Sunday, August 17, 2014

SMK Danau Kota - Disini Sejarah Bermula

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SMKDK) menjadi sejarah yang sukar dilupakan  kepada saya walau pun kini telah berpindah ke SMK Sinar Bintang sejak April 2012 yang lalu.Sekolah ini terletak di Danau Kota dikelilingi pangsapuri dan kondominium mewah Platinum Victory yang kini begitu pesat membangun. Di khabarkan kondominium PV 13 menjadi rebutan dengan harga pasaran melebihi setengah juta.Ini di ceritakan bekas guru saya Sdra Emyzul dan Izani yang mendiami kondo tersebut di blok B semasa memenuhi jemputan rumah terbuka beliau pada hari ini.Memang benar kediaman ala eksklusif ini menjadi tarikan orang. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana harga rumah di negara ini menjelang tahun 2050 mungkin melebihi 1 juta.

 












SMKDK sekarang.

Sejarah bermula
bangku ini di bina tahun 2009
Sekolah ini meninggalkan kenangan kepada saya kerana begitu banyak peristiwa berlaku di sini. Sebaik menjejak kaki di SMKDK dalam bulan Mac 2009,sekolah ini sungguh kumal,dhaif, bangunannya kelihatan usang, tidak terpelihara seoalah-olah bukan seperti sebuah institusi pendidikan. Lantai simen yang berlopak penuh dengan najis kucing dan anjing menjadi hiduan para guru dan murid ketika itu.Ada guru yang terseliuh kaki kerana tersandung semasa berjalan menuju kelas sudah menjadi kebiasaan. Kesukaran untuk melakukan aktiviti kerana kawasan yang terhad tanpa padang menambahkan lagi tekanan kepada warga sekolah.Sekolah ini menjadi sorotan masyarakat kerana liputan oleh TV3 suatu ketika dahulu memandangkan infrastrukturnya yang tidak berkualiti sehingga menjejaskan ribuan pelajar.Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah liputan meluas oleh Harian Metro Mac 2011 mengenai sekolah ini yang mengundang keresahan kepada pihak pentadbir. Pelajar ingin bergurau tetapi tidak kena tempat, dan cara. Mereka memasang mercun pada lingkaran ubat nyamuk  dibeberapa lokasi sehingga mengganggu perhimpunan pagi. Bunyi mercun selang beberapa minit menyebabkan perhimpunan tergendala. Besoknya di muka depan sebuah harian memaparkan berita kurang menyenangkan "BOM SEKOLAH". Pihak PPWK turun bersama pegawai menyiasat.Nazir Wilayah Persekutuan pun apa lagi meluru ke sekolah menyoal siasat Pengetua dan Penolong Kanan HEM. Pihak Polis pun beramai-ramai mengunjungi sekolah termasuk deringan panggilan daripada pejabat Ketua Pengarah. Sungguh hebat peranan media mensensasikan berita walhal tiada sedikit pun terjejas. Penolong Kanan HEM saya Puan Sharimah Ramli tertekan dengan peristiwa tersebut. Saya memujuknya supaya bertenang dan hadapi semua keadaan dengan waras dan profesional.

Padang dan Sijil menduduki

Peranan Pengetua selaku pengurus sekolah tidak terhad kepada pembangunan kurikulum semata tetapi keseluruhan  iklim sesebuah institusi untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Bersama dengan para guru dan pentadbir,kami memikirkan kaedah terbaik menangani situasi semasa. Pengetua telah berunding dengan pihak Platinum Victory untuk mendapatkan sebuah padang di belakang sekolah bersama dengan pegawai DBKL.Akhirnya menjadi realiti apabila pihak pemaju bersetuju membangun sebuah Padang untuk pelajar menjalankan kegiatan Pendidikan Aktiviti Jasmani Sukan dan Ko- Kurikulum(PAJSK). Sebelum ini kami terpaksa meminjam padang sekolah lain untuk menjalankan kegiatan sukan dan permainan.Alhamdulillah berkat kesabaran dan usaha sama yang padu padang SMK Danau Kota dapat di realisasikan atas jasa baik En Gan Pengarah Platinum Victory yang banyak berjasa kepada sekolah ini.Kini SMKDK bukan sahaja memperolehi sebuah padang tetapi Sijil Menduduki (CF) yang sah.
 
 



















Sebuah lanskap cantik






















Lantai marmar yang kemas dan bersih.















Hijauan menyejukkan.






















Dewan SMKDK






















Lobi sekolah yang atraktif











Mengabadikan kenangan.

Himbauan lama

Di sinilah sejarah seorang pengetua bermula setelah lebih 16 tahun bekerja di KPM,JPA dan JPNWPKL.Terima kasih kepada Hj Radzi Ab.Jabar Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada masa itu yang memberi kepercayaan kepada saya memimpin sekolah ini walau pun pada awalnya hati agak berat menerima kerana selesa sebagai KPP Penilaian dan Peperiksaan selama 9 tahun.Refleksi pengalaman menjadi sebuah sejarah bagi seorang pendidik dalam mengurus sekolah yang mempunyai pelajar berbagai latarbelakang kehidupan di sekeliling kawasan perumahan padat yang merimaskan.Berkat usaha gigih guru-guru dan pimpinan,budaya serta  iklim sekolah bertambah ceria, bersih dan berseri. Pencapaian pelajar juga membanggakan dengan 12 orang mendapat semua A dalam PMR 2010.Himbauan lama mengingatkan kembali sewaktu saya mula melapor diri sebagai Pengetua pada 16 Mac 2009 menjadi kenangan yang terpahat dalam diri.Banyak ilmu saya perolehi di sini daripada berbagai ragam manusia untuk membangun sebuah sekolah di Danau Kota selama 3 tahun (2009-2012).


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 17 Ogos,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...