Kota Bharu Jumaat 1 Ogos 2014.
Alhamdulillah. Segala Puji hanya untuk Allah Tuhan Seru Sekalian Alam.Selawat berserta salam untuk Junjungan Nabi Besar Muhammad saw sebagai Pesuruh Tuhan menyampaikan risalah Islam membawa cahaya kebenaran. Dengan izinNya jua pada hari ini Jumaat 1 Ogos 2014 seluruh Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera (WARIS) telah dapat mengadakan pertemuan dengan sahabat-sahabat yang telah lama terpisah lebih 37 tahun lalu di Dewan Suara Muda Kota Bharu seperti mana yang dirancangkan.Majlis Tautan Kasih menjadi simbul penyatuan mantan pelajar Malaysia yang pernah menuntut di Indonesia khususnya Medan.Idea asal hanyalah sebuah ilusi cetusan Dr.Suhaimi Kadir melalui WhatsAPP hingga akhirnya menjadi realiti. Terima Kasih Suhaimi.Demikian hebatnya sistem komunikasi zaman ini hanya beberapa minggu sahaja tautan kasih dapat direalisasikan mengikut perancangan. Seluruh kaum kerabat alumni yang datang dari Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan Kelantan berkumpul seawal jam 10.30 pagi dalam acara Halal Bihalal yang penuh nostalgik.Masing-masing datang bersama keluarga dan cucu meraikan majlis tersebut.Suasana syahdu dan terharu saling bersalaman dan berpelukan sebak hingga menitis air mata.

Ketibaan Penaung
Kehadiran Datuk AS Khamis Ketua Protokol dan Istiadat Istana Melaka menjadi suntikan semangat kepada kami. Beliau hadir semata-mata untuk bersama dengan WARIS bagi menjayakan majlis yang penuh bersejarah ini.Dalam ucapannya beliau mengimbau kisah-kisah lalu semasa bersama pelajar di Medan yang penuh dengan nostalgik dan mengharukan. Datuk AS Khamis terkenal dalam kalangan pelajar Malaysia yang begitu mengambil berat tentang kebajikan mahasiswa di Medan. Beliau menjadikan kediamannya tempat pelajar berkumpul semasa menyambut Idilfitri dan majlis-majlis rasmi. Rumahnya sentiasa terbuka kepada pelajar.Layanan dan sokongan kepada mahasiswa menyebabkan kami begitu dekat dengan beliau. Datuk AS Khamis bersama keluarga terutama dua orang anaknya Adik dan Abang cukup dekat dengan pelajar Malaysia pada ketika itu. Demikian sekelumit kisah lalu yang sukar dilupakan.Dengan kelahiran WARIS pastinya menjadi wahana yang paling berkesan untuk kita menghubungkan silaturrahim dalam kalangan ahli dan Datuk AS Khamis sendiri yang lebih mesra dengan panggilan Pak Khamis dalam kalangan pelajar Malaysia. Beliau menaruh harapan besar WARIS akan menjadi sebuah pertubuhan yang berdaya maju dan mendapat perhatian masyarakat Malaysia-Indonesia khususnya dalam memupuk keharmonian antara dua buah negara.
Mempromosi Waris
Waris yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Y.Bhg.Datuk AS Khamis pada hari ini seharusnya menjadi wadah yang bermakna kepada setiap alumni. Justeru kita perlu membuat publisiti secara berterusan melalui berbagai saluran komunikasi selaras dengan perkembangan ICT yang begitu pesat berkembang melangkaui sempadan negara dan daerah.Dengan cara itu WARIS akan menjadi sebuah badan NGO yang di kenali dan mendapat publisiti meluas.Perancangan dan gerak kerja perlu di buat secara teliti bagi mencapai objektif yang di harapkan.Waris yang pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan bergerak selari dengan perlembagaan untuk membantu pihak kerajaaan melestarikan hubungan dengan NGO lain khususnya dengan Republik Indonesia dalam bidang kemasyarakatan, pendidikan, kebudayaan, sukan dan adat resam kedua-dua buah negara serumpun yang sedia terjalin sejak berkurun.
Ketibaan Datuk AS Khamis disambut para alumni.
Ucapan Perasmian oleh Datuk AS Khamis
VVIP memukul gong tanda perasmian
(Gambar kurang baik)
Bersama Datuk AS Khamis di temani Dato Dr.Zain Pengerusi Re Union
dan Penulis di bilik khas Lapangan Terbang Kota Bharu pada 1 Ogos 2014.
Pesanan Penaung
Datuk AS Khamis mengingatkan para alumni tidak melupai dua orang insan yang sangat berjasa kepada mantan pelajar iaitu Datuk Seri Hussain Ahmad@Ayah Sin mantan Timbalan Menteri Besar kelantan dan Tuan Hj Zahari Awang bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar yang banyak berjasa kepada para pelajar Malaysia di Medan.Beliau seterusnya meminta AJK Penaja merancang program secara tersusun supaya WARIS lebih dinamik,mantap dan berwibawa menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang di segani.Susulan dari itu kita akan mengadakan kunjungan mesra bersama Duta Besar (DUBES) Republik Indonesia dalam rangka memperkenalkan WARIS kepada pihak kedutaan.Menurut Mohd Sayuti Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Datuk Seri Mustapa Muhammed juga bersetuju menerima kunjungan WARIS untuk mengetahui dengan lebih dekat peranan dan tanggungjawab badan NGO ini kepada masyarakat dan negara .
Pengkisahan nostalgia
Cerita-cerita dan kenangan mengusik jiwa dalam kalangan para alumni turut menyentuh kehidupan zaman sukar semasa menjadi pelajar. Salah seorang alumni yang di kenali ramai saudara yang nama penanya MSO-Mohd Sayuti Omar menyampaikan suara hati beliau dalam pengkisahan nostalgia dengan penuh perasaan.Saya petik kata-kata beliau "Kedukaan dan keperitan 3 tahun di Medan berjerumu dalam diri tetapi ada keseronokan yang membanggakan". Demikian luahan rasa saudara MSO semasa menghimbau kembali kenangan pahit maung kehidupan di Kota Medan yang sangat menguji kekuatan mental dan iman. Hari ini MSO merupakan seorang Penulis yang berwibawa dan establish melangkaui sempadan negara. Beliau banyak menghasilkan buku-buku siasah yang di minati ramai.Idea dan kupasannya cukup menarik dan berbobot.Itulah kelebihan MSO yang di beri keistimewaan oleh Allah swt kepadanya.WARIS cukup beruntung mempunyai ramai alumni yang berkompeten dalam setiap bidang.Beberapa figura seperti Datuk Seri Dr. Alies Anur Abdul yang sekarang Pengerusi PWTC antara lulusan Institusi Pengajian Tinggi Sumatra yang berjaya dan di segani. Drs.Zubib Saad umpamanya merupakan tokoh korporat yang berjaya di Kedah , selain Dato Dr.Zain sendiri yang mempunyai rangkaian klinik pergigian di Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah Kelantan merupakan alumni WARIS yang mencipta nama.Paling istimewa lagi salah seorang alumni kita yang juga SU Kehormat Waris Drs.Ab.Aziz Omar, mantan Guru Cemerlang 54 meneroka bidang penternakan kambing biri-biri di Pasir Mas sehingga mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar. Semoga dengan gabungan padu idea dan semangat kita mampu mencipta kecemerlangan.
MSO semasa sesi pengkisahan nostalgia.
Cikgu Ariffin (PK I SMK Air Lanas)bersama
Hanafiah dan Puan Esah memberikan pos istimewa.
Ariffin Che Soh dan Che Yahya Che Soh
saudara berlainan ibu dan ayah mengabadikan kenangan.
Che Yahya Che Soh
WARIS
Ahad 3 Ogos,2014.
No comments:
Post a Comment