Planet bumi tempat bermukim organisma hidup termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan melata menjadi saksi keagungan Tuhan. Bumi yang berusia jutaan tahun secara perlahan mengalami evolusi dan erosi kerana berbagai faktor seperti gempa, tsunami, banjir besar, tanah runtuh, ribut dan angin kencang sehingga memusnahkan kehidupan.Keadaan cuaca yang tidak menentu panas di sebelah pagi hujan lebat beserta guruh dan petir pada petangnya mencemaskan penduduk kota.Peristiwa yang berlaku ke atas sebahagian bangunan SMK Tinggi Setapak semalam sungguh mencemaskan walau pun tidak ada korban nyawa. Hujan yang turun sekitar jam 3.00 petang bersama ribut menerbangkan atap sekolah dan serpihannya terkena tingkap Bas yang di parkir di garaj. Bilik Guru bersepah dan sisa sisa kayu berterbangan di lantai. Bersyukur ketika kejadian tidak ada pelajar dan guru kerana hari cuti mingguan. Saya segera menghubungi sahabat saya Pengetua Naseh Hassan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
En. Naseh Hssan
Pengetua SMK Tinggi Setapak
En. Naseh Hssan
Pengetua SMK Tinggi Setapak
Sebahagian bumbung SMK Tinggi Setapak jatuh
berterbangan akibat angin kencang.
Tingkap Bas terkena serpihan kayu yang jatuh
Pengaruh angin
Bayu yang bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa boleh menyegarkan minda dan perasaan seorang petani sawah sedang berehat di dangau sambil menghisap rokok daun gulung bersama secawan kopi melepas lelah menggala di bendang.Hembusan angin permatang membuai lembut boleh melelapkan mata seketika. Angin juga boleh tindak ganas dengan kelajuan lebih 150km perjam sehingga melumpuhkan seluruh kehidupan. Allah yang mencipta angin, menggerakan awan berkumpul di udara kemudian turunnya hujan membasahi bumi mengikut kadar tertentu. Bumi yang tadinya mati kembali subur menerima air untuk membolehkan makhluk hidup menjalani aktiviti harian dengan sempurna.Seandainya taburan hujan dalam kuantiti yang banyak bumi melimpah tambahan pula dengan timbunan sampah sarap yang di buang manusia mempercepatkan berlakunya banjir kilat.Molekul molekul tanah bergerak perlahan namun pasti mengurangkan diameternya saban tahun. Proses ini terus berlangsung tanpa henti sehingga bumi semakin mengecil dan lemah.Bertambah parah lagi apabila tangan-tangan manusia menerobosi alam tanpa peduli sehingga kawasan tadahan air semakin terancam. Bukit bukit di gondol secara haram untuk aktiviti pembangunan dan keuntungan sementara sehingga mendatangkan musibah fatal kepada manusia lain.Habitat haiwan musnah terpaksa mengungsi diri jauh ke hutan mencari penempatan baharu kerana ulah manusia yang tidak beretika. Apabila manusia terlalu rakus dan tidak beradab dengan alam, tunggulah balasan Tuhan yang pasti datang dengan ancaman mengerikan.
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 16 November,2014.
No comments:
Post a Comment