Saturday, November 22, 2014

Sepetang Bersama Pengerusi PWTC

Waris@Warga Alumni Republik Indonesia Sumatra merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Datuk Seri Dr.Alies Anor Abdul, Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC) atas kesudian beliau menerima kami mengadakan perbincangan di PWTC Kelab pada hari Sabtu 22 November, 2014 mulai 2.00-5.00 petang dan menyediakan makanan bersama menu minuman petang yang cukup menyelerakan. Kehadiran Ahli Majlis Waris di sambut mesra oleh beliau yang telah sekian lama terputus hubungan kerana kesibukan tugas masing-masing.Saya agak terlewat tiba kerana kesesakan jalan menuju ke tempat mesyuarat. Datuk Seri Alies sangat teruja berjumpa rakan-rakan lama beliau yang sama-sama menuntut di pelbagai Institusi di Indonesia lebih tiga dasawarsa yang lalu.Pertemuan nostalgik ini menghimbau kembali zaman kami menjadi pelajar di Medan yang penuh dengan berbagai pengalaman. Ternyata beliau sangat menghargai rakan seperjuangan melalui cara dan pendekatan beliau meladeni WARIS.


















Datuk Seri Dr.Alies memberikan 
pandangan beliau mengenai Waris











Sebahagian Ahli Majlis mengabadikan kenangan



Beberapa Ahli Majlis bersama Datuk Seri Dr.Alies
di pejabat beliau.













Harapan dan pandangan

Timbalan Yang di Pertua Waris, Dr.Suhaimi Kadir  meminta beliau menyampaikan sepatah dua kata sempena pertemuan pertama ini. Datuk Seri Dr. Alies Anor menyambut baik penubuhan Waris sebagai wadah mengikat ukhwah dalam kalangan mantan pelajar Sumatra yang kini rata-ratanya telah jauh meninggalkan usia.Kerja-kerja kebajikan dan sosial seperti ini memerlukan komitmen dalam kalangan ahli secara berterusan untuk memastikan Waris tetap segar, subur dan di terima masyarakat sebagai "Intellectual asset" bertunjangkan semangat esprit de corp yang jitu.Beliau juga menyentuh perkembangan teknologi yang semakin pantas dan berubah setiap masa sehingga minda manusia tertumpu kepada peralatan moden seperti WhatsApp, intagram dan telegram yang terlalu sofistikated.  Komunikasi melalui telefon sudah hampir menjauh dari masyarakat. Budaya komunikasi seperti ini menyebabkan kurangnya interaksi sosial secara terus (live) dan pastinya pengeluar telefon mengalami kadar penurunan dalam kalangan pengguna. Saya menanggapi wawasan minda beliau yang sentiasa futuristik dan skop pemikirannya melangkaui masa, daerah dan sempadan negara. Memang sepantasnya beliau menduduki kerusi nombor satu PWTC kerana kredibiliti dan mempunyai ketajaman minda yang cukup strategik dalam menganalisis berbagai isu penting negara. Waris turut berbangga mempunyai Alumni yang berfigura seperti beliau menjadi epitome of excellence  lulusan  Institusi pengajian Tinggi  dari Medan Sumatra Utara ,Indonesia.

Makan malam

Kami meneruskan perbengkelan sebaik beliau selesai memberikan beberapa pandangan kepada Waris. Pada sebelah malamnya pula Datuk Seri Dr. Alies meraikan Ahli Majlis bersama keluarga masing-masing menikmati makan malam di Restoran Al Rawsha Jalan Kampung Pandan.Restoran makanan Arab dengan nasi kambing, nasi ayam mandi dan ikan merupakan menu yang lazat di hidangkan untuk kami. Hujan yang turun sejak maghrib dengan begitu lebat tidak membantut kehadiran ahli Waris walau pun beberapa orang terlambat tiba.Pertemuan seperti ini menghimbau kenangan lampau di saat saat kesusahan dan kesempitan hidup di perantauan kerana masing-masing mempunyai pengalaman sendiri yang sukar di lupakan walau pun sudah berdekad. Kami berkongsi kegembiraan dan bernostalgik semasa di Himpunan Mahasiswa Malaysia Sumatra (HMMS) yang menjadi  sentimental value  kepada pelajar Malaysia sewaktu belajar di Medan. Orang kuat PWTC ini memang petah berbicara dalam berbagai isu nasional dan antarabangsa sehingga tidak terasa malam semakin jauh meninggalkan kita. Kami bersalaman dan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri kerana tidak melupai WARIS.Beliau memberi jaminan akan membantu Waris dalam melaksanakan pelbagai aktiviti  untuk memperkasa pertubuhan ini menjadi wadah mengukuhkan hubungan antara dua buah negara Malaysia-Indonesia yang mempunyai persamaan budaya dan akar budi bangsa sejak berkurun. Perbengkelan di sambung sehari lagi pada 23 November, 2014 di SMK Cheras Perdana Selangor bagi memantap dan memurnikan profil Waris sebelum dimuktamadkan.Terima kasih kepada Sdra Hj Wan Roslan Wan Yaacob kerana menyediakan premis untuk Ahli Majlis meneruskan perbincangan.


















Ahli Waris di meja hidangan.

 



































Che Yahya Che Soh
NYDP Waris 
Ahad 23 November,2014.

4 comments:

  1. Suatu tulisan yang baik dan memang menyentuh rasa kebersamaan ahli Waris dengan Datuk Seri Alies Anor, Pengerusi PWTC yang juga merupakan salah seorang ahli Waris......

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Terima kasih Pak Drs. Hamsa. Semoga WARIS menjadi sebuah badan yang meninggalkan khazanah kepada generasi akan datang. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita yang sekecil ini.

    ReplyDelete
  3. Suatu huraian pencerahan yang amat berguna kpd semua ahli WARIS dan masyarakat luar kerana dpt mengikuti langkah WARIS dgn lbh dkt.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Terima kasih Tn Su. Kita berdoa semoga cetusan idea asal Dr. Suhaimi ini bukan sekadar ilusi tetapi InsyaAllah menjadi realiti sebagai khazanah duniawi dan ukhrawi yang akan di warisi oleh generasi kemudian hari.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...