Penulisan merupakan sebuah kompilasi pemikiran berdasarkan penerokaan ilmu, kemahiran, pengalaman dan keupayaan minda menterjemah setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan.Pengalaman merupakan guru yang paling baik. Itulah ungkapan yang selalu kita dengar di ucapkan oleh kebanyakan penulis. Orang berilmu mendapat darjat yang tinggi di sisi Tuhan.Minda manusia seumpama kilang (ware house) untuk mencerakin, menganalisis dan mengklassifikasi segala maklumat yang di terima setiap saat.Manusia yang mengupayakan pengunaan minda fikir untuk mengolah setiap informasi memberi kekuatan kepada sel-sel otak berfungsi dengan sempurna bagi menjana ilmu secara berterusan.Kekuatan manusia terletak kepada kemampuannya berfikir secara bijaksana dalam merungkaikan sesuatu masalah. Kebijaksaan merupakan ciri orang berilmu kerana adunan ilmu, kemahiran, kepakaran dan pengalaman menjadi indikator kecemerlangan individu.Membaca ialah jambatan ilmu. Melalui pembacaan manusia mampu menulis dengan baik. Ada orang menulis kerana semata-mata berminat menuangkan ilmu, tidak kurang juga menjadikan profesi dalam kehidupan.Walau apa pun bentuk penulisan yang disajikan seharusnya berfokus kepada penyebaran ilmu pengetahuan untuk kebaikan umah.
Mengasah otak
Penulisan sebenarnya boleh menajamkan pemikiran kerana sel-sel otak cergas berfungsi untuk mengkordinasi sistem tubuh kita. Setiap pergerakan dalaman di kawal secara berimbang oleh Cerebellum, Cerebrum dan Medulla Oblongata yang terkandung dalam struktur dan fungsi otak manusia yang sungguh menakjubkan. Subhanallah. Melalui kemajuan daya fikir manusia mampu mencipta berbagai teknologi moden yang sophistikated untuk memudahkan perhubungan dan mendekatkan perjalanan ke sesuatu destinasi di belahan bumi.Otak organ utama yang mencerminkan kepribadian dan tingkah laku manusia. Intelektualiti bukan hanya di ukur melalui kesarjanaan yang di miliki kerana ramai cerdik pandai tetapi kurang bijaksana merungkaikan sesuatu isu yang membabitkan sumber manusia menyebabkan terencatnya pengurusan organisasi.Gabungan ilmu, amal dan iman melahirkan ehsan yang menjadi indikator kecemerlangan hidup.Ramai ilmuan tetapi keberkatannya kurang kerana tidak ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada orang awam.Orang berilmu mempunyai keindahan budi dan kesantunan akhlak dalam menyampaikan pesan Tuhan kepada manusia.Tulislah ilmu itu bukan kerana nama tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah SWT sebagai tanggungjawab sosial kita kepada umah.
Sampaikan walau satu ayat
Tuntutan Nabi SAW jelas dalam konteks penyebaran ilmu iaitu " Balighu anni walau aayah" sampaikan dari ku walau pun satu ayat.Setiap kalimah suci yang turun kepada Baginda tidak di simpan malah semuanya di sampaikan kepada umah dari sekecil-kecilnya seperti membuang halangan di jalan hinggalah kepada pengurusan dan pentadbiran negara yang berpandukan piawan Tuhan untuk memakmurkan bumi. Manusia berilmu mengenal diri melalui proses penggalian fakta kehidupan secara saintifik mengenai pertumbuhan dan reproduksi organisma yang di cipta Tuhan supaya benar-benar menjadi hamba yang bertaqwa (takut) kepadaNya dalam setiap keadaan dan suasana. Allah menjelaskan manusia berasal dari tanah, kemudian daripada air mani yang hina seperti mana ungkapan Al Qur'an MIMMA IMMAHIN. Allah masukkan Ruh membolehkan manusia bergerak, berfungsi terhadap setiap rangsangan yang datang dari luar. Semasa dalam kandungan ibu manusia hidup bergantung kepada materi yang di terima oleh ibunya sehinggalah lahir ke dunia dengan Izin Allah jua tetapi terlalu sedikit mereka yang bersyukur, Qalilamma Tasykuruun.Orang berilmu seharusnya mempunyai keimanan yang kukuh terhadap kekuasaan Allah. Al Qur'an ialah induk segala kitab dan sumber perbendaharaan ilmu yang kekal abadi untuk manusia mengkaji dan menggali rahsia alam yang sungguh misteri.
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Jumaat 14 November,2014.

No comments:
Post a Comment