan belakang sekolah yang rosak teruk, mengganti lampu yang rosak dan memasang  lampu besar (spotlight) bagi memastikan sekolah dalam keadaan selamat. Dengan bantuan dan kerjasama PIBG kita telah memasang 16 CCTV di semua bangunan yang mula beroperasi pada 25Disember ini.Penghargaan yang setingginya kepada YDP PIBG EN.SIMON KOR dan NYDP EN.ANGUS NG bersama barisan AJK yang meluluskan peruntukan memasang peralatan tersebut untuk kepentingan pelajar dan seluruh warga sekolah.Terbaru sekolah telah menerima sebanyak 12 tin cat daripada Nippon hasil inisiatif Penolong Kanan Petang En. Cheli untuk mengecat sekolah terutama bangunan utama yang kelihatan semakin pudar .


















Bangunan utama sekolah yang perlu di ceriakan .
Mengurus Sekolah

Pengetua perlu sentiasa memantau keadaan fizikal sekolah bagi  memastikan seluruh bangunan selamat . Pengetua perlu peka dengan sebarang kerosakan yang berlaku di sekolah bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.Kejadian paip bawah tanah pecah menyebabkan air mengalir berterusan selama berbulan  menyebabkan kerugian yang besar kepada rakyat. Kepekaan pengurus sekolah dalam menangani setiap kejadian berlaku menjadi penyelamat kepada kerosakan yang lebih parah. Justeru dengan kekangan kewangan terbatas Pengetua perlu bijak mencari penyelesaian bagi menyelamatkan sekolahnya.Menjadi Pengetua memerlukan komitmen sepenuh hati yang perlu  meletakan tanggungjawab 100 peratus terhadap kemajuan sekolah bukan saja dari segi kepimpinan instruksional malah seluruh aktiviti pengurusan pendidikan. Jika Pengetua tidur guru akan berdengkur, murid pasti kabur. Analogi ini hanya sekadar bidalan jika pengurus sekolah tidak mengambil cakna sudah pasti kemajuan sekolahnya tidak berubah.

Kejujuran Intelektual

Keberadaan Pengetua selaku pemimpin sangat penting untuk kelancaran pengurusan dan pentadbiran sekolah. Tugas mengepalai sekolah bukan mengejar Gred Jawatan yang lebih tinggi tetapi yang paling dominan memberikan perkhidmatan setulus jiwa untuk pembangunan pendidikan negara.Kejujuran intelektual dalam mengurus,memimpin dan mentadbir menjadi indikator kecemerlangan sekolah sebagai sebuah institusi yang berwibawa.Ukuran pencapaian ditandai dengan rasa kepuasan bekerja sebagai prestasi penilaian diri bukannya melalui sekeping borang sasaran kerja tahunan yang diisi saban tahun. Bekerja kerana mencari REDHA ALLAH menyemaikan keikhlasan dalam diri kerana setiap perbuatan yang ditunjangi dengan niat yang baik pasti mendapat ganjaran disisi Tuhan .


Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Sabtu 22 Disember,2012.



Thursday, December 20, 2012

Perjumpaan Pengarah Bersama Pengurus Sekolah

Pada hari Selasa 18 Disember,2012 Sektor Jaminan Kualiti (SJQ) menganjurkan majlis perjumpaan Pengarah bersama Pengetua dan Guru Besar di Auditorium Tan Sri Rafie Mahat bagi membincangkan beberapa isu utama mengenai pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tuan Abdullah Mad Yunus meminta semua Pengetua dan Guru Besar menyelia sekolah masing-masing dengan penuh teliti bagi memastikan tidak terdapat sebarang isu yang berbangkit semasa pembukaan sekolah awal tahun 2013. Beliau seterusnya menyentuh kedudukan guru, sekolah dan bilangan murid sebagai sasaran utama Jabatan yang perlu diselia dengan baik untuk pembangunan pendidikan khusus  bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Sek. Ren.200138018
Sek. Men.97107739
Jumlah297245,757
GuruBukan Guru
Sek. Ren.94691320
Sek. Men.83911259
Jumlah17,8602,579
JenisSekolah
SK141
SK Khas3
SJK (C)41
SJK (T)15
SMK87
SMK Agama1
SMB Penuh3
SM Teknik3
SM Khas1
Sekolah Sukan1
SABK1
Jumlah297
*Sumber: Data SMPP/EMIS 30 Jun 2012


Sumber: Portal Rasmi JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mengurus sekolah dengan baik 
 

Pengarah mengingatkan semua pengurus sekolah perlu membaiki wajah sekolah masing-masing dengan berkesan terutama berkenaan dengan pengurusan sumber manusia dan pengurusan instruksional bagi memastikan guru-guru yang berada di bawah seliaan masing-masing benar-benar  berkualiti menjalankan tugas dan tanggungjawab membangun potensi murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut standard prestasi yang ditetapkan.Beliau mengingatkan Baki kumpulan Wang Kerajaan dan Kumpulan Wang Amanah yang masih berbaki besar akan dipindahkan ke Perbendaharaan. Senarai beberapa buah sekolah dipaparkan pada skrin untuk tindakan pengurus terbabit.
 
 
Dasar Kementerian
 
Pengarah seterusnya mengingatkan Pengetua /Guru Besar menghayati dasar-dasar KPM seperti Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Dasar MBM/MBI, KSSR,Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan I Murid I Sukan yang perlu difahami oleh semua guru . Beliau juga menyentuh kedudukan / pencapaian kita 1/3 bawah standard piawaian  dunia berdasarkan PISA dan TIMSS). Sebagai seorang CEO katanya Pengetua/Guru Besar memainkan peranan utama bagi memastikan sekolah mereka sentiasa cemerlang dalam semua bidang . Amalan konsep Guru Penyayang perlu dilaksanakan secara berkesinambungan bagi menggalak ramai pelajar ke sekolah.


Penceramah jemputan

Jabatan telah mengundang khas Dosen Universitas Islam Sunan Gunung Jati Bandung Prof Dr. Sanusi Uwes berkongsi pengalaman mengenai pendidikan di Indonesia. Beliau membicarakan sistem pendidikan di Indonesia yang merangkumi Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD), pendidikan dasar, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi (DI,D2,D3,D4, SI.S2 S3). Beliau menjelaskan kompetensi guru terbagi kepada empat domain utama iaitu, kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian,kompetensi proffesional dan kompetensi sosial sebagai sarana yang menunjang tujuan Pendidikan Nasional Indonesia . Selanjutnya Prof Sanusi menekankan peranan guru sebagai apparat yang berkecimpung secara langsung dalam dunia pendidikan perlu menguasai ilmu pengetahuan dengan membaca , menulis artikel dan  rencana bagi menangani cabaran abad modenisasi yang sarat dengan perkembangan maklumat melalui medium teknologi komunikasi bergerak pantas di seluruh dunia..


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
20 Disember,2012





Keputusan PMR SMKSB 2012

Penilaian Menengah Rendah telah pun diumumkan . Semua calon sudah menerima keputusan pada hari Rabu 19 Disember,2012 di sekolah masing-masing. SMK Sinar Bintang mempunyai seramai 373 orang calon yang menduduki PMR pada tahun ini. Seramai 13 orang mendapat cemerlang A , peratus lulus 63.54 dan gred purata 2.98 . Pencapaian pada tahun ini agak menurun dari segi gred purata dan kelulusan penuh (ABCD) walaupun bertambah bilangan calon yang mendapat cemerlang A. Pertambahan seorang calon  tidak mampu mengubah peratus dan GPS.Kedudukan SMKSB 67/92 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 20 orang calon memperoleh 7A 1B .Gred Purata Negeri 2.60 juga turun berbanding tahun sebelumnya 2.57. Semakin kecil GPS semakin baik ( The smallest index is the highest).

Majlis penyampaian keputusan

Satu majlis ringkas diatur oleh Pn.Rosnah Samlee dan rakan-rakan untuk meraikan pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Pengetua menyampaikan ucapan kepada calon-calon yang hadir bersama ibu bapa masing-masing. Pelajar-pelajar diraikan dengan pemberian sejambak bunga dan sijil penghargaan disampaikan oleh Pengetua. Pelajar-pelajar yang lain kemudiannya mendapat slip keputusan mereka bersama guru guru tingkatan masing masing di Dewan Bestari SMKSB@STAR.













Majlis penyampaian keputusan peperiksaan PMR 


Pencapaian Mata Pelajaran

Beberapa buah mata pelajaran menunjukan peningkatan iaitu Matematik 98.1(95.9-2011), KHB 99.7(98.6),Pendidikan Islam 91.7(81.3), Bahasa Tamil 90.9(66.7) dan Geografi 83.4(82.6). Bagi subjek BM,BI, SEJ. BC dan SAINS sedikit menurun.Pihak sekolah telah merangka strategi untuk peningkatan akademik pelajar melalui PEMBESTARIAN PMR dan SPM dengan memberi fokus kepada klinik bahasa,kem mutiara hati, sentuhan bestari, mento mentee dan beberapa pendekatan akademik bertujuan membantu calon mendapat keputusan cemerlang .Kepada guru-guru saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana bertungkus lumus membuat latih tubi dan gerak gempur . Kita terima keputusan dengan lapang dada. InsyaAllah pada tahun 2013, pelajar SMKSB@STAR mampu mencapai target yang kita sasarkan .


Che'Yahya Che' Soh
Pengetua
20 Disember,2012

  

Wednesday, December 19, 2012

30,474 calon PMR lulus semua A

AHLI perniagaan, Datuk Dr Zulkepli Mohamad, bersama tiga dari empat isterinya dan empat anaknya yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR (dari kiri) Juliana Azieera, 8A, Rafizah Senawi, Zul Azrul, 8A, Hasnah Mat Ya, Zul Azril, 7A, Noreeha Abdul Rahman dan Ayu Syaheera, 8A di Kubang Kerian semalam.
 
 
AHLI perniagaan, Datuk Dr Zulkepli Mohamad, bersama tiga dari empat isterinya dan empat anaknya yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR (dari kiri) Juliana Azieera, 8A, Rafizah Senawi, Zul Azrul, 8A, Hasnah Mat Ya, Zul Azril, 7A, Noreeha Abdul Rahman dan Ayu Syaheera, 8A di Kubang Kerian semalam.
 
Putrajaya: Seramai 30,474 atau 6.92 peratus daripada 481,424 calon yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A bagi semua mata pelajaran. Ia bagaimanapun mencatatkan penurunan 3,797 calon atau 0.85 peratus berbanding 34,271 calon pada 2011.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, berkata bilangan calon yang mendapat E dalam semua mata pelajaran turut berkurangan daripada 346 calon (0.08 peratus) pada 2011 kepada 241 (0.05 peratus) tahun ini.
Katanya, berdasarkan indeks Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Kesenian, Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi menunjukkan peningkatan.

Sebanyak 10 subjek lain, termasuk Bahasa Inggeris (BI), Pendidikan Islam, Sains dan Matematik mencatatkan penurunan.

“Kita belum boleh bagi tahu (punca penurunan), kita kena lihat secara terperinci dengan melakukan kajian membabitkan semua calon dan subjek berkenaan.

“Penurunan prestasi dalam mata pelajaran BI memang dijangka sebab tahun lalu kita mula perkenalkan teks baru komponen Sastera Bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media mengumumkan analisis keputusan PMR di Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

Amin berkata, keputusan PMR kali ini diumum berdasarkan empat perkara, iaitu pencapaian calon secara keseluruhan, calon bandar berbanding luar bandar, calon keperluan khas dan prestasi setiap mata pelajaran.
Katanya, secara keseluruhan, pencapaian calon dalam 17 mata pelajaran tahun ini stabil dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN) kekal pada 2.71 mata seperti tahun lalu.

Sementara itu, pencapaian calon bandar lebih baik berbanding calon luar bandar, namun jurangnya berjaya dirapatkan sebanyak 0.03 mata GPN iaitu daripada 0.29 mata kepada 0.26 mata.

“Bagi calon keperluan khas pula, pencapaian mereka meningkat 0.03 mata GPN, iaitu daripada GPN 4.10 mata tahun lalu kepada 4.07 mata tahun ini.

“Tahun ini, ada 14 calon keperluan khas mendapat keputusan cemerlang (semua A) iaitu pertambahan dua calon. Malah, keputusan tahun ini juga menunjukkan bilangan calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran berkurangan 1.14 peratus,” katanya.

Dari segi mata pelajaran, prestasi Bahasa Melayu meningkat 0.04 mata, di mana calon mendapat keputusan cemerlang (Gred A) meningkat 1.2 peratus daripada 26.3 peratus (2011) kepada 27.5 peratus tahun ini.

Bagaimanapun, prestasi BI turun 0.12 mata daripada 3.11 mata tahun lalu kepada 3.23 mata tahun ini.

“Peratusan calon yang mendapat gred cemerlang dalam BI juga berkurangan 1.6 peratus daripada 18.4 peratus (2011) kepada 16.8 peratus tahun ini.

“Bagi mata pelajaran Sains, prestasinya menurun 0.01 mata daripada 2.77 mata tahun lalu kepada 2.78 mata tahun ini dengan peratusan calon mendapat A juga turun 1.4 peratus daripada 30.2 peratus tahun lalu kepada 28.8 peratus tahun ini,” katanya.
 
Berita Harian Online 20 Disember,2012.

Sunday, December 16, 2012

US teachers died protecting pupils from gunman


US teachers died protecting pupils from gunman

NEWTOWN MOURNS: One shielded children with her body, two others executed when they confronted assailant
NEWTOWN (Connecticut): THREE teachers murdered at Sandy Hook Elementary School all died heroes trying to save their students from a gunman who they recognised as the son of a kindergarten teacher there.
Authorities have identified principal Dawn Hochsprung, 47, school psychologist Mary Sherlach, 56, and Victoria Soto, a young first-grade teacher, as three of the eight adults found dead on Friday.
Twenty-eight people died in the shooting rampage, including alleged gunman Adam Lanza, who took his own life.
Soto sacrificed herself to save her students -- throwing herself in front of the children.
When Lanza began firing at the school, here, some teachers dived under tables but Hochsprung and Sherlach never hesitated.
They ran into the hallway to confront the danger and were murdered execution-style as a result .
The New York Times reports that Hochsprung buzzed Lanza into the school, bypassing the newly-installed security system as she recognised him as the son of Nancy Lanza, a teacher there.
Little did she know that Adam had already killed his mother at the home they shared nearby. He took three of her guns and used her car to drive to the school.
Diane Day, a school therapist, told the Wall Street Journal that she and other teachers were in a meeting with Hochsprung and Sherlach when the shooting began.
"We were there for about five minutes chatting and we heard, 'pop pop pop'," she said. "I went under the table."
The principal and the school psychologist had other ideas. They jumped out of their seat and ran towards the sound of the gunfire.
Rabbi Shaul Praver told MSNBC that Hochsprung and Sherlach were killed execution-style.
Tributes for all educators poured in on Friday night.
A deeply distraught 10-year-old boy, a former student of Soto, said she was "really nice and funny".
Jacob Riley said she liked to chew gum in class, something not usually allowed for teachers.
He said he often teased her about her habit and she teased him back.
Former school superintendent John Reed told the Connecticut Post that Sherlach was warm and cared deeply for her students.
"If there ever was a person, by qualifications and personality, to work with children, to be a school psychologist, it was Mary," he said.
She was married and had two grown daughters in their 20s and enjoyed gardening, reading and the theatre, according to her school biography.
Hoschsprung was divorced, but happily married to her second husband. She regularly tweeted dozens of pictures of her school. DM
New Straits Time  Sunday16 Dicember,2012

nota: Sungguh besar pengorbanan guru sanggup menggadai nyawa demi pelajar  pelajarnya. Deepest condolences.

Che'Yahya Che'Soh
Principal SMKSB@STAR
16 December,2012.








Saturday, December 15, 2012

Jangan Jadi Guru Kerana Terpaksa

Sesungguhnya pekerjaan yang paling mulia disisi Tuhan ialah mengajar dan mendidik manusia mengenal ilmu.Permulaan perintah menyuruh manusia mengenal ilmu ialah melalui IQRA' bermaksud baca. Manusia pertama diajar Allah SWT ialah Nabi Muhammad SAW. Peristiwa di Gua Hira' menjadi bukti autentik kebenaran wahyu yang disampaikan Tuhan kepada Baginda. Malaikat Jibril diperintah Allah mengunjungi NabiNya Muhammad SAW menyampaikan watikah kenabian melalui AlQur'an yang mulia bertujuan  mengajar manusia mengenai ilmu pengetahuan sebagai sarana mengenal Tuhan pencipta manusia dan alam semesta.

Anjuran mencari ilmu 

Manusia memerlukan ilmu pengetahuan untuk meneruskan kehidupan dari belenggu kejahilan.Islam menganjurkan manusia menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad ,bermakna proses pendidikan tidak terhenti selagi manusia masih bernafas. Anjuran mencari ilmu merupakan suruhan yang paling murni untuk mendidik manusia menjadi hamba Tuhan berintegriti . Indahnya ilmu mengajar manusia memilih jalan kehidupan sebagai sistem cara hidup yang syumul ("way of life") sesuai dengan perintah Tuhan " Tunjukilah kami jalan yang lurus" dalam setiap tindakan dan perbuatan. Allah memberi kedudukan yang tinggi dengan kelebihan beberapa darjat kepada orang berilmu dalam kalangan hamba-hambaNya . Permohonan kepada Tuhan tidak seharusnya semasa solat sahaja tetapi perlu diaplikasi dalam setiap gerak kerja semasa berurusan di pejabat, sekolah dan organisasi awam yang memberikan amanah melaksanakan tugas dan tanggungjawab melalui ganjaran (gaji ) yang diterima setiap bulan. 













Sumber Gambar: cikgufizik.com

Keikhlasan dan kepercayaan

Ungkapan ikhlas senang dilafazkan tetapi sangat berat untuk dilaksanakan kecuali bagi mereka yang benar-benar bersih dan suci hatinya. Ada ketikanya hati berasa seperti tidak ikhlas melakukan sesuatu tugas tetapi kerana terpaksa mesti dilaksanakan juga. Melakukan sesuatu suruhan kerana terpaksa umpama bidalan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.Jika amalan seperti ini berleluasa sudah pasti produktiviti sesebuah organisasi merosot dan merudum . Keikhlasan dan kepercayaan merupakan dua elemen yang perlu dimiliki setiap penjawat awam samada pegawai, guru, pengurus, pemimpin dan ketua  bagi menjamin kecemerlangan sesebuah organisasi.  

Jangan jadi guru kerana terpaksa

Membangun minda manusia berilmu dan berintegriti merupakan matlamat utama pendidikan.Orang yang bertanggungjawab mewarnai kehidupan pelajar ialah ibu bapa,guru ,masyarakat dan penguasa. Tugas guru sangat mulia kerana mendidik dan mengajar mengenal tulis, baca dan mengira. Menjadi  guru kerana terpaksa  menyebabkan anak didik merana kerana bekerja  bukan dari hati  pasti menjejaskan reputasi ,mencemarkan personaliti dan imej diri.Memilih profesyen perguruan sebagai kerjaya alternatif kerana tidak  mendapat pekerjaan lain,sedikit sebanyak mempengaruhi pedagogi dan kecemerlangan  pendidikan negara.Tugas guru bukan "trial and error" kerana  kerjaya ini memerlukan personel yang benar-benar mencintai dunia ilmu sehingga sebati dengan dirinya menjadi pendidik sejati (sengoti).
 
Guru sejati

Guru sejati tetap dikenang kendatipun (walau pun) ia telah kembali menemui Illahi. Jasa dan khidmat bakti semasa hayatnya terus mengalir umpama anak sungai yang tidak pernah putus membawa pahala yang berkekalan disisi Tuhan.Subhanallah. Di sekolah berlaku proses pedagogi secara ilmiah sementara di rumah pula menerusi pendidikan keluarga yang mencorak rupa bentuk tingkahlaku pelajar. Kesepaduan hubungan antara peranan guru dan ibu bapa menjadi indikator kemajuan pelajar. Kepercayaan ibu bapa kepada sekolah tidak perlu dicurigai kerana semua guru mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Ditangan guru lahirnya ulama, umarak ,pemimpin dan ribuan cendekiawan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Hargailah setiap  jasa guru yang mendidik tanpa jemu sehingga  manusia mampu  mengenal ilmu untuk membina sebuah kehidupan yang diredhai Tuhan.

Don't force yourself to be a TEACHER.


cetusan minda
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Ahad 16 Disember,2012.

Friday, December 14, 2012

My Victory Achievement

I used to write everything in my victory site. Since introduced  in 2009, my page views  increased  up to 39,000  readers. Most articles regarding on Education Development System and  teaching learning process.We are committed to teach student's with various knowledge and multiple of skills as part of our commitment.We want to produce quality student's with high level of thinking and self esteem for the better future. We will enhance their potential to ensure they have confidence in life. People's sometimes complain that school do not appreciate them enough.This phenomena happen between school administrative and public interest should be overcome politely.We have clear guideline with Standard Operational Procedure (SOP)which is tied by the Ministry of Education. The SOP implement  base on Education Act 1996 (Act 550) for all schools in Malaysia.

















SMKSB@STAR my second school. I really Love STAR


School Role

To assure school always secure and conducive, visitor's must follow the rules and regulations when entering school compound. School is prohibited area.No one can easily access.They are advise to introduce their identity to security guard first before meet student's and teacher's. No one were allow to go direct to the classroom  without any permission from the authorities. Parent and visitor's must use proper attire (suitable dress) to enter school premise.We do not encourage any one wearing short and simple dressing  in school  compartment. We should apply good ethics  to improve school discipline manners at all time.The rules and regulations applicable for student's, teacher's parent's  and visitor's for peace , harmony and prosperity of school citizen . Thank you

Che'Yahya Che'Soh
Principal SMKSB@STAR
Saturday 15 Disember,2012

Perkara 161 mesti digubal kekal kekebalan bahasa Melayu


Perkara 161 mesti digubal kekal kekebalan bahasa Melayu

Oleh Teo Keok Seong
Hasrat untuk mengadakan kajian semula perundangan terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 oleh sesetengah pihak adalah tindakan yang membelakangkan semangat musyawarah yang dipupuk dalam sistem demokrasi ketimuran yang kita amalkan. 

Tindakan seteru ini yang menamakan Menteri Pelajaran dan Kementerian Pelajaran sebagai responden pertama dan kedua dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu, memperlihatkan betapa kurangnya sifat kesusilaan pada sesetengah daripada kita untuk berunding walaupun diberi kesempatan berbuat demikian sehingga akhir tahun. 

Antara perkara yang dituntut adalah perintah untuk membatalkan PPPM yang didakwa melanggar Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 2 Perjanjian 20 Perkara Penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Sabah. Perkara 161 merujuk kepada kebebasan penggunaan bahasa Inggeris di Sabah dan Sarawak, sehingga tempoh sepuluh tahun selepas penubuhan Persekutuan Malaysia. Begitu juga halnya dengan Perkara 2 yang antaranya menuntut agar bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi untuk semua bidang, dengan tiada had tempoh langsung. 

Justeru, kajian semula perundangan itu bertujuan memohon perintah agar kedua-dua responden mematuhi keperluan seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan dalam menggubal PPPM. Jika tidak, ia akan cuba mendapat perisytiharan bahawa PPPM digubal dengan kuasa perundangan yang tidak adapun pada Menteri Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.

Ketepi nasionalisme



Tindakan itu walaupun sah di sisi undang-undang negara, sebahagian daripadanya boleh ditafsirkan sebagai perbuatan yang membelakangkan nasionalisme linguistik bahasa Melayu. Ia memperlihat betapa tidak bangga dan tidak yakinnya sesetengah daripada kita kepada kemampuan bahasa Melayu, khususnya untuk memajukan rakyat.


Tindakan ini juga boleh ditafsirkan sebagai perbuatan memperkecilkan kedudukan bahasa Melayu, yakni bahasa pribumi yang juga bahasa negara ini, di sisi bahasa Inggeris, iaitu bahasa asing, di tanah watannya sendiri. 


Dalam konteks ini, bahasa Melayu boleh dikatakan sebagai satu-satunya bahasa negara di dunia ini yang tidak disanjungi sepenuhnya oleh setiap lapisan dan sektor masyarakat, sama ada kelas sosial rendah atau tinggi dan penduduk asal atau bukan asal. Sikap begini boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati kedudukan agung bahasa Melayu di sisi undang-undang. 

Sudah tiba masanya Perkara 161 disemak untuk dipinda. Keperluan perundangan tempoh sepuluh tahun itu sepatutnya sudah lama diperbetul. Kini selepas hampir 50 tahun penubuhan Persekutuan Malaysia, pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bukan saja masih belum tercapai sepenuhnya tetapi sering dijadikan isu yang boleh menjadi sensitif dan mencetuskan pergaduhan kaum seperti Rusuhan Etnik 1969.

Pinda Akta Bahasa Kebangsaan

Sehubungan ini, Akta Bahasa Kebangsaan perlu dipinda lagi selepas beberapa kali diperbaiki sejak 1957 kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa negara terus dipertikai. Ia perlu segera dilakukan untuk memberi penegasan sekali lagi mengenai taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa negara, lebih-lebih lagi sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal.

Akta Hasutan yang pernah digunakan untuk menghalang perbincangan awam mengenai isu yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat, perlu digunakan semula. Ia amat perlu kerana terdapat pihak yang cuba membangkitkan isu bahasa rasmi ini, khususnya secara penuh acuman, melalui pelbagai cara.

Sesungguhnya setelah sekian lama penubuhan Persekutuan Malaysia, bahasa Melayu yang juga bahasa negara, sudah pun difahami oleh warga negara Malaysia bukan saja dalam pengertian perundangannya. Tetapi lebih penting lagi dalam takwil emosi dan moralnya. Dalam hal ini, mereka perlu mempunyai perasaan bangga, sayang dan setia kepada bahasa Melayu, selain memperlihat kelakuan positif terhadapnya.

Sebagai bahasa negara, bahasa Melayu perlu digunakan oleh setiap warga negara dalam semua bidang dan kegiatan hidup. Ia sebetulnya bahasa setiap warga negara yang mempunyai kesetiaan kepada Malaysia.



Penulis ialah Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Sumber:Berita Harian Online  Sabtu 15 Disember,2012

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...