Kemajuan sesebuah negara ditentukan oleh sistem pendidikan yang diterima rakyatnya. Pembangunan pendidikan telah melalui beberapa fasa penting sejak negara mencapai kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957.British memperkenalkan sekolah aliran Inggeris di Tanah Melayu dan sistem pendidikan kebangsaan bermula sebaik negara ini mencapai kemerdekaan sendiri.Dalam tahun-tahun 1969-1970an, masih terdapat dua aliran (main stream) dalam sistem pendidikan kita iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan. Pelajar-pelajar yang terdiri dari kalangan ibu bapa orang berada akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah beraliran Inggeris manakala para pekebun, penoreh dan petani kecil terpaksa meneruskan persekolahan anak-anak mereka di Sekolah Kebangsaan.Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang menyekolahkan anak-anak mereka ke Tingkatan satu dalam aliran Inggeris dengan memasuki Kelas Peralihan (Remove Class) walau pun terpaksa bergolok bergadai menahan keperitan hidup kerana terpaksa membayar yuran $7.50 setiap bulan.Jika lebih 10 haribulan Guru Kelas akan memanggil pelajar yang belum jelaskan bayaran dan mereka terpaksa berdiri di luar corridor sepanjang hari kerana tidak mampu melunaskan yuran bulanan.Ibu bapa dan masyarakat tidak pernah bising walau pun tindakan yang di kenakan agak memalu dan merencatkan minat pelajar.
Pengantar Bahasa Inggeris
Kebanyakan sekolah-sekolah elit seperti MCKK, VI, ALAM SHAH, SEKOLAH KOLAM AYER, dan sekolah-sekolah ternama di Kelantan seperti KAMIL,SULTAN YAHYA PETRA, SIC (sekadar beberapa contoh) menggunakan pengantar Bahasa Inggeris.Sistem pensijilan juga dalam dua kategori iaitu LCE,MCE dan HSC untuk pelajar dalam aliran Inggeris dan SRP,SPM dan STP bagi mereka beraliran Kebangsaan. Kualiti pelajar yang di hasilkan dari sistem persekolahan dahulu amat membanggakan. Mereka mempunyai kredibiliti yang tinggi dan kebanyakannya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan seperti MCS, Guru, Peguam, Hakim, Jurutera yang berwibawa dalam kerjaya masing-masing.Penguasaan Bahasa Inggeris cukup baik walau pun teknologi masih belum wujud seperti hari ini.Budaya sosialisasi dalam kalangan penduduk sangat rapat saling bantu membantu antara satu sama lain. Jika anak-anak berjaya memasukki Universiti seluruh kampung turut bangga dan menghulurkan bantuan sekadar termampu. Ikatan ukhwah yang terbentuk menjadi neraca kemajuan pendidikan masyarakat pada waktu itu.
Refleksi masa lalu
Mengimbau persekolahan dalam beberapa dasawarsa yang lalu, para pelajar terpaksa membeli buku teks sendiri dan membuat ujikaji di makmal secara praktikal sehingga mereka mahir menggunakan pelbagai radas dan bahan-bahan untuk melakukan eksperimen. Pelajar boleh melukis retort,burret, penunu bunsen,kelalang, bikar, tabung uji dan mencampurkan bahan-bahan kimia dengan hanya di selia oleh guru ketimbang masa kini kebanyakan guru yang melakukan secara demonstrasi kepada pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang di ajar.Semua subjek di ajar dalam Bahasa Ianggeris kecuali Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Setiap hari telinga pelajar Melayu mendengar leteran guru dalam Bahasa Inggeris menyebabkan mereka faham dan fasih bertutur dengan baik. Jika pelajar bercakap Melayu, di denda 10 sen oleh guru bertugas. Wang ini akan masuk dalam tabung sekolah untuk kegunaan pelajar.Itu senario yang berlaku dahulu dan pastinya jauh sekali dengan hari ini yang kebanyakan pelajar dan ibu bapa terlalu manja dengan pendidikan anak-anak mereka.Hari ini semuanya gratis, buku teks tak perlu beli, yuran peperiksaan percuma, pelajar miskin ada KWAM tetapi masih ramai yang kurang bersyukur.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 23 November,2014.

No comments:
Post a Comment