Kehidupan manusia di jagat raya ini di penuhi dengan pelbagai peristiwa. Setiap orang di uji Allah dengan berbagai cara. Ada yang sakit berpanjangan terlantar di katil-katil hospital, ada pula yang terpaksa menempuh kesulitan dengan kekurangan wang untuk membiayai keluarga, ada juga yang terpaksa merempat menumpang rumah sanak saudara kerana musibah melanda seperti banjir, tanah runtuh, puting beliung dan tidak kurang juga yang mengalami gangguan dalaman sehingga kestabilan emosi terjejas teruk menyebabkan seluruh jasad tidak lagi berfungsi untuk melaksanakan aktiviti kehidupan.Setiap penyakit atau musibah yang datang bukannya berpunca dari Tuhan tetapi ulah manusia sendiri yang gagal mematuhi setiap peringatan yang di datangkan Al Qur'an dan pesan Nabi SAW. Berbagai punca penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, sakit jantung, paru-paru dan penyakit fizikal lainnya kerana kecuaian dan kelalaian manusia sendiri yang tidak cermat menjaga kesihatan diri.Makanan dan minuman merupakan faktor penyumbang kepada wabak penyakit.Justeru Allah meminta manusia memilih makanan yang baik lagi halal bertujuan mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit berbahaya.Al Qur'an menuntut kita mencari kebaikan (makruf) dalam segala aspek dengan menjauhi perkara haram (mungkar) yang tidak menguntungkan diri, masyarakat dan negara.
Menyeru kebaikan
Sekarang ini kemungkaran, kefasadan dan kebobrokan sosial cukup mengenas dan terlalu sadis.Buang bayi sudah lali, pembunuhan menjadi berita biasa,sumbang mahram dan bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan menjadi lumrah dalam kehidupan masyarakat.Hubungan sosialisasi semakin jauh dan rapuh sehingga menghancurkan nilai-nilai moral yang menjadi tunjang peradaban umah.Parahnya sosialisasi masyarakat jika tidak dibendung dengan nilai kebaikan boleh menghancurkan tamadun bangsa dan meruntuhkan negara. Bayangkan dalam tempoh 10 atau 20 tahun mendatang apa akan berlaku kepada institusi keluarga, masyarakat,bangsa dan negara sekiranya krisis sosial tidak di bendung secara konsisten. Perkara yang tidak pernah terfikir oleh kita berlaku di depan mata. Mengapa begitu tragis sekali bobroknya masyarakat abad ini yang telah hilang nilai keinsanan? Pegangan Agama senipis kulit bawang kerana terlalu jauh dari Tuhan.
Memakmurkan Kebaikan
Hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebaikan iaitu menyeru yang makruf dan mencegah kemungkaran ,merekalah orang-orang yang beruntung (Al Imran 104). Demikian intipati Al Qur'an tentang manusia.
sumber: dudung.net
Kebaikan walau pun tidak digalakan untuk di publisiti tetapi dalam hal-hal tertentu perlu di perkasa untuk mengajak manusia berbuat makruf.Salah satu pendekatan ialah melalui tulisan yang sungguh bermanfaat untuk di pamerkan secara terus (live) tanpa perlu mengajak mereka ke Masjid atau Surau untuk solat pada peringkat permulaannya. Ego dan tabiat manusia sukar menerima nasihat walau pun berkali-kali di beri peringatan masih belum berubah. Pihak berwenang perlu mempromosi melalui berbagai saluran media baik elektronik mau pun cetak untuk mendidik umah terutama anak-anak muda yang nilai imannya terlalu jauh. Mempublisiti Rukun Iman, Rukun Islam di tempat-tempat strategik boleh mengingatkan kita kepada kebesaran Allah SWT. Di sepanjang lebuh raya perlu di pasang iklan bergambar mengenai kebaikan seperti kemusnahan alam lingkungan di sebabkan tangan manusia dan Asma Allah untuk mengingatkan manusia tentang kebesaran Tuhan yang mencipta seluruh cakrawala termasuk bumi tempat bermukimnya manusia, haiwan dan tumbuhan sejak jutaan tahun perlu di lestari untuk kesejahteraan sejagat.Allah sesekali tidak menzalimi hambaNYa.Kemusnahan kehidupan di sebabkan tangan manusia sendiri yang tamak haloba sehingga mengundang bala bencana menyebabkan hilangnya jiwa seperti berlaku di Tanah Tinggi Cameron beberapa hari lalu.Inilah akibatnya apabila manusia tidak beradab dengan alam.
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR,
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 15 November,2014.

No comments:
Post a Comment