Menjadi pemimpin atau ketua sesebuah organisasi samada pertubuhan atau badan kerajaan tidak terlepas daripada pemerhatian pengikut dan masyarakat umum.Kekuatan pemimpin bergantung kepada pengikut yang setia menjalankan tugas dan tanggungjawab memajukan organisasi.Suara pemimpin atau dalam struktur perkhidmatan di sebut arahan berdasarkan Perintah Am (General Order) dan pekeliling adalah wajib di patuhi. Itu dalam konteks perkhidmatan awam tetapi lain pula dengan pertubuhan sosial dan kebajikan di mana setiap ahli persatuan terikat dengan syarat dan terma yang dipersetujui bersama. Walau apa pun struktur organisasi yang di terajui, seseorang ketua berperanan memimpin, mengurus dan mentadbir organisasi dengan penuh hikmah dan bijaksana. Karisma Ketua menjadi indikator kekuatan organisasi. Seorang Pengetua atau Guru Besar yang di amanahkan memimpin sekolah tidak terlepas dari pemerhatian masyarakat. Tanggungjawab dan amanah yang di pikul walau pun terlalu berat, Pengetua perlu bijak mengatur bicara dalam berurusan dengan anggota organisasi lebih-lebih lagi berdepan dengan orang ramai kerana setiap butir bicara yang keluar dari mulut pemimpin mencerminkan sikap dan kewibawaan organisasi.
Fungsi Ketua
Ketua ialah orang yang boleh di percayai, di lantik dan di pilih berdasarkan kewibawaan dan personaliti yang tinggi, mempunyai ilmu, kemahiran dan kecekapan memimpin, mengurus dan mentadbir dengan baik. Melalui ilmu, ketua berperanan merangka framework memajukan organisasi mencapai matlamat dan objektif yang di tetapkan.Seseorang pemimpin yang berwibawa mempunyai kekuatan intuitif yang tinggi mampu membaca suasana dan tingkahlaku anggota organisasi dengan memerhati setiap kelemahan, mencari kekuatan, melihat peluang dan menjangka berlakunya ancaman untuk merungkaikan masalah. Melalui perancangan strategik yang mantap bersama pembantu mereka, matlamat organisasi dapat disasarkan dengan tepat.Fungsi ketua ialah merungkaikan masalah bukan nya mengusutkan keadaan.Tingkah laku anggota organisasi berbagai kerana pendapat yang berbeza namun dengan kebijaksanaan Ketua mampu meredakan ketidakakuran yang berlaku.Seseorang Ketua perlu bijak menapis setiap maklumat yang datang kepadanya dan lebih penting tidak menerima bulat-bulat setiap dakwaan yang di terima tanpa membuat pemerhatian dan kajian sendiri untuk berlaku adil kepada semua anggota yang di pimpinnya.
Menjadi ikutan
Ketua menjadi ikutan pengikut dalam banyak hal.Personaliti dan kredibiliti pemimpin menjadi sorotan pengikut. Setiap ekspresi wajah mencerminkan mood pemimpin apa lagi jika di iringi dengan nada suara yang kurang menyenangkan pastinya pengikut menjadi kaget dan gusar untuk berurusan dengan ketua.Mengikut kajian Harvard Business Center seperti di kutip Dr. Shafie Md Amin dalam bukunya "You Are The Best " mengatakan 85% kejayaan organisasi di sebabkan kepimpinan,hanya 15% sahaja kerana kecekapan pengurusan.Di lihat secara statistik memang benar unjuran ini kerana pemimpinlah yang menjadi tonggak kecemerlangan atau kemeruduman organisasi. Pemimpin yang bermotivasi mampu mencipta kejayaan kerana wawasan mindanya sentiasa memandang futuristik.Pemimpin yang mempunyai aura seperti ini mengamalkan prinsip kejujuran intelektual yang meletakkan kepentingan awam melebihi tuntutan pribadi. Umumnya mereka boleh di percayai menggalas tugas dengan baik untuk menghasilkan produktiviti yang memberangsangkan.Kejujuran intelektual yang menjadi amalan pemimpin sebenarnya merupakan formula keberhasilan organisasi kerana anggota bawahan lebih meyakini dan senang bekerja dengannya.
Pemimpin sengoti
Berbagai teori kepimpinan dan pengurusan di bicarakan tokoh-tokoh besar dunia mengenai pembangunan organisasi dalam sektor awam mau pun korporat untuk memaksimakan perkhidmatan dan produktiviti mereka. Tidak semua teori boleh diaplikasi secara pratikaliti tetapi perlu mengadaptasi dengan suasana dan budaya organisasi yang di pimpin.Pembangunan organisasi secara mapan di mulai oleh sistem pengurusan berkualiti melalui kepimpinan dinamik dan berstrategik. Keupayaan merubah senario kerja bergantung kepada kemampuan seseorang ketua mempengaruhi anggota organisasi untuk bekerja secara berpasukan. Pemimpin sengoti (sejati) meletakan jiwa raganya kepada organisasi yang di pimpin dengan penuh tanggungjawab kerana menyedari bahawa setiap pemimpin akan di persoalkan di depan Mahkamah Tuhan di Mahsyar dengan adil dan saksama.Pemimpin sengoti berusaha membawa organisasi secara Qur'anik sebagai tujuan utama pengurusan berintegriti. Setiap tindakan dan tutur bicaranya semasa memimpin manusia di dunia tidak terlepas daripada pengetahuan Allah SWT yang sangat mengetahui segala rahsia baik tersembunyi atau nyata ,terutama yang ada dalam hati dan dada manusia.Pemimpin sengoti ialah seperti Umar Ab.Aziz yang sangat zuhud dengan dunia.
Wallahua'lam
CHE YAHYA CHE SOH
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 17 November,2014.

No comments:
Post a Comment