Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada Isnin 3 November mendapat liputan meluas media samada elektonik mau pun cetak. Di mulai dengan lawatan pertama YAB Timblan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke SMK Kiaramas, Kuala Lumpur bagi mempastikan perjalanan SPM berlangsung dengan lancar dan sempurna.Pada pagi Isnin lalu insiden kecil berlaku apabila di beritakan Bilik Kebal Keramat Jalan Raja Muda tidak boleh di buka (kunci patah) namun tindakan pantas segera dilakukan sehingga tidak menjejaskan peperiksaan.Begitulah pentingnya peperiksaan bagi memastikan tahap integriti tetap terpelihara sepanjang masa.
Tan Sri Muhyiddin bertanya sesuatu kepada Pengetua
SMK Kiaramas Norizan Daud di saksikan Datuk Dr. Amin
Senin ,Timbalan Ketua Pengarah KPM
Lawatan Blusukan
Dua hari lalu tepatnya pada hari Rabu 5 November, 2014 Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Kuala Lumpur Datin Nawal Salleh telah membuat lawatan blusukan ala Presiden Jokowi Republik Indonesia ke beberapa buah sekolah untuk melihat sendiri pengurusan peperiksaan di setiap pusat.Tiada pegawai yang mengiringi lawatan kerja beliau seperti mana lazimnya amalan terdahulu. Lawatan mengejut (impromptu) beliau ke SMK Menjalara, SMK Taman Bukit Maluri dan SMK Sinar Bintang sesungguhnya menjadi kejutan kepada pihak sekolah, staff, petugas peperiksaan dan pekerja sekolah seluruhnya.Beliau singgah di SMK Sinar Bintang pada pukul 12.30 dan Pengetua mengiringi Datin Pengarah ke Pusat Peperiksaan di tingkat 3 blok perdana yang mana beberapa orang calon masih lagi menjawab di saat-saat terakhir. Beberapa calon tunduk hormat dan bersalam dengan Pengarah sebaik melihat kami berada di pintu kelas.Ketua Pengawas menjemput beliau untuk menanda buku kehadiran pelawat sebaik selesai peperiksaan.
Datin Nawal sedang menanda tangani
buku pelawat di Pusat SPM SMK Sinar Bintang
pada Rabu 5 November 2014 , 12.35 tengahari.
Memanfaat lawatan
Sebaik selesai lawatan ke pusat peperiksaan,Pengetua mengiringi Pengarah ke kantin sekolah bersama Penolong Kanan dan Pengerusi PIBG Puan Laureen Tan. Sebaik melihat Pengarah, guru-guru berdiri dan bersalaman dengan beliau. Setelah menikmati sedikit makanan dan minuman , beliau sempat memenuhi permintaan kami untuk menyampaikan sijil dan pingat kepada pelajar Tg 2 yang mewakili sekolah dalam Taekwondo di Thailand.Seluruh warga sekolah sangat bertuah dan bangga sekali dengan lawatan tersebut yang menjadi sejarah bagi SMK Sinar Bintang. Dari ekspresi wajah dan lenggok bahasa badannya, saya memahami Pengarah selesa dengan sekolah dan pelajar kami.Beliau meluangkan masa lebih 60 minit bersama warga sekolah.
Datin Nawal menyampaikan sijil
dan plak kepada pelajar
Datang lagi
Sebaik Pengetua mengiringi beliau ke kenderaan rasminya, Pengarah berbisik akan datang lagi ke sekolah ini pada lain kesempatan .Terima kasih Datin semoga di berikan kekuatan oleh Allah untuk terus menerajui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan yang mempunyai 300 buah sekolah dalam berbagai aliran seperti SK, SJKC, SJKT, Sekolah Jalinan Kasih, SMK, SMKA, SBP dan SBT dengan cemerlang.Kehadiran beliau ke sekolah bukan saja memenuhi tugas rutinnya sebagai Pengarah tetapi yang lebih penting untuk menggali berbagai informasi dan mencari alternatif solusi merungkaikan setiap masalah yang berkait dengan pendidikan.Penangan blusukan ini sangat berkesan untuk melihat realiti yang berlaku di sekolah secara terus. Tahniah DATIN PENGARAH. Di harap dapat mengekalkan momentum ini secara berterusan. TERIMA KASIH DARI KAMI WARGA SMKSB@STAR.
Che Yahya Che SohSebaik selesai lawatan ke pusat peperiksaan,Pengetua mengiringi Pengarah ke kantin sekolah bersama Penolong Kanan dan Pengerusi PIBG Puan Laureen Tan. Sebaik melihat Pengarah, guru-guru berdiri dan bersalaman dengan beliau. Setelah menikmati sedikit makanan dan minuman , beliau sempat memenuhi permintaan kami untuk menyampaikan sijil dan pingat kepada pelajar Tg 2 yang mewakili sekolah dalam Taekwondo di Thailand.Seluruh warga sekolah sangat bertuah dan bangga sekali dengan lawatan tersebut yang menjadi sejarah bagi SMK Sinar Bintang. Dari ekspresi wajah dan lenggok bahasa badannya, saya memahami Pengarah selesa dengan sekolah dan pelajar kami.Beliau meluangkan masa lebih 60 minit bersama warga sekolah.
dan plak kepada pelajar
Datang lagi
Sebaik Pengetua mengiringi beliau ke kenderaan rasminya, Pengarah berbisik akan datang lagi ke sekolah ini pada lain kesempatan .Terima kasih Datin semoga di berikan kekuatan oleh Allah untuk terus menerajui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan yang mempunyai 300 buah sekolah dalam berbagai aliran seperti SK, SJKC, SJKT, Sekolah Jalinan Kasih, SMK, SMKA, SBP dan SBT dengan cemerlang.Kehadiran beliau ke sekolah bukan saja memenuhi tugas rutinnya sebagai Pengarah tetapi yang lebih penting untuk menggali berbagai informasi dan mencari alternatif solusi merungkaikan setiap masalah yang berkait dengan pendidikan.Penangan blusukan ini sangat berkesan untuk melihat realiti yang berlaku di sekolah secara terus. Tahniah DATIN PENGARAH. Di harap dapat mengekalkan momentum ini secara berterusan. TERIMA KASIH DARI KAMI WARGA SMKSB@STAR.
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Jumaat 7 November,2014.
No comments:
Post a Comment