Friday, December 12, 2014

Sejuknya Sungguh Menyeksakan

Pengalaman berada di UK dalam musim sejuk sungguh menyeksakan diri terpaksa berbungkus beberapa lapis baju masih tetap terasa kedinginan melampau. Cuaca yang sangat sejuk hingga menggigil seluruh badan mewarna kehidupan masyarakat UK dan negara negara 4 musim. Perut cepat lapar minta di isi. Urinari sistem aktif berfungsi mengeluarkan ekskresi cairan lebih kerap.Botol kosong menjadi teman setia setiap kali menuju bilik air kerana tiada paip untuk menyucikan kotoran.Antara bersih dan suci dua perkara yang berbeza.Islam mengajar umatnya dengan penuh teliti terutama berkaitan thoharah. Musim sejuk (winter) menyebabkan banyak penggunaan tenaga elektrik untuk memanaskan badan dan pastinya bil melambung musim ini.Cuaca -1 walau pun cerah tidak mampu memanaskan badan. Subhanallah.

Pak cik tinggal sini ke

Selepas menunaikan fardu Jumaat yang di sambung dengan solat Asar kerana waktu terlalu rapat saya ke Tesco membeli sayur dan telur bersama menantu.Saya menegur seorang pelajar kita yang menyambung pengajiannya di sini. Beliau bertanya Pak Cik tinggal sini ke? Saya kata datang tengok anak dah dua minggu. InsyaAllah balik Malaya hujung bulan ni. Kami berbual seketika sementara menunggu membayar di kaunter. Ramai pelajar Malaya di sini. Kebanyakan mereka tinggal di sekitar Haverlock Street dan sekitar Uni Sheffield.Di situ mudah untuk mendapatkan makanan halal seperti ayam, daging dan bahan-bahan keperluan lain yang sesuai dengan lidah melayu di kedai Yafai and sons pedagang Arab Yemen yang bermastautin di Sheffield sejak berdekad.Pelajar Malaya sangat arif dengan tempat ini.Kini sudah lebih dua minggu berada di sini namun saya perhatikan tiada 'mat rempit' yang berlumba di lebuh raya atau sekitar bandar. Lahiriahnya nampak tenang dan terurus.

Where are you from

Sewaktu kami berjalan jalan ke sekitar deretan kedai dan menunggu utk mengambil tram seorang mat salleh bertanya 'where are you from' ? Saya kata dari Kuala Lumpur. Oh good weather there katanya kepada saya. Memang benar Malaya negara yang indah dan cantik dengan iklim tropika panas dan hujan sepanjang tahun.Kita tak perlu berbungkus badan setiap kali keluar rumah seperti negara negara lain. Buah-buahan tempatan jenuh. Durian,rambutan, dokong dan berbagai lagi termasuk petai, jering, kerdas dan ulam ulaman yang menjelirakan.Itulah keistimewaan Malaya yang kaya dengan hasil bumi. Lahannya subur mengandungi pelbagai spesis tumbuh tumbuhan untuk kelestarian generasi tetapi terlalu sedikit yang bersyukur. Bukit bukit di ratakan atas nama pembangunan yang tidak pernah berpenghujung mengundang bencana yang dahsyat seperti berlaku di Tanah Tinggi Cameron beberapa minggu lalu.

Perjalanan ke York

Kami empat beranak menuju York untuk membeli sedikit buah tangan yang di pesan anak anak. Perjalanan sejauh 1jam melalui kawasan pemandangan hijau sungguh menyegarkan. Saya terpandang papan tanda Scarborough segera terbayang tempat yang saya pernah sampai beberapa tahun lalu.Scarborough berdekatan pantai kira kira 1 jam 45 minit dari York.Sesuatu yang baik perlu di contohi ialah amalan WalAsr dalam semua keadaan. Tidak seperti kita yang selalunya kurang menepati janji.



















Che Yahya Che Soh
Upper Allen Street
S3 7 GN Sheffield
14 Disember 2014.

2 comments:

  1. Informasi yang cukup memancing untuk kita ke sana.......

    ReplyDelete
  2. Tqvm Tn Hj kerana mengikuti perjalanan Victory. Cerita dan pengalaman sebenar yang di alami semasa Winter di sini.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...