Dengan izin Allah jua kami berdua selamat tiba di UK pada hari Jumaat 28 November 2014 dengan penerbangan Emirates.Penerbangan dari KLIA ke Dubai selama 7 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Manchester selama 7 jam lagi.Cuaca di bawah 9 darjah celcius menyambut kami di lapangan terbang Manchester dengan penuh kabus.Anak Siti Aisyah Che Yahya bersama suami sedang dalam perjalanan dari Sheffield menjemput kami.Terkial kial memandu dalam keadaan cuaca berkabus melalui jalan 'snake pass' yang masih diselimuti kabus pagi.Keadaan cuaca yang tidak menentu sekejap ada matahari esoknya terlalu dingin mewarnai kehidupan masyarakat England.Aisyah sudah enam tahun bekerja di sini sebagai Farmacist sebaik tamat dari Universiti of Nottingham. Pengalaman berada jauh di rantau orang menyebabkan Aisyah lali dengan keperitan hidup berjauhan terisolir di Grimsby seorang diri selama satu tahun menjalani praktikum dengan Llyoud Pharmacy sebelum bertukar ke Sheffield setahun kemudian hingga kini.
Merasai Autum
Cuaca musim autumn yang sejuk dengan suhu 3-5 DC setiap hari membuatkan saya agak kewalahan di sini.Berbaju tebal dua tiga lapis untuk ke kedai dan berjalan sekitar bandar menjadi kebiasaan.Sebelum ini kami hanya sampai ke sini dalam musim panas tetapi kali ini terpaksa berdepan dengan suasana kehidupan yang sangat jarang saya rasai.Manusia perlu beradaptasi dengan persekitaran mereka berada untuk kelangsungan kehidupan. Hebatnya Allah mengatur iklim di muka bumi mengikut musim tetapi terlalu sedikit manusia yang bersyukur dengan kehidupan ini. Matahari sumber pemanasan di bumi, namun hanya sesekali sahaja ia memancarkan cahaya.Malam lebih panjang dari siang membuatkan tidur berasa terlalu lama menunggu tibanya pagi.Demikian rotasi alam yang ditentukan Tuhan untuk manusia berfikir dengan mata hati setiap peristiwa yang berlaku di muka bumi.Pokok-pokok kelihatan mati tetapi sebenarnya daun-daun berguguran meninggalkan dahan dan ranting. Musim sejuk akan tiba mungkin membawa salji tebal menyelubungi kehidupan masyarakat di sini.
Pengangkutan awam
Tidak dapat dinafikan sistem pengangkutan awam di negara-negara maju memang cekap, pantas dan tepat waktu. Pengguna tidak perlu risau mendapatkan perkhidmatan yang di sediakan. Satu tiket untuk semua kenderaan bas dan train sepanjuang hari, bulan bergantung kepada nilai yang di beli pengguna untuk tempoh tertentu.Orang sini suka berjalan malah kadang-kadang sampai 5-6 km sudah menjadi kebiasaan kepada mereka untuk menjimatkan wang atau mungkin memanaskan badan kerana cuaca sejuk.Sesuatu yang baik perlu kita contohi seperti kejujuran dan tidak menipu sekalipun menaiki teksi untuk ke sesuatu destinasi yang jauh.Hari cepat gelap baru pukul 4.00 petang seperti jam 10.00 malam di Malaysia sebaliknya bila musim panas pula siangnya panjang, jam 9 malam masih terang dan cerah. Demikian perlakuan alam yang menjalankan perintah Allah untuk menstabilkan ekosistem kehidupan di bumi.Waktu solat Zuhur 11.57 pagi, Asar 1.57 tengahari, Maghrib 3.31, Isyak 5.51 dan Fajar 5.57pagi. Subhanallah.
Che Yahya Che Soh
Upper Allen Street
Sheffield UK.
Jumaat 5 Disember,2014.

No comments:
Post a Comment